Wednesday, August 25, 2010

Ayam Kicap

Salam . . .
Hmm..mesti ramai yang masih bz kat dapur menyiapkan juadah istimewa untuk keluarga tersayang...Menu kami simple jer ayam kicap...tak pe la janji dapat menyenyangkan kami sekeluarga. Resepi pun ringkas jer..susah gak nak dok dapur lelama ngan dak kecik ni..

Bahan-Bahan:
  • 6-7 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1cm halia ( ditumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
  • 1 bji cili merah ( dipotong serong )
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 2-3 sudu besar kicap pekat
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • Minyak
  • Air secukupnya
Cara-Cara:
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit. Goreng hingga 2/3 masak. Ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar/tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Masukkan air. Kacau sebentar
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau lagi
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng. Kacau sebati. Dah siap

4 comments:

YuSeNzE - KniGhT said... Balas

Perkh!! sedap ni.. hahha..

lina_pg said... Balas

yusenze> sedap la kt tekak kami skluarga

Adry@Daun said... Balas

Salam lina,
Apasal nama resepi ni ayam kicap? Bkn ayam msk kicap atau ayam goreng kicap?

lina_pg said... Balas

adry> salam,saja boh nm aym kicap..kalau boh nama ayam msk kicap kot terkompius ngan rcp lagi 1 yg berkuah tu..lg pun ni rcp bodoh2 jer..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...