Friday, October 23, 2009

Buncis Tumis Berudang

Asyik tayang lauk jer, kena lak makan sayur kan baru la seimbang...jom layan sayur buncis tumis berudang..resepi sapa???apa...dayangjack??ye..betul...
sayur ni main ratah pun sodap...abes sepiring..kite suka yg agak crunchy sket..baru la makan krup krap..gitu..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 10 batang kacang buncis (dihiris)
  • 12 ekor udang basah (dibuang kulit)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit garam
  • bahan hirisan : cili merah dan cili benggala

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit garam. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan cili merah dan cili benggala. Kacau hingga masak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...