Thursday, December 3, 2009

Ayam Beriani


Salam,
Menu dinner malam ni, ayam beriani tak cukup bahan. Bahan basic jer ada, aksesori suma xde. Maklumlah esbok pun lapang jer, weekend nnt la baru pi market, penuhkan esbok tuh. Gambo pun blurr semacam jer, snap cepat2 sbb anak2 dah lapo..Ayam beriani ni resepi DJ , minta sori la cikgu, byk beno mendurhaka tanpa niat hu..hu..Ayam beriani ni walaupun tak cukup, tapi sedap tau. Kalau korang nak menerai, ikut resepi kat bawah tu...jangan dok menduhaka cam aku lak. Dayang kite kopi pes resepi ya:

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak)
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi (x boh xde stok)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair (terlupa lak nak boh susu cair)
  • 2 sb puri tomato (tuko ngan sos tomato jer)
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau (xde stok)
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar (bawang jer ada yg lain2 tu xde)
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.

3 comments:

LOVE2COOK said... Balas

Kurang bahan pun nampak sedap tuh! Nak sikit...kikiki! ;)

zarin said... Balas

tk cukup bahan??tp i nampak sungguh mengancam skali :)
btw, salam singgah..

lina_pg said... Balas

Love> smlm masak lambat sket, nak anto kat love takut dah tido..emm ari ni dah abes la.akak bagi agar2 roti hana kat love eh..aci x?

zarin> mmg tak cukup bahan tu, byk sgt yg x boh..rtapi rasa mmg sedap..tenkiu sudi sggh blog saya

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...