Sunday, September 26, 2010

Tenggiri Masak Tempoyak

Salam . .
Selamat berhujung minggu suma, mesti kawan2 bz mengisi undangan rumah terbuka dan ada juga yang mengadakan rumah terbuka.Maklumlah suasana raya masih melekat lagi..kami sekeluarga pun ada undangan rumah terbuka ari ni dari pengetua nursery anak2. Hmm alhamdulillah kenyang kami anak beranak..
Tenggiri masak tempoyak ni menu basi sebenarnya, dah lama dah wat tp xsempat nk posting.Ada baby ni masa bloggong limit sket la...nak wat keje2 umah pun kadang2 sekerat jalan jer..
Patin masak tempoyak resepi ikut tekak sbb letak bawang segala..

Saturday, September 25, 2010

Lopat Tikam a.k.a Lompat Tikam

Salam,
Pekaba suma kawan2? Rasanya cam dah lama tak menayangkan menu masakan, asyik2 gambo raya dan gambo dak kecik..hmm..korang pun dh boring kan?sebenarnya ada menu masakan yg tak sempat nak posting. . tp terpaksa ditangguhkan dulu, sebab skrg ni masih mood raya dan open house sana sini..
Lopat Tikam @ Lompat Tikam ni berasal dr negeri Klate, cuma xtau nape diberi nama gitu ghuper..Dulu masa kecik2, kalau bulan pose bonda kite selalu wat kuih ni, part mengacau sampai likat tuh keje kite ngan akak kite la...tp x pernah lak wat sendiri. Resepi ni amek kat umah kak rosaliza. Pepe hal nak copi gak resepi ni, senang nak wat rujukan n menderhaka mana yg patut hahaha..jangan marah aa..akak tak baik marah2 bagi ibu2 yg mengandung.
Inilah dia lompat tikam hasil tgn ku yg tak seberapa...
Lapisan hijau tak berapa menjadi, permukaan cam tanah liat merekah lak..hmm amatur la katakan
Lapisan putih. Org klate panggil kepala santan..
Pulut kuning merah, lopat tikam klate selalunya ada pulut...
Nisan . .
LOPAT TIKAM
Sumber : Kak rosaliza

Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 Sudu besar air kapur (xboh xde stok)
CARA2
  1. Satukan kesemua bahan2 diatas tapiskan kedalam kuali. 
  2. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. 
  3. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Lapisan Putih
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit garam
CARA2:
  1. Satukan kesemua bahan diatas.
  2. Kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat
  3. Rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pulut 
  • 1 cawan pulut
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit garam
  • 1 cawan santan ( anggaran )
CARA2:
  1. Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepatutnya lebih sedikit dari pulut
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kuah Nisan
  • 3 keping nisan / gula melaka
  • 1 cawan air
  • Daun pandan simpul
CARA: 
  • Masak sehingga agak pekat sedikit

    Thursday, September 23, 2010

    Cepatnya Masa Berlari

    Salam . .
    Dah petang baru boleh nak update blog, kemarin genaplah usia Maisarah 2 bulan. Begitulah pantasnya masa berlari meninggalkan kita. Pejam celik dah dua bulan usia anak mama ni. Pagi tadi bw baby pi injek, sian kat baby nangis kuat2 masa kena inject tuh..tapi jap jer..pastu senyap..orait jer. Kuat semangat tul baby mama ni. Nurse kata injection tuk dua bulan bleh demam. Balik dr klinik terus bagi baby makan ubat. Alhamdulillah sampai ke petang ni baby x demam..syukur...
    Baby Maisarah ngah nyenyak titon lepas makan ubat . . .

    Tuesday, September 21, 2010

    Berakhirlah Sudah . . .

    Salam . . .
    Pekaba suma? Ada yg tertanya2 apa yg dah berakhir. . .sebenarnya kemarin berakhirlah maternity leave saya selama 60ari bercuti ( tapi gaji jalan best2 ).Hari ni kenalah pergi keje, jalankan rutin cam biasa..yang sedey tu terpaksa berpisah ngan baby..sedeynya tak pernah berenggang ngan baby selama 60ari ni...sob..sob..sob...
    Hari ni gak baby Maisarah first day pi sekolah (nursery) sian kat baby kecik2 dh kena pi nursery..nak cari pengasuh xde lak org nak jaga kat area saya tinggal ni..what to do..terpaksa gak la..
    sian baby kena tinggal kat nursery...

    Sunday, September 19, 2010

    Raya..Raya..Raya

    Salam...
    Pekaba suma kawan2 mayaku?semoga semuanya dlm keadaan sihat..mesti kemeriahan syawal masih terasa walapupun dah sepuluh ari berlalu..Terima kasih kpd pengunjung2 ke teratak ini..kunjunganmu amat kuhargai...Entri kali ni spesel utk en.Daun yang berada di Langkawi sebab tak dapat pulang beraya di kampung..semoga paparan di blog ini dapat mengubat kerinduan....(huh  skema betul)
    Gambo family tersayang.my laling tukang snap..so xde dlm gambo...
    Baby Maisarah bergaya ngan baju kurung sambil titon hahaha..
    Baby Maisarah disamping nenda..bonda saya la tu.
    Anak bujang saya..abanglong ngah kontrol macho tuh..
    My family..tahun bertambah ahli keluarga dgn kehadiran baby Maisarah..

    Wednesday, September 8, 2010

    Salam Aidilfitri Buat Semua

    Salam . . .
    Kami sekeluarga dah mula bercuti sempena aidilfitri, kami akan berangkat ke kampung halaman di klate sekejap lagi.
    Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua.Ampun maaf dipinta andau ada salah dan silap..kepada yang ingin pulang beraya ke kampung, pandulah berhati2 ,ingatlah orang tersayang..

    salam sayang dr,
    Lina_pg sekeluarga

    Monday, September 6, 2010

    Sambal Tumis Ikan Bilis & Petai

    Salam . . .
    Hari ni lambat sket update n3..bz ngan macam2 hal . . . baby pun dah x berapa nak tidor dah mentang2 dah besar sket . . . masak pun kelam kabut . .
    Sambal Ikan Bilis & Petai ni wat 2 ari lepas . . . saja nak ngabihkan petai yang hampir monopouse . . .
    Resepi biasa2 jer sama cam yang kengkawan wat gak . . . xde apa spesel pun . . meh layan gambo yang tak seberapa nih . .
    simple jer . .  tapi sedap

    Sunday, September 5, 2010

    Ribena Laici

    Salam . .
    Bila petang ni mesti kaum ibu sibuk kat dapur siapkan juadah berbuka utk keluarga tersayang, petang insyaAllah kami sekeluarga berbuka kat luar ..dah 'Merdeka' ni langkah pun panjang la..rasa cam dah lama sangat terperap kat umah...seronok nih bleh kuar jalan2 cari makan.
    Panjang sket mukadimmah...tayangan amal petang Ribena Laici, menu buke pose petang kemarin..dah dua kali wat..anak2 kata sedap..simple jer resepi :

    Bahan-bahan:
    • 1 jug air ribena ( ribena + air sejuk )
    • 1 tin laici 
    • Ais kiub secukupnya 
    Cara2
    Satukan semua, sedia dinikmati..nyaman meyegarkan tekak yang kehausan..
    Sejuk jer tekak..

    Saturday, September 4, 2010

    Biskut Dahlia

    Salam...
    Biskut Dahlia a.k.a samperit ni kegemaran anak2 saya..sian lak anak2 dok minta biskut ni..sebenarnya saya tak larat nak membako..lama gak tu nak ngabihkan satu adunan..tambah2 lak ngan dak kecik ni lagi la susah..seb baik adik bongsu kite yang dok UniMaP tu dah bercuti..ada gak la assistan tulun2..kalau wat sorang2 kira mintak ampun la..resepi ni amek kat umah Che Mat Gebu. CMG minta halal ya resepi ditempek kat sini.Saya wat setengah adunan jerr
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    300 g mentega
    160 g gula aising
    2 kuning telur
    1 camca teh esen vanilla
    240 g tepung gandum*
    100 g tepung jagung*
    160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
    Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
    2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
    3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
    4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
      Sedap biskut ni..gebu jerr

    Friday, September 3, 2010

    Chumel Tak?

    Salam..pekaba suma? dekat2 nak raya ni..sana sini tayang kukis..tapi umah kite ni asyik tayang dak kecik je la..Baju raya Maisarah ni, abah yang belikan masa cuti 31Ogos lepas.. mama blom abes pantang lagi..xleh la nak meronda..seb baik ada gak baju kurung newborn nih..
    chumel tak baju kurung baby maisarah??
    Nape tu wat mata kecik??dah besar sket ni, macam2 perangai dah..
    yah...abes bergolek bantal tu dikerjakan maisarah..tgk la pipi bukan main tembam lagi..
    Dah penat..saya titon la...

    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...