Saturday, December 26, 2009

Berehat Seketika

Salam semua,
Rindunya pada kawan2 semua, lama tul tak update blog ni, 'umah' pun dah berhabuk, bersawang segala bagai. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 tersayang masih lagi sudi singgah umah ni walaupun dah lama terbiar. Wat masa ni saya xleh nak menghadap lappie ni lelama atau dengan kata lain xleh nak bertenggek depan komputer bukan disebabkna kebizian melampau tapi kesihatan tak mengizinkan..tengok blog sekejap pun mula la pening paler segala bagai, pastu mesti ada 'gelombang tsunami' tu yg xleh nak update hu..hu..Mesej2di cbox mmg dah baca akan sy balas satu persatu nnt..InsyaAllah sy akan update lagi bila ada berita terbaru insyaAllah..Love u all muah..

Sunday, December 13, 2009

Bubur Kacang Hijau


 Salam suma,
Bubur kacang hijau ni wat petang tadi, terlambat sket update sebab banyak keje nk wat petang tadi. Tak mo bebel panjang lebar, meh la layan bubur kacang ni.Masih ada lagi ni, meh la kalau ada yang nak joint. Nak resepi ke? Xyah la kot, xde apa spesel pon, sama cam yang korang wat jer. Jom...

Jom makan..

Bunga Apa ni??


Salam suma, korang kenal tak bunga @ pokok apa ? Pic ni aku snap masa kat balik kg rasa haji dulu, sambil dok tggu lembu nak 'tumbang'..aku jenjalan la belakang umah tuan punya lembu. Snap je lah apa2 yang aku rasa menarik. Saja nak tepek dlm blog sbb aku tak tau nak tayang apa hu..hu..


Ha..yang ni pon sama la..Agak2 bunga apa ya?



Ha..ha..saja jer..ni la pokok kacang botol, wat ulam pon sodap...



Saturday, December 12, 2009

Daging Panggang Cicah Air Asam


 Salam ceria di petang sabtu, mesti ada yang bawa family pi jenjalan..emm..Daging Panggang Cicah Air Asam ni menu lunch kami jap tadi...jangan dok minta2 tau dah abes pon...daging panggang ni sedap makan time panas2..

Friday, December 11, 2009

Kari Udang


Salam,
Hari ni bz sket, pagi2 tadi pi klinik untuk 'sunat' abang long, sebelum pi klinik tu aku bagi dia makan nasi kenyang2 dulu, sian lak lepas 'potong' kena pantang makan..Menu ari ni kari udang ngan timun dan ayam goreng. Tu je la..kelam kabut gak masak sbb nak siap cepat. Ayam goreng tak snap pic la sbb ayam goreng bodoh jer..Meh la layan kari udang ni..psst ni bukan menu pantang tau

Thursday, December 10, 2009

Sotong Goreng Kicap


Salam,
Hari ni masak simple jer. Tak de apa istimewa pun sotong goreng kicap ni, boh garam kunyit goreng cam biasa jer, nak bagi menarik sket aku boh kicap pekat dan sos tiram. Campak bwg beso n cili merah. Tu je la..simple sangat..Ada yang lom makan ke? meh la joint

Jom la makan..

Tuesday, December 8, 2009

Puding Marble


Salam suma kawan2 blogger dan tetamu 'Teratak Mutiara Kasih' yang tak jemu2 berkunjung ke teratak yang tak seberapa ni. Menu dinner kami tersangatlah simple lauk ikan goreng, sayur campak2 dan ulam. Tu jer..malas la nak wat seisi fotografi, memandangkan ikan goreng baru jer tayang 2ari lepas. Untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog ni, saya godek2 dlm gobok, terjumpa la gambo puding marble ni..kira sesuai la utk tatapan umum ngee..Puding Marble ni dah lama wat tau. Jangan dok mintak2 memang kompom udah pinish..Meh tengaok resepi. Ops..terlupa lak tuan tanah resepi puding marble ni iezamel78, ieza saya kopi pes resepi kat sini ya..

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
Note:
Resepi asal menggunakan sukatan gelas.
1 gelas=240ml.Guna gelas yg sama untuk semua sukatan

Monday, December 7, 2009

Mee Goreng...lagi


Salam,
Mi goreng...lagi. Jangan ada yang boring yer..wat mee goreng jer utk dinner. Mi goreng campak2, resepi yang cukup ringkas, janji perut kenyang sudahlah.. Tadi pi jenjalan umah merin, dia pun masak mee jugak, tapi mee udang , cam berjanji lak, siang tadi sama2 wat singgang, mlm lak masak mee hik3. Ada yang nak join tak? meh la...

Singgang Sotong


Salam,
Menu semalam tapi tak sempat nak post, singgang sutun ni resepi org pantai timur, sangat senang dan cepat nak disedakan. Sedap ni hirup kuah sapa licin. Cili padi yang tergolek tuh aksesori jer, rasa pedas2 manja jer ahaks..Anak2 tak tahan pedas. Nak resepi ke? Tak yah la kot..senang sangat..korang suma pun dah tau kan

Bahan-Bahan:
  • Sotong 300gram
  • 2-3 ulas bawang merah ( dihiris)
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 2-3 biji cili padi ( diketuk )kalau nak pedas
  • 1 biji cili merah ( dipotong serong)
  • 1-2 batang serai ( dititik )
  • Garam & serbuk perasa
  • Air secukupnya
Cara-Cara:
  1. Sotong dibersihkan dan potong. Kalau sotong kecik tak yah potong la
  2. Masukkan suma bahan, tggu hingga mendidih..tutup api
  3. Tada...dah siap 
**Sotong xleh masak lama nanti liat plak

Sunday, December 6, 2009

Puding Roti


Salam suma,
Puding roti ni dihasilkan time aku dok 'conference' ngan kak rosaliza, hasue & sunkist petang tadi. Ni memang puding roti, nape tak percaya?betul puding roti...mesti korang ingat puding karamel kan?Sekali tengok cam puding karamel tapi dari segi rasa ada kelainan. Aku jatuh cinte pandang pertama ngan puding roti ni pestaim skodeng umah  merin. Sedap? sudah semestinya..sekali hadap jer dekat nak licin dh. Merin,saya kopi pes resepi kat sini ya;

 Bahan-bahan

  • 7 keping roti putih (sy gn 4keping roti + 6keping biskut merie)-roti abes 
  • satu tin susu cair 
  • 5 biji telur - gred c ( kalau gred A guna 4 biji pun dah ok ) 
  • 2 sudu teh esen vanilla ( hilangkan bau hanyir telur)
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan air
Cara-cara 
  1. Carik-carikkan roti dan letakkan dalam bekas 
  2. Tuang susu cair dan tekan-tekan roti tadi biar tenggelam dalam susu(rendam selama 30 minit -don't worry..tak lemas punya ) 
  3. separuh dari sukatan gula dibuatkan gula hangus...Ibu guna loyang yang boleh letak atas api...lagi senang..letak gula dalam loyang..biar dia cair dengan api perlahan...bila dah warna kuning emas tu..padamkan api..kalau lambat nanti dia hangit..pastu biar sejuk 
  4. Blend bhn2 lain...telur, gula, esen vanilla, roti dengan susu yang direndam tadi dan juga air (blend halus) 
  5. Tuang atas gula hangus dalam loyang tadi..kukus antara 40 minit hingga 1 jam 
  6. Bila masak...sejukkan sebentar pastu tonggengkan dalam bekas lain...tu yang nampak bahagian atas tu kaler lain..baru nampak cantik sikit...masuk dalam peti sejuk..apa jenis puding pun makan sejuk-sejuk lagi sedap...

    Ada yang nak puding roti tak? meh bawa pinggan masing2..sila..sila jangan malu2
     

Udang Masak Kicap


Hari ni masak simple jer, sebenornya xde idea nak masak apa..main campak je la..walaupun simple tapi sedap kat anak tekak aku ni.Resepi udang ni sangat ringkas, kalau ada yang berminat boleh mencuba:

Bahan-Bahan:
  • 200g udang (perasakan garam kunyit - goreng sekejap & ketepikan)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • hirisan cili merah/hijau (hiasan)
  • 1 labu bawang besar (hiasan)
  • 2 sudu besar kicap pekat (lemak manis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak (utk menggoreng dan menumis)
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing
  2. Masukkan kicap dan sos tiram, kacau sebentar.
  3. Masukkan air (kalau nak berkuah - lebihkan air)
  4. Masukkan hirisan cili merah/hijau dan bawang besar.Kacau sebentar
  5. Masukkan udang yang telah digoreng.Kacau sebati.Tutup api.
  6. Tada..dah siap

Petua 8P Datuk Ustazah Nurbayah

Salam ceria di pagi Ahad, selamat berhujung minggu pada kawan2 semua.Kat sini saya nak kongsikan petua 8P dari ustazah nurbayah.



Petua 8P Ustazah siti Nurbahyah (untuk yang dah berumahtangga sahaja)

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak


2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak


3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje


4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.


5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting


6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..


7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang susah sikit ni, ”gerabak” (anak-anak) tu nak tinggalkan kat mana kalau ”kepala” (ibubapa) dia dah tak de?


8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.


***Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu:
  • membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau  
  • membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
***kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
  • apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
  • Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga

Saturday, December 5, 2009

Selera Kampung


Menu hari ni 'selera kapung' ikan senangin goreng, masak lemak pucuk paku dan ulam-ulaman cicah ngan budu, perggg...memang sedap tak hengattt..Mula2 tu plan nak wat ikan goreng berempah resepi hana, tapi kunyit hidup lupa beli lak, kalau guna serbuk kunyit rasanya kureng la. Tak pe la wat ikan goreng bodoh jer la. Meh la join kitaorang


Masak Lemak Pucuk paku


Korang makan budu tak? kalau tak kenal budu, yang dalam piring kecil kaler coklat gelaptu ler budu, sedap ni..meh la join...


Kang tercekik lak makan, kalau xde air..jemput minum sirap ros kasturi ni. Kalau tak cukup tuang sendiri yea



Friday, December 4, 2009

Agar2 Roti



Salam semua, menu minum petang ari ni adik bongsu aku yang sediakan, sebenornya dia nak wat puding roti marble (resepi hana), tapi takut tak jadi tang marble tu, sudahnya tuko wat agar2 roti yang lebih senang katanya lah. Rajin betul adik aku yang sorang ni buat dessert..menjadi  dan sedap lak tu..aku cuma jadi tukang tangkap gambo jer..memandangkan cameraman profesional haku ada kelas hu..hu..hu..sapa lagi kalau bukan hubby aku yang sgt kebizian skrg ni..Tu ler pasal pic suma jadi ntah hapa2 ntah. Korang layan je la..Ops terlupa lak resepi agar roti kepunyaan hana yang dok kat jepun nun...Hana, saya kopi pes resepi kat sini yea ;

Ada sapa2 nak agar2 tak? Sila angkat pinggan masing2..masih byk lagi ni..Tapi kalau tak cukup gak korang amek resepi kat bawah tu kena wat sndiri la ha..ha..ha.. (kijam tul) pinjam ayat hana jap ahaks

Bahan-bahan 

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair 170ml (1cawan arcopal)
  • 8gram serbuk agar2 (kat mesia agar2 10g)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)

Cara-cara

  1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
  4. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
  5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
  6. SeLaMat MeNcUbe.... 

Thursday, December 3, 2009

Ayam Beriani


Salam,
Menu dinner malam ni, ayam beriani tak cukup bahan. Bahan basic jer ada, aksesori suma xde. Maklumlah esbok pun lapang jer, weekend nnt la baru pi market, penuhkan esbok tuh. Gambo pun blurr semacam jer, snap cepat2 sbb anak2 dah lapo..Ayam beriani ni resepi DJ , minta sori la cikgu, byk beno mendurhaka tanpa niat hu..hu..Ayam beriani ni walaupun tak cukup, tapi sedap tau. Kalau korang nak menerai, ikut resepi kat bawah tu...jangan dok menduhaka cam aku lak. Dayang kite kopi pes resepi ya:

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak)
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi (x boh xde stok)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair (terlupa lak nak boh susu cair)
  • 2 sb puri tomato (tuko ngan sos tomato jer)
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau (xde stok)
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar (bawang jer ada yg lain2 tu xde)
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.

Wednesday, December 2, 2009

Kepah Masak Lemak


Salam,
Emm..tak tau la nak bebel apa? Bila perut kenyang, mata pun cam nak tertutup jer, tambah lak cuaca sejuk2 ni. Meh la layan Kepah masak lemak. Suma dah tau kan resepi masak lemak ni..

Tuesday, December 1, 2009

Choc Bread Pudding

Salam siaran suma, n3 pertama bulan Disember..pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember rupanya..Tak lama lagi kite semua akan melangkah ke tahun baru. Sekejap saja masa berlalu. 
Dinner mlm ni kami sekeluarga mkn daging kurma, daging masak merah dan ikan kering goreng. Sayur xde..maklumlah balik dari kampung esbok masih kosong. Daging tuh suma daging korban la..Minta maaf la kengkawan suma mlm ni x sempat lak seisi fotografi memandangkan hubby kite ada klas kol 8pm, so nx time la tayang menu lauk2 ni. Tapi untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog ni aku godek2 dalam folder terjumpa gambo koleksi ni..Choc Bread Pudding ni resepi DJ 
Kalau ada yang berminat bleh tgk resepi kat bawah, sedap tau..jap jer dah licin..Dayang kite kopi pes ya: 
Bahan A:
  • 6 keping roti sandwich (potong kecil2 anggarn 1cm)
  • 2 biji telur A
  • 3 sudu besar gula aising
  • 1/2 cawan susu cair
 Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega. 
  2. Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit. 
  3. Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati. 
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 10-15 minit shj. 
  5. Setelah masak, ketepikan.
***haku blend suma bahan A pastu kukus, senang kije aku **
***tapi korang wat ikut la step yg tak mendurhaka cam kat atas tuh
    Bahan B : 
    • 7 gm agar-agar serbuk
    • 5 sudu besar gula pasir
    • 400 ml air
    • 1/2 cawan susu cair
    • 4 sudu besar serbuk coklat
    Cara-cara : 
    1. Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur. 
    2. Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil. 
    3. Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi. 
    4. Sejukkan sebelum dipotong

    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...