Thursday, August 26, 2010

Tenggiri Masak Sos

Salam . . .
Dah siap masak ke kengkawan? Petang ni saya wat Tenggiri Masak Sos, resepi ringkas jerr..Tahun ni juadah buka puasa simple2 jer..kadang2 tak masak langsung, main tapau kat bazar ramadhan jer..Kalau baby tak meragam bleh la masak sket2..Saya tepek resepi kat sini, kalau berminat bleh la cuba..
Bahan-Bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 cm halia ( ditumbuk )
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat )
  • 1 biji cili merah ( potong serong )
  • Garam & perasa/gula
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Perasakan ikan dgn garam kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato. Kacau sebentar.Masukkan air, kacau lagi
  4. Masukkan ikan, bawang besar & cili merah. Kacau sebati
  5. Sesuaikan rasa. Dah siap
 

4 comments:

diana said... Balas

nyum..nyum..
sahur boleh buat ni..
ringkas je..

lina_pg said... Balas

Diana> mmg sesuai utk sahur..sbb cepat dan ringkas jerr..cuba la diana..

Chik Mimi said... Balas

salam lina sedap tu tenggiri masak sos budak2 sure suka

lina_pg said... Balas

chik mimi> salam chik mimi,bdk2 mmg suke kena la ngan tekak depa

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...