Sunday, November 8, 2009

Pudding Lychee Dangdut

Salam,
Hari ni tuan umah bz sungguh mengukur keluasan suppermarket hu..hu..sebab tu la lambat sket meng'n3' ada yang tunggu ke? minta maaf la kalau ada yang tertunggu2 n3 terbaru. Ari ni wat pudding lychee dangdut. Dah lama sangat berkenan ngan puding ni tapi takut anak2 tak suka, maklumlah tekak budak2 ni susah sket nak jangka kalau pesen ada buah2 cenggini. Tapi puding ni anak2 suka lak, Alhamdulillah siap bertambah2 lagi. Seronok lak tengok depa makan. Resepi tgk kat umah kak ummi .Thxs to kak ummie & kak hanieliza utk resepi ni. minta izin C&P kat sini ya:

Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula ( sy gn 1cwn arcopal )
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar hingga mendidih.

  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.

  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.

  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
    Ada yang nak makan puding tak? cepat-cepat ambik mangkuk, skop sendiri ya.Ada banyak lagi ni

     
    Close up sket...saja bagi you all terliuq ngee..

4 comments:

Chik Mi said... Balas

nak buh kat cbox tak leh la pulak,ooooo kita berjiran la ye.sy kat sg ara byn lepas kut2 duk jumpa kat sshine hihihihihi

pstttt puding laici tu sedapnya,nnti pos skit tau

sunkist said... Balas

bertimbun laici tu lina.... ;)

lina_pg said... Balas

chik mi, oo..dok sg ara, dkt sgt la tu..entah2 ada terserempak kt sshne kan ngee..
puding laici tu,despatch jer ke sg.ara

lina_pg said... Balas

sunkist, ida, sj boh byk2 buah laici puas hati mkn..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...