Monday, May 31, 2010

Macaroni Goreng

Salam...pekaba suma? hari ni lambat sket n3 biasa la klau weekday..tayang menu dinner je la...malam kami sekeluarga makan macaroni goreng ajerr..macaroni budak2..tak pedas pun...memang bertambah2 la anak2 makan..tambah si Nisa tu memang suka makan pasta ni..tak kira la macaroni ke spageti ke suma peberet dia la..
Meh layan gambo yg tak seberapa ni...snap cepat2 sbb tak sabor2 nak ngap..kang sejuk tak sedap lak..ada yang lom dinner lagi ke meh la join sama...
Meh sapa nak join..bawa pinggan masing2 ya...
Ada lagi ni..masih panas lagi

Sunday, May 30, 2010

Jalan2 Cari Makan

Pagi tadi bekfast ngan pancake jerr..pastu hasilnya ciput jer......nak masak untuk tengahari malas plak kunun2 sakit kaki berdiri lama wat pancake yg dapat 8ketul tuh...huh..ngengada tul makyung sorang ni..kuar mengukur Queensbay Mall bleh plak ha..ha..teringin nak makan tomyam...meh tengok menu lunch kami hari ni..jangan ada yg minta resepi lak..kompom tak tau..Selalu pi jalan2 cr makan tak snap pic pun..kali ni saja rajin lak..sori la gambo blurr sket snap ngan hp jer..
KERAPU MASAM MANIS
GREEN CURRY CHICKEN
KERABU MANGGA
SAYUR CAMPUR
TOMYAM CAMPUR
Apa nama ntah menda ni wantan kot??

Pancake

Salam suma, dah bekfast ke? ari ni kami bf ngan pancake..semangat berkobar2 nk wat pancake. Tgk resepi kat umah DJ cam senang jer..rasanya tepung naik sendiri mmg ada lagik...Apa lagi pg tadi godek2 la kat dapur..huh..sekali tengok tepung naik sndri dah expired bulan Mac2010..hmmm..time aku tengah 'mabuk' xleh masuk dapur...lagipun lama tak mem'baking' tak perasan la...Tengah semangat membara neh aku taram je la ngan tepung gandum ha..ha..ha..
Kalau korang nak tengok pancake suci mulus, bleh tgk kat umah DJ , tengah cuti blogging la ni atas urusan peribadi...missed you DJ. Minta izin C&P resepi ya :

Pancake (Chef Hajar)  
3 sudu besar butter-dicairkan 
1 biji telur 
1 cawan tepung naik sendiri (sy gn tpg gndum jerr) 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu besar gula 
1 cawan susu segar ( tuko ngan susu cair ) 
1 sudu besar jus lemon - (x letak pun ) 
secubit garam ( terlupa nk boh )
                  Cara-Cara :
                  1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
                  2. Biarkan adunan selama 10 minit
                  3. Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
                  4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tggu hgga prmukaan xcair baru t'blikkan)
                  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

                  Ada rupa pancake ke cenggini?? kalau DJ tengok mesti gelak besar...leper semacam jerr..
                  Dah letak madu..ready utk ngap...kalau harsey syrup lg best...

                  Saturday, May 29, 2010

                  Macaroni Wif Lamb Stew In Tomato Soup

                  Mak aih panjang benor nak nyebutnya..masakan Italy mmg camtu la...Resepi ni tengok kat tv tapi xtau resepi asalnya camana..so apalagi main taram je la....Tengok hasil lebih kurang je la..lagipun juri2 kat umah ni mmg suka sgt. Siap bertambah2 lagi makan. Seronok betul...Meh tengok camana rupa macaroni aku ni..
                  Ni ler rupa Macaroni Wif lamb Stew In Tomato Soup..sedap neh...meh la join..
                  Ada sepinggan neh cepat2 sapa nak?? masih panas lagi nih...

                  Puding Roti Marble - Hana

                  Salam ceria di pagi Sabtu,
                  Hmm...sekali tengok cam aiskrim Viennetta lak...sebenornya terguna loyang besor, hasilnya jadi nipis sket...so saya doublekan time nak snap pic nmpk tinggi sket..cover line la tu...puding ni wat malam tadi guna tepi2 roti lebihan wat aiskrim...sayang lak nak buang gitu jer...Nak cari idea wat menda lain, kite ni tak kreatif sangat..jadi yang terlintas kat kepala puding roti ni je la...Tuan punya resepi ni ramai dah tau kan..Hana Jopun dah boh nama kat tittle tuh...Tak tau la berapa kali wat siaran ulangan..Tenkiu Hana

                  RESEPI PUDING ROTI MARBLE
                  Bahan-bahan ( satu loyang )

                  • 4 keping roti
                  • 2 biji telur
                  • 1/2 cawan susu pekat
                  • 170ml susu cair
                  • 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g)
                  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
                  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
                  • 31/2 cawan air (4cawan)
                  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

                  Cara-cara

                  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
                  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
                  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
                  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
                  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
                  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
                   
                  Sekali tengok cam aiskrim vienette lak hu..hu..
                  Dah potong2 nih sila amek sorang seketul ya...

                  Friday, May 28, 2010

                  Aiskrim Goreng TMK

                  Salam,
                  Aiskrim Goreng???Ada yang pernah makan dan mungkin juga ada yang rasa pelik kan? Aiskrim mana bleh goreng..cam tak logik jer...Sapa yang tak pernah tengok, meh la tengok caman rupa aiskrim goreng ni...Sedap ni wat minum petang ngan teh 'O' tambah lak makan panas2 tapi sejuk jer kat dalam...
                   Ni rupa aiskrim yg dah siap digoreng..
                  Rajin tahap gaban neh snap 2-3 pic lagi...
                  Kalau ada yang berminat boleh la mencuba, kat sini saya sertakan resipi, sebenarnya senang sangat nak wat  ;
                  Resepi Aiskrim Goreng
                  By: linapg.blogspot.com
                  Bahan-bahan:
                  • 10 keping roti
                  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
                  • Plastik ( untuk balut roti)
                  • Minyak 
                  Cara-Cara:
                    1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
                    2. Skopkan aiskrim ke atas roti. 
                    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
                    4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)
                    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman ( Saya simpan 2jam setengah jer)
                    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
                    7. SeLamaT MenCuba
                     Versi buka aurat sket..perisa vanilla..ada yang terliuq tak?
                    Yang ni plak perisa coklat..aiskrim masih beku lagi tu....


                    Roti Telur Berkeju - Hana

                    Salam,
                    Hari ni suma cuti sempena Wesak Day..bekfas di pagi Jumaat yg mulia ni simple jer...Roti Telur Berkeju. Sedap makan roti ni time panas2. Tuan punya resepi ni cik puan Hana yg dok kat Jopun nun...

                    Resepi ni hana kongsikan kt myR Hana minta izin C&P ya:

                    Bahan-bahan ( 2 org )

                    • 4 keping roti
                    • 1 biji telur
                    • 2 keping slice cheese
                    • 2 sudu minyak msk

                    Cara-cara

                    1. Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
                    2. Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Potong dua.Buat lagi sampai abis.
                    3. Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
                    4. Dah siap...mkn la panas2......SeLaMat MenCube.. 
                     Buat 4 keping jer..slices cheese pun ada 2keping jer...

                    Thursday, May 27, 2010

                    Bayam Masak Lemak & Ayam Goreng

                    Salam,
                    Pekaba suma? jangan betulkan skrin anda ya..memang kuah sayur bayam tu kaler 'pink' cenggitu.... saya guna bayam merah..jadi la kaler 'pink' sedap neh kalau masak lemak makan ngan ikan goreng @ ayam goreng. Anak2 cam biasa la makan kuah ngan udang yang tergolek2 tu je la..sayur langsung tak nak makan..susah tul...
                    Minta maaf la gambo kureng memuaskan...nape ntah..tak lawa la plak...
                    Ayam goreng ku yang sedikit hangus hu..hu..cover line tu...ha..ha..ha

                    Monday, May 24, 2010

                    Kuih CekMek Molek

                    Salam,
                    Mungkin ada yang tak pernah dengar, tengok atau rasa kuih cekmek molek ni. Kuih ni sangat popular kat pantai timur, terutama kat Klate n Ganu..Hmm kalau kuih dari klate ni agak manis sket la sebab kat dalam tu boh gula putih...Meh tengok camana rupa kuih cekmek molek neh..Aku guna ubi keledek kaler oren sebab tu rupa kuih ni kuning @ oren sket...
                    Ni la rupa cekmek molek..ntah la molek ke tak cekmek aku ni..
                    Kalau korang bleh nmpk kat tgh2 kuih yg dipotong tu ada gula cair meleleh jadi rasanya manis2 sket..

                    Kalau ada yg nak minta resepi sila angkat tangan ya...wat masa ni malas nak menaip...walaupun resepinya senang sangat...
                    Atas permintaan Puan Isah rakan blogger yang baru dikenali..saya tepek gak la resepi cekmek molek ni...

                    Bahan-bahan :
                    • 400-450g ubi keledek
                    • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
                    • Gula putih
                    • Minyak masak
                    Cara-cara:
                    1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ). Lepas tu buang kulit dan lecek hingga halus. Biar keledek lecek tu sejuk.
                    2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.
                    3. Bentukkan adunan bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan gula kat tengah.
                    4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
                    5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA
                    6. Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak


                    Sunday, May 23, 2010

                    Teh Dangdut

                    Alahai gumbira tul, teh dangdutku menjadi...tapi tang buih tu xtau la nape ciput jer..dah tarik kaw2 tu tapi buih tak tinggi pun...tang layer dah okey rasanya..Bila tengok rupa cenggini cam sayang lak nak minum...sedap tau rasa lemak2 tak berapa manis...Resepi ni amek dr myR
                    Minta izin C & P ya siti mariam

                    Bahan-bahan ( 1 gelas )

                    • 2 UNCANG TEH
                    • 3 SB SUSU PEKAT ( sy gn 2 sudu besar )
                    • 2 SB SUSU CAIR (option)
                    • AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)

                    Cara-cara

                    1. REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
                    2. SETENGAH CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
                    3. LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
                    4. AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
                    5. *SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...

                    Roti Sausage Roll

                    Salam ceria di padi minggu. Bekfas ari ni ngan roti sausage gulung ajer...Tapi sangat mengenyangkan..maklumlah ada roti, sausage n telur..kenyang gak tu...
                    Simple tapi mengenyangkan
                    Terajin lak snap 2-3 pic...

                    Rasanya ramai yg dah tau nk wat roti cenggini, tapi terajin dh tepek resepi gak...klau ada yg berminat bleh cuba versi aku ni..

                    Bahan-Bahan:
                    • 10 batang sausage 
                    • 10 keping roti ( canai supaya roti mampat/padat )
                    • 1 biji telur ( campur sdkt serbuk lada putih - pukul cam telur dadar )
                    • Minyak
                    Cara-Cara :
                    1. Gulung sausage dgn roti, bahagian hujung roti sapu telur supaya tak terbuka masa menggoreng
                    2. Ulang sampai roti habis.
                    3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng dgn api sederhana hingga keperangan.
                    4. Angkat dan toskan. Sedap di makan dgn sos cili
                    5. SeLaMaT MeNcUbA
                    Ha..ni versi yg dah potong..buka aurat sket..hik..hik..

                    Saturday, May 22, 2010

                    Rempah Ketumbar ( Biji )

                    Salam,
                    Saja nak tayang gambo biji ketumbar ni sbb ari tu aku hampir2 tersilap ngan biji lada putih, sekali tgk cam nak sama jer...almaklumlah bukan pakar sgt dlm bab2 rempah ratus ni..Kalau tak de tulisan kat paket tu mmg sah la tersilap ambik...Selalunya dlm mskn aku gunakan yg serbuk jer, senang kije xyah nk sangai, tumbuk dan segala bagai lagi...hmm tak rajin la katakan...

                    Ni la rupa biji ketumbar, sekali tgk nk sama cam biji lada putih kan??Tapi kecik sket dr segi size...
                     Ni clear sket biji2 ketumbar neh..
                    1 paket yg dipacking cantik ni (50g )..aku beli rm1.50jer  ..rasanya murah la kan??

                    Wednesday, May 19, 2010

                    Ayam Goreng TMK

                    Salam,
                    Ayam goreng TMK? Saja boh nama TMK tu..dah la ayam goreng posing di tengah padang pasir.kosong jer...masuk dalam frame nampak la menarik sket...apa2 je la. Makan nasi ngan ayam goreng je ke? Ada la sayur tapi tak snap pic pun..dah kebulur dah...makan malam kami selalunya simple jer..

                    Buat2 tak nampak je la yg ter'hitam'sket tu...ayam peram mmg cenggitu la hu..hu..

                    Bahan-Bahan :
                    • 6-7 ketul ayam
                    • 1-2 sudu kecil paste asam jawa ( sy gn paste asam jawa Xtra Adabi )
                    • 2 sudu makan kicap pekat lemak manis ( sy gn Mahsuri )
                    • 2 sudu makan sos tiram
                    • Minyak
                    Cara-Cara:
                    1. Perasakan ayam dengan garam kunyit
                    2. Gaulkan ayam dengan paste asam jawa
                    3. Masukkan sos tiram & kicap pekat
                    4. Perap selama 20-30 minit
                    5. Goreng dengan api yang sederhana.

                    Award Dari Puan Isah


                    Salam,
                    Award chumil ni dari puan Isah, rakan blogger yang baru kukenali...kalau kat blog puan Isah, award ni datang ngan pakej tag..tapi dia soh amek award jer..jadi sy angkut award je la....tenkiu so much..saya dah gantung ni

                    Tuesday, May 18, 2010

                    Speghetti Bolognaise

                    Salam suma,
                    Betul ke spelling aku tu..hentam je la...speghetti ni dah lama anak2 minta, mmg peberet depa pun cuma mama depa jer malas nak wat...hujung minggu lepas gi shop'g kat SunShine mana2 blogger area penang msti tautempat tu..apa lagi abanglong terus sambar speghetti..aku pun beli la bahan2 lain semangat berkobar2 nak wat speghetti...entah camana lak bleh terlupa nak beli daging kisar @cincang. Hmm apa lagi aku taram jer ngan sardin cap ayam hu..hu.. menjadi gak speghetti aku..licin anak2 aku makan..kat sini aku kongsikan resepinya, kalau ada yg berminat bleh la cuba:
                    Bahan-Bahan:
                    • 250gram speghetti - (saya guna brand San Remmo Vermicelli )
                    • 1 tin sardin size sederhana ( saya guna ayam brand 230g) - hancurkan isinya
                    • 1 labu bawang besar ( dadu)
                    • 1 biji tomato ( dadu )
                    • 2 ulas bawang putih diketuk )
                    • 8-10 sudu makan Prego Pasta Sos ( sy gn yg Traditional )
                    • 1-2 sudu makan sos tomato
                    • 1-2 sudu makan sos cili
                    • Garam & gula@serbuk perasa
                    • Olive oil / myk masak
                    • Air
                    Cara-Cara :
                    1. Panaskan air untuk merebus pasta , masukkan garam dan beberapa titik minyak. Bila air mendidih, masukkan pasta. Rebus hingga pasta lembut @ betul2 masak.
                    2. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi dan sedikt layu. Masukkan tomato tumis lagi..
                    3. Masukkan sardin (sekali ngan kuah ), sos prego, sos tomato dan sos cili.Kacau sebati
                    4. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan garam, gula@serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api
                    5. SeLaMaT MeNcUbA
                    Kalau suka bleh la boh daun pasley cincang, sy xboh sbb anak2 tak makan pun
                    Sori la kualiti gambo tak memuaskan, snap cepat2 sbb kamera nak abes bateri hu..hu..

                    Monday, May 17, 2010

                    Kacang Buncis Goreng

                    Salam,
                    Ni menu dinner beberapa hari yang lepas, versi tak sempat nak update. Jangan dok mintak2 tau kompom dah pinish. Sayur Kacang Buncis Goreng ni sangat simple...Kalau ada yg berminat boleh la cuba...
                    Bahan-bahan:
                    • kacang buncis 8-10 batang
                    • 2 ulas bawang putih ( diketuk )
                    • setengah batang karot ( potong cam btg mancis )
                    • 1 sudu makan sos tiram
                    • sebiji telur
                    • Sedikit minyak
                    Cara-Cara:
                    1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan telur, kacau (hancurkan)
                    2. Masukkan kacang buncis dan karot. Kacau lagi
                    3. Masukkan sos tiram. Kacau sebati. Tutup api. Tara..dah siap

                    Daging Kicap

                    Yang ni geng sayur kacang buncis tu,  (kompom dh pinish ya ) Sebenornya ni daging goreng boh garam kunyit..pastu aku boh kicap pekat sket...tambah sedikit air dan 1sudu mkn tepung jagung..jadi la daging kicap cenggini..sungguh menyelerakan almaklumlah tengah dok lapo kan...jadi la untuk mengenyangkan perut kami sekeluarga....

                    Sunday, May 16, 2010

                    Labu Masak Lemak Putih Wif Suhun

                    Salam,
                    Panjang beno nama nak nyebutnya....menu lunch merangkap dinner utk hari sabtu.Sayur labu  dan ikan goreng...hmm kalau ada ulam-ulaman cicah budu lagi la terangkat..tapi budu dah abes lak...Aku ni malas nak mengarang panjang2, meh la tengok resepi ;
                    Bahan-Bahan:
                    • Setengah biji labu kuning ( sy guna yg kecik jer )
                    • 1 batang karot ( potong bentuk baji )
                    • 5 ulas bawang merah ( tumbuk )
                    • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
                    • 2 sudu makan udang kering ( tumbuk )
                    • 1 biji cili merah ( ptong serong )
                    • 1 labu bawang besar ( dihiris )
                    • 2 cawan santan pekat ( sy gn 1 paket santan S&P)
                    • 2-3 cawan air
                    • Sedikit suhun
                    • Garam & serbuk perasa
                    Cara-Cara:
                    1. Satukan bahan tumbuk, labu, karot dan air ke dalam periuk, Kacau sekali sekali hingga labu dan karot agak lembut.
                    2. Masukkan santan pekat, kacau hingga mendidih
                    3. Masukkan bawang besar, cili merah dan suhun. Kacau sebati. 
                    4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api. Dah siap


                    IKAN GORENG 

                    Ha..ha..ikan goreng bodoh pu nak interprem gak ke? apa-apa je la...

                    Mi Goreng

                    Dah nak masuk time lunch, kite baru nak tayang menu bekfast hik3...Nak wat camano..setel dulu la mana yang patut..Menu bf ari ni, mi goreng simple....cuma letak daging, fish ball, hirisan tomato n cili merah..cam biasa tak boh sayur pun...sbb anak2 tak makan...jenuh dok memilih letak tepi lak...Ada yang lom makan ke? Meh la ada lagi sket ni...

                    Saturday, May 15, 2010

                    Singge @ Singgang Merah

                    Singge merah?? hmmm....tak merah pun hu..hu...Sebenornya ni la pestaim aku wat singge pesen merah cenggini, selalu tu wat singge yang biase2 tuh jer...yang kaler sup tu...Sedap ni hirup kuah ngan rasa masam, pedas n masin..cukup rasa la kiranya...Basic resepi ni aku minta ngan kak rosaliza. Lepas tu aku taram je la hu..hu..Aku tepek resepi kat sini untuk rujukan sendri jerk. Kalau ada yg berminat sila la cuba..Adjust ikut tekak korang la ya..

                    Bahan-Bahan :
                    • 600 gram tulang lembu
                    • 6 ulas bawang merah di mayang
                    • 2-3 ulas bawang putih dimayang
                    • 1inci halia dimayang
                    • 3 biji cili kering ( ditumbuk) - sy guna cili merah jer
                    • 1 sudu makan cili boh
                    • 2-3 keping asam keping
                    • 1 sudu besar budu 
                    • Sedikit biji ketumbar ( sy gn stgh sudu kecil serbuk ketumbar)
                    • Garam & serbuk perasa
                    • Air secukupnya
                    Cara - Cara :
                    1. Satukan semua bahan, masak sampai empuk. Tambah air bila berkurangan.
                    2. Sesuaikan rasa. Tara..dah siap.

                    Wednesday, May 12, 2010

                    Ayam Masak Kicap

                    Salam,
                    Ayam masak kicap ni resepi MIL, my doter suka sangat kalau masak cenggini...tak kira la daging atau ayam masak kicap, mesti dia makan bertambah2... Resepi ni lagi sedap kalau letak suhun tapi xde stok, so xletak la..
                    Kalau ada yang berminat boleh la mencuba...adjust ikut citarasa ya..ni saya main campak2 jer..
                    Bahan-Bahan :
                    • 12 ketul ayam ( setengah ekor ayam sy potong kecik2)
                    • 3 ulas bawang merah ( tumbuk)
                    • 1-2 ulas bawang putih ( tumbuk )
                    • 1-2 sudu makan cili boh
                    • 2-3 sudu makan kicap pekat ( sy guna mahsuri lemak manis)
                    • Kicap manis secukupnya ( agak2 la )
                    • 3 sudu makan sos tiram
                    • 2-3 keping asam keping
                    • 3 cm kulit kayu manis
                    • 1 kuntum bunga lawang
                    • Minyak
                    • Air secukupnya ( untuk kuah )
                    • Garam & serbuk perasa
                    • Suhun ( sy xboh tadak stok )
                    • 1 labu bawang besar dihiris (sy xboh xde stok)
                    Cara-Cara :
                    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga wangi dan garing.
                    2. Masukkan cili boh, tumis lagi sampai pecah minyak.
                    3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak. 
                    4. Masukkan kicap ( kicap pekat dan kicap manis) dan sos tiram. Kacau sebentar. 
                    5. Masukkan sedikit air, sama paras ngan ayam..masukkan asam keping..renehkan sebentar..(supaya kicap meresap ke dalam ayam)
                    6. Tambahkan air jika ingin lebih berkuah. Tambahkan garam & serbuk perasa jika perlu.Tunggu hingga ayam empuk
                    7. Masukkan suhun & bwg besar biarkan sebentar. Tutup api. SeLaMaT MenCuBa.

                    Kad Hari Ibu Dari Mamasyipah

                    Salam,
                    Kad hari ibu dari mamasyipah..terima kasih ya mama..saya dah gantung ni..ingat nak angkut semalam tapi tak sempat..hari ni free sket..bleh la gi amek kat umah mama nun...tenkiu..tenkiu

                    Monday, May 10, 2010

                    Kari Ayam


                    Salam,
                    Dah lama tak masak kari ayam ni..sekali sekali masak kari sedap gak...seronok tgk anak2 berselera makan...Menu dinner kami mmg cukup simple..kari ayam n ulam timun jer.Malas la nak wat sayur segala bagai..janji perut kenyang sudah la...kalau kat klate nasi putih makan ngan kari ayam n ulam timun dipanggil 'Nasi Berlauk' Tapi nasi berlauk selalunya menu sarapan pagi bukan dinner cam kami ni hik3..

                    Sunday, May 9, 2010

                    Agar-Agar Santan

                    Salam,
                    Pencuci mulut yg sgt senang nak wat, sedap lak tu..tambah lak kalau mkn sejuk2 lagi la sedap...sejuk jer anak tekak...Agar2 ni biase jer..tak de apa spesel pun...Tapi ikut stail aku la...Kalau ada yg berminat bleh la cuba:

                    Bahan-Bahan:
                    • 1 paket agar-agar serbuk 10gram ( sy gna agar2 cap bintang)
                    • 3 gelas air (1 gelas=240ml)
                    • 2 gelas santan ( sy gn sntan serbuk S&P bancuh ngan 2 gelas air)
                    • 4 keping gula melaka
                    • 2-3 helai daun pandan (disimpul)
                    • Sedikit garam
                    Cara-Cara :
                    1. Masak agar2 bersama dgn air, gula melaka, daun pandan dan secubit garam.Masak hingga gula melaka dan agar2 larut.Kacau sekali sekala
                    2. Masukkan santan, kacau hingga agar2 mendidih. Tutup api
                    3. Tapis adunan sambil tuang ke dalam loyang.Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam peti ais. 
                    4. Setelah sejuk bleh la dihidang...Selamat Mencuba
                    Ni la rupa agar2 sebelum dipotong...ada yg nak join tak?

                    Kad Selamat Hari Ibu dari Yatie US

                    Salam,
                    Jambangan bunga yang indah ni sempena Hari Ibu pemberian yatie yg dok merantau nun jauh di US...Saya gantung ya...Terima kasih byk2...semoga persahabatan akan terus berkekalan...

                    Saturday, May 8, 2010

                    Carnation & Blackberry Untuk Mama

                    Salam suma,
                    Selamat Menyambut hari Ibu buat semua ibu dan juga bakal ibu...Hari ni rasa sungguh terharu sebab dapat hadiah dari family tersayang. Terima suamiku,abanglong dan adik Nisa..Bunge carnation, kata hubby besday jer beli munge rose..bunge apa pun x kisah la my laling...janji munge..
                    Tambah seronok dapat hadiah plak tu....
                    Emmm..agaknya apa la isi kat dalam ni...my laling balut sndri ni...kad ucapan pun gambo payung hik3..
                    Hmm..baby pun ada nama gak...baby lom kuar lagi la...
                    Tada....ni la hadiahnya.....
                    Yea..yea..dapat smartphone blackberry yg menjadi idamanku...tenkiu my laling muah..muah...


                    klik2 my nuff

                    LinkWithin

                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...