Sunday, December 6, 2009

Udang Masak Kicap


Hari ni masak simple jer, sebenornya xde idea nak masak apa..main campak je la..walaupun simple tapi sedap kat anak tekak aku ni.Resepi udang ni sangat ringkas, kalau ada yang berminat boleh mencuba:

Bahan-Bahan:
  • 200g udang (perasakan garam kunyit - goreng sekejap & ketepikan)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • hirisan cili merah/hijau (hiasan)
  • 1 labu bawang besar (hiasan)
  • 2 sudu besar kicap pekat (lemak manis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak (utk menggoreng dan menumis)
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing
  2. Masukkan kicap dan sos tiram, kacau sebentar.
  3. Masukkan air (kalau nak berkuah - lebihkan air)
  4. Masukkan hirisan cili merah/hijau dan bawang besar.Kacau sebentar
  5. Masukkan udang yang telah digoreng.Kacau sebati.Tutup api.
  6. Tada..dah siap

6 comments:

dayang_jack said... Balas

lina, kte x mau masak sb dh over limit. Kte nak tlg makan udg sepinggan nih! :P

lina_pg said... Balas

DJ> meh la mkn sama2 ada lagi ni,tapi xtau la sedap ke tak kat tekak sifu kite ni..

E-na Zarina said... Balas

He he E-na pun slalu gak masak ceggini mmg sedap je...E-na cuma tambah cili api ketuk sket kasi pedas...

lina_pg said... Balas

E-na> heh..heh..sedap kan, saya pon sama,yg kaler ijau tuh cili padi hiris..kasi pedas sket2

HaSue said... Balas

kak lina..hukhukk..miss u laa..susah jek nih terkedek2 jalan blog org..hehe..nak ngendeng udang pun dah abis agaknya..nuff pun x bgn2 nih nak klik..

lina_pg said... Balas

hasue> sian kat sue tenet prob,xpe la sue nuff akak asyik tido jer..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...