Sunday, June 13, 2010

Kek Coklat

Projek meng'kek' ni wat ptg kemarin, terlanjur dah janji nak wat kek coklat kat si Nisa tu..wat juga la..walaupun agak malas sebenarnya...ni la kek pertama untuk tahun ni, mmg lama tul tak mem'baking..rasanya kek yg last skali wat kek Lumut ujung tahun lepas..lama tu...Kek ni ternipis la plak..terguna loyang beso..Resepi ni amek umah DJ . Dyg kite C&P yea..Psst..bila nak aktif blik kite rindu la ngan dyg..

Bahan-bahan (loyang saiz 8 inci)
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 5 biji telur A (pada suhu bilik)
  • 250 g buttercup (pada suhu bilik)
  • 60 ml air panas
  • 1/2 cawan susu cair (sy gn susu coklat )
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 cawan gula halus ( sy blend gula caster smpai halus )
  • 1 sdt esen vanilla (terlupa lak nk boh

Cara-cara

  1. Sediakan loyang pembakar. Lengserkan dgn sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan ketuhar pd suhu 180C.
  2. Sediakan mangkuk mixer. Pukul telur sehingga kembang dan naik 2 kali ganda. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega, gula dan susu cair sehingga putih dan sebati.
  4. Satukan langkah no 2 dan langkah no 3. Putar lagi sehingga rata. Masukkan air panas dan kacau lagi.
  5. Masukkan coklat emulco dan ratakan.
  6. Masukkan tepung yg tlh diayak dan gaul/putarkan hingga rata dgn kelajuan minima.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
  8. Pastikan adunan kek sebati. Sendukkan sedikit adunan dan jatuhkan semula. Jika adunan jatuh berlipat2 maknanya adunan sudah sebati dan cukup bahan.
  9. Tuangkan adunan ke dlm loyang kek.
  10. Kacau adunan kek mengikut arah pusingan jam dgn menggunakan spatula (jgn cecah lantai loyang). Ini utk memastikan kek naik dgn cantik dan tidak merekah setelah masak.
  11. Bakar selama 30 minit (bergantung pd jenis oven) - (sy gn suhu 180'C bako 20min,turunkn suhu 150'C untuk 10min terakhir)
  12. Setelah masak, biarkan 10 minit dlm oven dan keluarkan.
  13. Apabila kek sudah sejuk, hiaskanlah dgn topping/ganache kesukaan masing2. 
***Ganache / Topping ***
  • 180g coklat masakan
  • 30g mentega 
  • 100 ml susu segar ( sy gn susu coklat )
  • 2 sudu makan susu pekat manis ( ni sy tambah DJ xboh )
Panaskan secara double boil , kacau sehingga pekat. Apabila sejuk, barulah dihiaskan pd kek dan ditabur dgn coklat urai.
 Deco tak seberapa...semulajadi keras tangan..ni je la yg mampu...

2 comments:

Kak Rosaliza said... Balas

kalo anak2 akk tgk kek mesti di suruh buat lagi...mmg tak pernah jemukan bdk2 mkn kek cokelat heheheh

lina_pg said... Balas

kak rosa>bdk2 mmg suke klau coklat2 cenggini..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...