Monday, April 26, 2010

Sup Tulang

Salam,
Menu dinner malam ni, sup tulang..tanpa limau nipis, cabai melaka,daun sup & daun bawang...sup tulang jer semata..cam sup budak2 jer uhukss...
Ada yang blom santap lagi ke? Meh la makan sama...Dah kenyang ni, tak nak bebel panjang2..

Sunday, April 25, 2010

Jambangan Bunga Rose Dari Kak Atie


Salam suma kengkawan,
Hari minggu ni bleh la kemas2 rumah sket, mop mana yg patut..Bila rumah dah kemas..sedap jer mata memandang kan? Tambah2 lagi kalau rumah dihiasi jambangan bunga ros..wow harum semerbak...heh..heh..jiwang karat jer bunyinya...Jambangan rose ni dari kak atie..terima kasih byk2 ye kak atie...mmg cantik n indah sekali gubahan bunga ni...semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan...

Saturday, April 24, 2010

Daging Tumbuk


Salam petang sabtu kawan2...
Suma dah lunch ke? Daging tumbuk ni saya main taram jer sbb byk bahan yang x cukup..daging mmg kena tumbuk la sbb nama pun dgg tumbuk kan?, boh kicap sket...bawang goreng..hah jadilah daging tumbuk versi belasah aje ahaks
Sakit mata lak tgk gambo dgg tu blurr semacam jer..tapi xpe la..dah penat2 masak..post gak la..
Resepi ni untuk rujukan sendiri

Bahan-Bahan A
  • 300gram daging pejal (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 batang serai ( dititik )
  • 1 ulas bawang merah 
  • Air secukupnya
Bahan B
  • 6-7 ulas bawang merah ( dihiris - jadikan bawang goreng )
  • 1 labu bawang besar ( ditumbuk / kisar )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk / kisar )
  • 2 sudu besar cili boh ( ikut citarasa)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis ( sy gn serbuk jer )
  • 2 sudu makan kicap manis ( adjust sndri )
  • 2-3 makan kicap pekat ( bleh adjust )
  • Cili merah ( potong serong - utk hiasan )
  • Garam + gula
  • Myk masak
Cara-Cara:
  1. Satukan bahan A rebus hingga daging empuk. Bila empuk, tumbuk daging satu persatu. Jgn tumbuk sampai hancur lak.
  2. Perapkan daging yang sudah ditumbuk dgn kicap manis dan air rebusan daging ( 20-30min).
  3. Tumis bahan kisar bersama jintan manis hingga garing, masukkan cili boh tumis lagi hgga pecah myk.
  4. Masukkan daging perap kacau sebati..Masukkan kicap pekat, bawang goreng (tggl sedikit utk tabur), cili merah. gaul sebati.
  5. Sesuaikan rasa, tambah garam+gula jika perlu.
  6. Dah siap taburkan lebihan bawang goreng sebagai hiasan.

Wednesday, April 21, 2010

Award Dari E-na


Salam,
Bunga tulip kemas berbingkai ni dtg dr E-na, seorang rakan blogger...semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan hendaknya...tima kasih byk2 E-na atas pemberian ikhlas tu...

Saturday, April 17, 2010

Daging BlackPepper

Salam,
Pekaba kawan2 maya suma? salam siaran di ptg Sabtu...Hari ni lunch kami agak lewat sket sebab bf pagi dah pekena roti puri n kari sardin...Lunch mmg simple jer..nasi putih dan daging blackpepper semata jer..hu..hu..xde sayur xde lauk sampingan yg lain.Tapi betul kata dyg (tuanpunya resepi ni).daging blackpepper ni mmg menyelerakan...bleh bertambah2 makan nasi..Kepada yang berminat bleh la mencuba resepi ni. DJ kite C&P

Bahan-bahan :

  • hirisan daging rebus secukupnya (sy gn dgg  btg pinang-x rebus tp goreng sekejap)
  • lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • 1 sb sos tiram
  • 5 biji cili padi
  • sedikit hirisan daun ketumbar (x boh xde stok)
  • sedikit hirisan kapsikum (tuko ngan cili merah)
  • 1 sb jus lemon (xboh xde stok)
  • sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar  dan bawang putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati. 
  4. Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi. 
  5. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat.
  6. Hidangkan panas2 setelah masak. 
 Ada yg lom mkn lagik ke?meh la masih ada lagi ni..

Sunday, April 11, 2010

Nasi Beriani, Ayam Msk Merah, Daging Masak Hitam & Acar Mentah

Salam,
Nasi Beriani & kawan2 ni menu lunch merangkap dinner untuk hari ni.  Buat banyak gak ni memandangkan 2 orang adik haku sampai jap2 lagi...Dah lama gak xwat nasi beriani ni. Ada yang blom makan lagi ke? Meh la masih ada lagi...
Nasi Beriani makan ngan Ayam Masak Merah (cam berjanji lak ngan dyg sama menu), daging masak hitam n acar mentah...
Atas permintaan ramai, sy merajinkan diri menghapdet resepi nasi beraini ni. Sebenonya malas noo..nak menaip. Tapi xpe la..pelan2 kayuh huhuhu..Resepi nasi beriani ni diberi oleh kawan baik saya Che Nom, dah menjadi peberet keluarga saya n family hubby.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
  • Air (sama ngan sukatan beras )
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik 
  • Ayam ( ikut suka byk mana tp yg kat gambo xboh ayam)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkiykan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasa.
 
Ayam Masak Merah...
Daging Masak Hitam
Acar Mentah.....

Kalau ada kawan2 yang blom makan, sila la bawa pinggan masing2.... layan diri ya..tuan umah xlarat dah ni....





Sukan SKBB


Salam suma,
Hari Sabtu (10/4/10)sekolah anak dara haku ada wat sukan...seb baik la cuaca pun okey jer...x panas dan x ujan, redup jer..suspen gak sbb ptg Jumaat tu ujan siket punya lebat...
Meh la tengok aksi2 anak dara haku yg sorang ni bersukan...
Apa yang serius sangat tu kakak...
 Hah..baru perasan abah dok snap gambo..
Kakak tengah beraksi tu...aisey cikgu enterprem lak...
Cepat kakak bawa bola tu ngan gelung..

Siket lagi...
Cepat lari......
Okey dah selesai...



Sunday, April 4, 2010

Baby Bread Pudding


Salam,
Dah lama anak2 dok minta wat baby bread pudding ni, mama depa jer malas nak godek2...Tapi memandangkan dah lama beno oven tu dok selimut bungkus jer...hari ni merajinkan diri wat jugak la untuk bf kami sekeluarga...
Tentu ramai yang dah cuba BBP ni, memang sedap..rangup di luar, lembut di dalam...best sangat. Resepi sifu myR kakfida. Resepi bleh tgk kat sini:-

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair (1cawan arcopal)
  • 2 biji telur
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.


 Ada yang blom bf ke? meh la mkn sama..msih ada lagi ni...
Yang ni masih panas...


Saturday, April 3, 2010

Pengumuman Rasmi

Salam suma,
Hari ni nak wat pengumuman rasmi, walaupun ada kawan2 yg dah tahu dan ada yg dapat mengagak....ni la yang menjadi punca 'kehilangan' tuan umah selama 2-3 bulan lepas...silent mode jer memanjang...nak wat camno...morning sickness teruk bebenor..Dah lama nak kongsikan ngan kawan2 tapi asyik tergendala jer..
Baby ni mmg xsuka mama dia hadap lappie..mesti jeles...
Alhamdulillah..sekarang ni dah sihat, dapur pun dah boleh jengah..tu la bleh post n3 sket2...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...