Sunday, April 4, 2010

Baby Bread Pudding


Salam,
Dah lama anak2 dok minta wat baby bread pudding ni, mama depa jer malas nak godek2...Tapi memandangkan dah lama beno oven tu dok selimut bungkus jer...hari ni merajinkan diri wat jugak la untuk bf kami sekeluarga...
Tentu ramai yang dah cuba BBP ni, memang sedap..rangup di luar, lembut di dalam...best sangat. Resepi sifu myR kakfida. Resepi bleh tgk kat sini:-

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair (1cawan arcopal)
  • 2 biji telur
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.


 Ada yang blom bf ke? meh la mkn sama..msih ada lagi ni...
Yang ni masih panas...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...