Sunday, August 29, 2010

Roti Puri

Salam...
Dah nak tengahari baru nak tayang menu sahur pagi ni...dah lama jugak la xwat roti puri kegemaran anak2..deme ni panggil roti gemok..saya uli sebelum masuk tidor, pastu bangun sahur br sambung next step..seb baik my laling tulun buat2 bulat dan gelek2 roti tu..kalau saya pulun sorang2 alamatnya tak makan sahur la nnt kalau baby bangun..tuan tanah resepi ni kak yatiezaini myR. Minta izin C&P ya kak

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen

  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...

     Sedap tu...cicah ngan kari daging..besttt

Saturday, August 28, 2010

Gulai Udang

Salam, dah lama tak masak gulai udang ni...udang ni peberet nisa..masak apa pun mesti berselera dia makan...masa dok tumis lagi dia dah sibuk masuk dapur tanya masak apa bau sedap sangat..bila tengok udang..mmg tak sabar2 dia nak makan...sabor kakak kena tggu time buka..

Ikan Bakar & Ulam Tomato

Salam..
Selamat petang semua, ada yang bersiap2 nak masuk dapur dah ke?kalau masuk dapur awal2 ni..mstilah nak sediakan dessert untuk buka puasa petang nnt kan?Ikan bakar dan ulam tomato ni wat petang kemarin, tapi tak sempat nak post n3 sebab dah lambat..siap pun ngam2 jer time buka puasa..snap pic cepat2 terus ngap..makan panas2 sedap ni. rcp ulam tomato sy amek  kat umah kak hamsini, dh byk kali sgt wat,rcp bleh tgk kat SINI
Ikan bakar ni sy lumurkan dgn sedikit garam dan lada sulah..

Ikan bakar mkn ngan ulam tomato ni mmg best..

Thursday, August 26, 2010

Tenggiri Masak Sos

Salam . . .
Dah siap masak ke kengkawan? Petang ni saya wat Tenggiri Masak Sos, resepi ringkas jerr..Tahun ni juadah buka puasa simple2 jer..kadang2 tak masak langsung, main tapau kat bazar ramadhan jer..Kalau baby tak meragam bleh la masak sket2..Saya tepek resepi kat sini, kalau berminat bleh la cuba..
Bahan-Bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 cm halia ( ditumbuk )
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat )
  • 1 biji cili merah ( potong serong )
  • Garam & perasa/gula
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Perasakan ikan dgn garam kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato. Kacau sebentar.Masukkan air, kacau lagi
  4. Masukkan ikan, bawang besar & cili merah. Kacau sebati
  5. Sesuaikan rasa. Dah siap
 

Wednesday, August 25, 2010

Ayam Kicap

Salam . . .
Hmm..mesti ramai yang masih bz kat dapur menyiapkan juadah istimewa untuk keluarga tersayang...Menu kami simple jer ayam kicap...tak pe la janji dapat menyenyangkan kami sekeluarga. Resepi pun ringkas jer..susah gak nak dok dapur lelama ngan dak kecik ni..

Bahan-Bahan:
  • 6-7 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1cm halia ( ditumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
  • 1 bji cili merah ( dipotong serong )
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 2-3 sudu besar kicap pekat
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • Minyak
  • Air secukupnya
Cara-Cara:
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit. Goreng hingga 2/3 masak. Ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar/tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Masukkan air. Kacau sebentar
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau lagi
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng. Kacau sebati. Dah siap

Tuesday, August 24, 2010

Ayam Masak Kapitan

Ayam masak Kapitan ni siaran ulangan sebenarnya..klau wat siaran ulangan tu maknanya sedap la..anak2 n my laling pun suka..senang citer ni la lauk buke pose n simpan sket utk sahur huhuhu..setel..cam biasa la resepi amek umah DJ.Resepi bleh tgk umah DayangJack atau kat SINI
Kali ni wat kuahnya terpekat sket..tp ttp sedap..cicah roti pun best...meh DJ joint..

Kacang Buncis Goreng

Salam. . .
Sayur paling ringkas dan cepat..anak2 dok pilih udang je la..sayur langsung tak makan..abah depa la tukang perabis sayur tu..mama dia blom mkn sayur ni lagi..takut angin lak..
Bahan-Bahan:
  • 8-10 batang kacang buncis ( potong serong )
  • 1-2 ulas bawang putih ( diketuk )
  • Sedikit karot ( potong cam btg mancis )
  • 1 biji cili merah ( potong serong )
  • Sedikit udang segar
  • Garam & perasa
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan udang.Kacau sekejap
  2. Masukkan semua sayuran. Kacau lagi
  3. Sesuaikan rasa.Dah siap

Monday, August 23, 2010

Sup Kentang Berkrim

Salam...
Sup Kentang ni menu gandingan ngan grill salmon..ya la bulan pose ni diet kena seimbang..protein dr ikan salmon yg kaya dgn Omega3, pastu karbon hidrat ganti nasi dari kentang..ha barulah balance..Tak sangka lak anak2 suka sup ni..sebenornya depa tak perasan saya dah masukkan sayur dalam sup tu..tapi bila blend halus...licin satu mangkuk depa makan..si kakak siap bertambah lagi...
Resepi ni saya tgk kat Chef Celebrity Ideal yg ditayang kat TV3.
 Nampak simple tapi sedap..rasa cukup mabeles..

BAHAN-BAHAN
  • 2 biji kentang ( kupas kulit & potong kiub )
  • 2-3 batang celeri ( potong kecil )
  • 1 labu bawang besar kuning ( potong bulat )
  • 4-5 ulang Bawang putih ( cincang kasar 
  • 1sudu kecil Serbuk kari daging 
  • Sedikit Oregano atau bayleaf ( xboh pun xpe )
  • 1 sudu besar mentega 
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 tin susu sejat
CARA PENYEDIAAN: 
  1. Rebus kentang dan batang celeri dengan sedikit air.Jika ada herba msukkan skali. (Sy guna serbuk Oregano jerr )
  2. Dalam kuali berasingan, tumiskan bwg besar dan bawang putih dgn mentega hingga layu. Jgn terlalu lama..kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan kentang tadi 
  3. Tambah 1 sudu serbuk kari daging, garam dan lada putih. 
  4. Apabila kentang sudah empuk, tutup api. Masukkan bahan rebusan (tanpa air itu) ke dalam blender.Blend sampai hancur 
  5. Masukkan satu tin susu sejat ke dalam blender dan blend kentang itu sampai halus.Dah siap
    *** Note :Sup ni lebih sedap jika dipanaskan sekali lagi sebelum menghidang ***

    Grill Salmon

    Salam . . .
    Menu sahur anak2 n my laling, kalau western cenggini mmg anak2 suke la..si kakak pun abes ikan tu seketul dia makan. Tak de la aksi2 lentuk kat meja makan time sahur. Kalau mkn nasi selalu tu pakat2 dok tenung nasi pastu lentuk kepala kat meja..sambil suap nasi..tak selera la tu...Kali ni seb baik adik kita tulun grill ikan salmon tu, kalau tak..kembang la kaki kite ni berdiri lama2..suma komen sedap..kite tak makan pun..Resepi simple jer..Kalau berminat bleh la cube

    BAHAN-BAHAN
    • 4 Keping ikan salmon
    • 1 inci halia muda ( mayang )
    • 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
    • 1 biji lemon ( ambil jus )
    • 1-2 sudu makan sos ikan ( Nampla )
    • Garam & Serbuk perasa
    • Serbuk lada hitam
    • Minyak zaitun
    CARA PENYEDIAAN :
    1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
    2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, nampla, sedikit garam dan perasa
    3. Masukkan kepingan ikan dan perap 30min-1jam 
    4. Panggang ikan hingga masak (Sy gn kuali leper roti jala jer..boh sdkit myk zaiton )
    5. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis...sedap..

    Pic sembrono jerr..time sahur..semuanya serba nak cepat..takut bby bangun lagi haru..

    Sunday, August 22, 2010

    Maisarah Dah 1 Bulan

    Salam . . .
    Hari ni 22hb Ogos genaplah 1 bulan usia baby Maisarah..rasa macam baru je baby kecil ni dilahirkan..sekejap jer masa berlalu . . .Hmm..esok maisarah kena pi klinik untuk injection . . .Atas permintaan kak rosaliza ( Embun ) & en.daun ( Dedaun Alam ) nak tengok gambo maisarah, jadi saya snap la beberapa keping gambo bby yang buka mata hik3..selalu tu pejam jer..maklumlah baby ni asyik titon jer..
    Mama..saya dah bangun ni..
    Maisarah tengah layan tv tuh..
    Bila boring . . .Saya nangis la kuat2
    Yes..yes..mama dah datang . . .
    Kalau dok riba@dukung mmg baik ajer maisarah ni..
    pic ni blurr sket..baby dok tgk mama dia..
    Saya budak baik..tak nangis pun(klau dok atas riba la)

    Ungkep Hati Ayam

    Salam. . .
    Dekat2 nak abes pantang baru bleh tunjuk menu pantang..sebelum ni asyik makan ikan bako n sayur rebus jerr tu pun my laling tulun masakkan . . .apa nak buek..telan aje la...La ni dah cergas bleh la masak sendri . . .Ungkep hati ayam ni hasil selongkar umah hana jopun nun..timo kasih la yo hana . . .
    hana mintak izin cnp ya:
    Bahan-bahan
    • 300g hati ayam
    • *1 inci kunyit idop
    • *1 sk ketumbar
    • *1 sk jintan manis
    • *1 sk jintan putih
    • *1-2 sk blackpepper
    • *1-2 inci halia
    • garam
    • air secukupnya
    • sedikit minyak - hana gune myk zaitun.
    Cara-cara
    • tumbuk bhn2 yg bertanda *.
    • campurkan semua bahan ke dalam periuk@kuali, tutup dan rebus hingga kering dan hati masak. klu hati blom msk, tambahkan lg sedikit air. dan msk lg hingga kering.(sy goreng jer gn myk zaitun)
    • angkat dan hidangkan.
    Ni la hasil keje org malas..halia main tumbuk pecah2 jer..apa yg penting..sedap..

    Friday, August 20, 2010

    Bowties Wif Mayonis

    Salam..pekaba suma? Lama tul tak bersiaran..bz ngan macam2 hal..dah lama wat sebenarnya tapi tak sempat nak post..menu sahur untuk anak2..selera depa makan bila masak cenggini..asyik mkn nasi tak selera nak telan dah..Meh la layan gambo2 ni..malas nak karang pjg2..
    Peberet anak2 la pasta ni... laju jer habess
    Bowties yang dah digaul ngan mayonis
    Ni lak kuah pasta..kali ni boh isi ketam..lagi terangkat..

    Tuesday, August 10, 2010

    Maisarah Dapat Hamper Lagi

    Salam . .
    Semenjak dua menjak ni Teratak hamba tak de tayangan masakan ya..asyik tayang dak kecik jer..masak pun simple2 jer..maklumlah menu pantang bukan menarik sangat pun...Hari ni baby Maisarah dapat hamper lagi dari kawan2 mamanya...
    Hamper pemberian Rohana & Kumar (ex boss saya). Thxs to both of you...
     Ha..dah tayang hadiah..tayang tuan punya hadiah lak..cam biasa la..titon...


    Sunday, August 8, 2010

    Baby Maisarah Dpt Hamper

    Salam . . .
    Hari ni Maisarah dah berusia 18hari, kejap jer pejam celik dah 18 hari anak mama ni, baby ni tadak lain kejenya 'titon' jerr
    Baby Maisarah tgh nyenyak titon tuh..
    Hamper utk baby.Thxs ya Nurun, Shidah, Peul & Izna. Yg pink plak dari my boss SY Soon.Tenkiu so much to all of U..

    Saturday, August 7, 2010

    Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBB

    Salam,
    Lama betul tadak n3..hmm..maklumlah sejak ada baby ni, bz sket la..nak uruskan si kecik ni...Hari ni 7hbOgos 2010, sekolah kakak ada wat Anugerah Kecemerlangan Pelajar..beriya dia ngajak mama n baby pi sekolah dia..hmm..tak boleh la kakak baby kecik lagi baru 17 hari jer..abah n abglong je la yang pi..Meh la layan gambo si kakak ni..
    Hehehe sempat lagi posing ngan kawan2 sebelum msk dewan..kakak yg pkai tie biru tuh..
    Tengah beratur tggu turn utk naik stage..
    Tgh terima hadiah..
     selesai sudah . . .


    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...