Friday, November 6, 2009

Ikan Goreng Berempah


Salam,
Sementara dapur tuan umah tak berasap ni, kawan2 layan dulu la gambo2 dari 'gobok' ya..silalah jamu mata, jangan ada yang nak ngendeng udahla ye..memang udah pinish suma2 ni. Ikan goreng berempah ni memang sedap. Bila ikan digoreng cenggini baru la 'laku' ikan kan umah ni..kalau tak, minta ampoon la anak2 nak makan ikan. Memang sedap hingga ke keraknya. Tuan punya resepi ni hana yang dok jauh nun..di jepun..Hana minta izin kopi pes resepi kat sini ya:

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - *optional
  • garam

Cara-cara

  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
  5. Sedap makan ngan nasi putih panas.
  6. SeLaMaT MenCubE!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...