Jus Pegaga

By LiNa_Pg - Tuesday, November 10, 2009



Salam,
Mungkin ramai yang dah tahu tentang khasiat pegaga ni, tapi bagi yang belom tau, meh la saya kongsikan sedikit info. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan pokok ulaman yang tumbuh subur di negara kita Malaysia dan juga negara2ASEAN.Pegaga yang ada kat Malaysia ni pun byk jenis tau antaranya ialah:
  1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar
  3. Pokok Pegaga Kelantan
  4. Pokok Pegaga Renek
  5. Pokok Pegaga Salad
  6. Pokok Pegaga Gajah
  7. Pokok Pegaga Brunei
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.


Antara khasiat lain pegaga ialah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah
Emm..bagi sesiapa yang nak cantik dan slim tu kena la amalkan minum jus pegaga atau jadi ulam.pastu kekal jelita sentiasa.Dah tau khasiat pegaga ni, apalagi jom la minum jus pegaga ni.Ada sapa2 nak join tak? Meh la..

Dah citer panjang lebar pasal pegaga, lupa lak nak gitau resepi jus pegaga ni kepunyaan dayangjack, dyg kite copy & paste resepi kat sini ya:

Bahan-bahan (1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais

Cara-cara

  1. Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
  3. Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
  4. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!





  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Emmm sedapnyer jus pegaga,klu amalkan minum hari2 awek muda tau...

    ReplyDelete
  2. pewwwitttt!..cantik gelas!!..jus tu nk bg kat dyg ker tu???..heheh...

    ReplyDelete
  3. lyana, mmg bagus kalau jadikan amalan, saya pun skali skali jer minum, selalu wat ulam jer

    ReplyDelete
  4. kena rajinkan diri untuk konsisten minum camni...awet muda dan berseri2 slalu,feeling2 gojess...hahahaha

    ct-natasha.blogspot.com

    ReplyDelete