Friday, December 31, 2010

Ayam Masak Berempah TMK

salam suma,
n3 terakhir untuk tahun 2010 hehehe, menu ayam ni gandingan ngan nasi mentega kismis DJ tuh, memula ingat dah malas dh tayang sebab td snap pic blurr semacam jerr..tapi lepas panaskan utk makan malam..mai lak angin rajin snap lagi sekali.Kali ni rupa lebih senonoh dan sesuai untk tayangan umum hehehe..resepi mai campak ikut stok yang ada kat umah, tambah itu ini jadi lah ayam masak berempah ni..sedap gak la..memang sesuai ngan makan ngan nasi mentega. 
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana(perasakan ngan garam kunyit-goreng 3/4 msk)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 paket rempah kari ayam (jadikan pes)
  • 1 paket rempah kurma(jadikan pes)
  • 1 sudu makan cili giling(campur dlm pes rempah)
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1/2 cawan susu cair
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • Gajus
  • Cili merah n cili hijau ( potong serong)
Bahan kisar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar, rempah 4 sekawan n serai hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan pes rempah dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram.Kacau lagi.
  4. Masukkan susu cair, kacau lagi.Tambah air jika nak lebih berkuah
  5. Kemudian masukkan ayam yg sudah digoreng tadi,juga masukkan gajus,hirisan cili dan tomato
  6. Dah siap

Nasi Mentega Kismis

salam suma,
Siaran di hari Jumaat, penghulu segala hari dan merupakan Jumaat terakhir di tahun 2010 ni.Esok kita akan menyambut tahun baru 2011. Memandangkan ari ni cuti umum, rajin la sket nak main masak2 hehehe...Nasi mentega ni dah lama dok usyar kat dapoq DJ tuh, tapi tak sempat nak godek2 padahal resepi senang jer..atau bahasa yang lebih tepat lagi...malas sebenornya..Nasi ni memang sedap, lembut jerr.. anak2 pun suka. Saya guna beras Taj Mahal jadi sukatan air 1:2
Nasi Mentega Kismis
Sumber : Majalah Rasa, Disember, 2010
Sumber II : dayangjack
bahan-bahan :
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 1/2 buku mentega
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 5 gm kayu manis
  • 5 gm bunga cengkih
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 3 kiub pati ikan bilis ( sy gn kiub ayam)
  • 100 gm kismis kuning
  • 250 ml susu masam dan air secukupnya (sy gn susu cair )
  • 10 gm bawang goreng (xboh xde stok)
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit daun sup, daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub pati ikan bilis, air dan susu masam serta serbuk perasa.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering barulah renjiskan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan daun sup, daun pudina serta daun ketumbar.
  5. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.

Wednesday, December 29, 2010

Kellies Castle

ansalam suma murid2,
Hari ni kita belajar pelajaran sejarah ya..Ada sapa2 yang tau tak pasal Kellies Castle ni? sapa pemiliknya? hehehe cenggitu la kan ayat2 yg selalu cikgu2 gunakan dalam sessi pembelajaran dalam kelas kan?
Serba sedikit info tentang Kellies castle ni yang saya tau. Istana ni terletak di Batu gajah,Perak.Dibina pada tahun 1920 oleh William Kellies Smith seorang British yang mempunyai ladang getah yang besar di Perak.Istana 3 tingkat ini direkabentuk istana Moghul. Binaan amat kukuh masih kekal hingga ke hari ini.
Istana ini mempunyai 14buah bilik dan mempunyai sebuah terowong rahsia, saya tak dapat nak melihat terowong tu sbb agak gelap n menyeramkan jugaklah..tambah ada baby kecik..org kata 'keras' sket..Rumah ini juga dilengkapi dengan lift yg merupakan binaan pertama di tanah Melayu ni.wow..hebatkan..Istana ini dibina atas dasar kasih sayang William kepada isterinya.
Walau bagaimanapun Kellies Castle ni tidak dapat disiapkan sebab tuan punya telah meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.Isterinya sangat sedih dan menjual suma aset mereka di malaya ni dan kembali ke negara asalnya.Begitulah kisahnya..

 Nisa ngan backgroung 'Bear Tree'



 Sungai Kinta..kena guna jambatan utk ke Kellies castle
Cuma ada sebahagian saja bangunan ni..

Dan jawapannya . . .

Salam suma . . .
Alhamdulilllah nmpknya teka teki ni mendapat sambutan yg menggalakkan, memula tuh ingat tak dak sapa la sudi nak meneka. Terima kasih buat suma yg mengambil bahagian.Nampaknya ada yg tak sabar2 nak tau jawapan teka teki tuh..jawapannya ialah 'BEAR TREE' atau POKOK BERUANG' Beruang tuh ngah peluk perdu pokok tuh..Peneka paling tepat ialah wachak. Gambo ni saya snap kat Kellies Castle batu Gajah, Perak. Kalau nak tengok image sebenar bleh tgk kat SINI
nampak tak bear berdiri kat perdu pokok tuh

Tuesday, December 28, 2010

Cuba Teka...

salam...
Cuba korang perhati betul2 gambo pokok ni, apa yang korang nampak?main teka teki plak hihihi..kalau ada yang nak bagi jawapan, tulis kat komen ya..(itu pun kalau ada yang sudi la)
apa yang tersembunyi...cuba cari...

Monday, December 27, 2010

Begitulah Kisahnya . . .

salam suma...
2 ari ni agak kebizian sket, kemarin ada rombongan dari kampung.Mak oi rombongan tuh bunyi cam ramai la kan? tak la ramai sangat..ada la 2 biji kete. Adik beradik hubby n MIL datang umah ni. Deme ni suma nak menganto adik bongsu tuh masuk UiTM kat Seri Iskandar, so dr klate transit png dulu n pagi tadi kami suma konvoi ke Seri Iskandar.Alhamdulillah dah selesai sumanya. Depa tuh pon dah membawa haluan masing2..satu family ke Kuantan n satu lagi ke KL.

Long story hah.....blik dr Seri Iskandar tuh sapa umah kol 9++ kelam kabut gak la sebab esok keje plak...pastu esok lak tadak ayaq kat seluruh Pulau Pinang ni, mmg PBA dah bagi notis awal2 lagi, kena la simpan air dlm bekas.Kalau tak, ada la yang nak jadi kambing esok ngeee..

Disebabkan kebizian nilah lambat sket membalas jejak..Gitulah citernya

Sunday, December 26, 2010

Cucur Macam2 Ada

salam suma..dah petanga baru bleh hadap menda alah ni..ari ni bz sket ngan macam hal...dah siap minum petang ke suma? kami pun selesai minum petang.Hari ni wat cucur..alhamdulillah sedap dan dah abes suma hehehe..kalau ada yang berminat bleh tgk resepi kat sini tapi serba ringkas ya:

Bahan-Bahan:
2 cawan gamdum
2 cawan nasi
2 cawan air
1 cawan daging kisar
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
cili merah, cili hijau (dadu)
1 biji telur
serbuk penaik
Garam@kiub ikan bilis

Cara-Cara:
  1. Nasi, ikan bilis, bawang besar,telur dan garam di blend bersama 2 cawan air.
  2. Masukkan daging kisar, masukkan gandum gaul hingga boleh dibentuk cucur.
  3. Masukkan cili merah dan cili hijau.
  4. Goreng hingga kuning keemasan

Saturday, December 25, 2010

Lunch Tunjuk2

salam...
ari ni dapoq TMK tak berasap, tadi kuar pi jenjalan sat sambil cuci mata dan membeli tingkap omputih kata window shop'g la kan? bese2 tuh petang2 ujan jer mmg xleh nk ke mana2 pun..ari ni elok plak cuacanya..tuh yg jenjalan..xmo citer byk meh tgk menu lunch tunjuk2 kami..pic snap ngan hp jer..



memula ingatkn banana split rupanya kek split

Lempeng Pisang a.k.a Banana Pancake

salam suma..hepi long weekend sempena hari natal,thus yg menyambut x'mast tu..merry x'mast ya..tengok kat dapur ada pisang berangan yg laling beli kat pasar malam, nmpk cam lebam dah sket nk makan cenggitu dah tak berapa sedap, nk wat kek pisang malas lak nk membaking.So godek2 wat lempeng ni la.Pancake ni sebenornya wat untuk minum petang kemarin, ngeee ternipis sket..memula tuh wat tebal tp hangit terhitam plak, rugi lak membazir lak sebiji...pancake ada rasa ala-ala kek pisang gitew..lembut, gebu dan mengenyangkan..resepi ni cilok umah hana.TQ ya hana.
 sedap mkn ngan madu@hersey syrup ni, sungguh enak dimakan begitu saja

Lempeng Pisang aka Banana Pancake
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum @ SRF
  • 80ml susu segar
  • 11/2 sk baking powder - klu gune tpg SRF 1sk memadai
  • 1-2 sudu makan gula - hana tak letak sbb pisang da manis
  • 1 biji telur size M
  • 1 biji pisang (100g) - lenyek halu (sy gn 3bj pisang berangan)
  • 1 sudu makan butter cair
  • secubit garam
Cara-cara
  • Pukul telur hingga sebati (guna whisk je) Kemudian masukkan susu segar. Kacau sebati.
  • Ayak tepung, garam dan juga baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur. Gaul sebati.
  • Last sekali masukkan butter cair dan juga pisang lenyek. Mix hingga smooth.
  • Biarkan sebentar dalam 10-15min. Panaskan kuali non stick. Lengser butter sedikit (skali lengser memadai).
  • Tuang sesenduk adunan pancake dan masak hingga timbul lubang dan terbalikkan. biarkan sekejap masak dan angkat.
  • Hidangkan dengan honey, butter atau apa sahaja jem pilihan.
Note: saya wat versi org malas tak rajenn, satukan suma bahan dan blend halus.

Friday, December 24, 2010

Lentok Baeek Punya...

suke sangat tengok aksi lentok baby Maisarah ni...nmpk manja sangat...hmm tu dok nerap atas belakang abah...kakak yg snap ngan hp dia..gambo blur sket la..tp pose menarik baby kecik.
Hari ni bawa baby gi check up n injek. Nurse kata injection kali ni baby boleh demam, tadi balik dr klinik terus bg ubat..harap2 baby tak demam la. Perkembangan baby adalah normal, berat naik sket 5.9kg..BMI turun sket sebab ni panjang 65cm..agak slim ngan ketinggian dier..walaupun pipi tuh memanmg chubby..
alahai manjanya anak mama ni..

Wednesday, December 22, 2010

Khalisha 5 Bulan

Khalisha 5 bulan? sapa Khalisha tu? hmm sapa lagi bby kecik TMK la tu bucuk2 Maisarah tu..ari ni genap usia bby Maisarah 5 bulan. Cepat sangat masa berlalu..sekarang ni baby dh pandai macam2. Dah boleh sembang2, gelak2, dan dah kenal orang..sekarang ni kalau letak kat tilam dia bleh guling2 sampai kat atas karpet..turn 360 degree. Seronok sangat dok main2 ngan baby ni. Ari ni baby tak gi check up lagi, appointment 24-Dec ni, xtau la berapa berat bby sekarang ni.
 baby moody sket sebab ngantuk..
main jeling2 plak..

Tuesday, December 21, 2010

Award Dari DayangJack & Nieza Finland

Salam . . .
Minta maaf la ari ni tadak tayangan masak2 ya..nak gantung award dari my sifu dayangjack dan juga rakan blogger baru iaitu nieza dok merantau jauh nun di Finland. Award datang ngan pakej tag sekali. Tapi amek award je..tag tak amek hihihi..xmuat kontena nak angkut..minta maaf ya DJ n nieza. Terima kasih banyak2 utk kedua-duanya..semoga persahabatan ini akan berkekalan
bangga rasanya dapat award ni..

Sunday, December 19, 2010

Pulut Serikaya

Pulut Serikaya lagi???jangan la camtu...saya ni tengah kemaruk makan pulut serikaya ni disebabkan percubaan pertama hari tu yang menjadi dengan jayanya hehehe..tambah plak kalau resepi yang sedap memang akan ada siaran ulangan.Tuan tanah rcp ni yati memories.Tq yatie atas resepi yang sedap ni. Kalau ada yang berminat bleh tengok resepi kat SINI.Saya lebih berpuas hati dengan hasil kali ni, lebih cantik dari percubaan pertama dulu..rasa menten sedap...Belajar dari kesilapan..Kali ni rajin sket bungkus penutup kukusan ngan kain, so lapisan atas tak terkena titisan air..memang hepi sangat..
my laling kata boleh meniaga dah ni hahaha..lawaknya..

Saturday, December 18, 2010

Asam Pedas & Daging Goreng

Salam suma...
Dah minum petang ke suma? kali ni bukan tayang menu minum petang pon..cuma wat tayangan menu luch tadi dan akan membawa ke dinner la..sebab masih berbaki lagi sket cukup utk makan malam..tak yah la masak 2-3 kali, penat woo..menu malas2 ajer ari ni. Tambah lak my laling kurang sihat..tadi dah watkan moi utk dia..tapi bleh gak makan asam pedas yang tak berapa pedas ni hehehe..nak wat camno anak2 xleh mkn pedas sangat..yang sedang2 saja..jom tengok menu bodoh2
Daging goreng pastu boh kicap jerr
asam pedas yang tak berapa pedas huhuhu

Menu Dinner

Salam . . .
Pekaba suma? Byk hari gak TMK tak wat tayangan menu makan..hehehe nak wat camno mmg tuan umah tak masak pon. Asyik2 tapau jer..naik boring gak mkn yg tapau2 neh. Nak masak tak larat lak( psst..malas sebenonya)Malam ni my laling tadak kelas,so kami kuar la pi mkn2..dah lama dok ushar satu restoren cina muslim kat area Bayan Baru..cam best gak tuh..makanan cina yang halal hehehe apa lagi jom terjah..meh tengok apa yang ada: Sori la snap ngan hp je neh..
ikan steam..ikan merah rasanya..
 kepah masak apa ntah..makan jer tau hik3..
 sutun goreng tepung
 pak choy n mushroom..gambo blurr plak..hantam je la
 sup daging herba

Wednesday, December 15, 2010

Award...Lagi

Salam....
Plan nak tido dah tadi, pastu baca msg kat cbox ada lak adik manis kite tu bagi award...terus bw kontena gi amek..tq ya fatin..cam nak mkn jer tgk lolipop neh.Tuan umah dh ngantuk ni..gud nite suma. Luv u...
mekasih byk2 ya fatin bg award ni..cayang dier

Monday, December 13, 2010

Award Lagi

Salam..Ari ni tak main masak2 ya, penat bertukang nak gantung award2 ni. Tak mau tulis panjang lebar, terima kasih banyak pada yang sudi bagi award ni...
ni dari eiyda utk suma follower blog dia. kalau nak singgah blog dia klik SINI
ni lak dari mamaaeris..terima kasih daun keladi ya

Sunday, December 12, 2010

Daging Masak Bamia

Bamia Daging ni hasil selongkar dapur DJ, memang best digandingkan ngan nasi hujan panas. Sekali tengok cam kari lak bamia daging haku neh, tak serupa la plak ngan DJ nyer, hamtam saja la labu. yang penting rasanya memang sedap kan DJ? Nak tau camana sedapnya kena la cuba sendiri hehehe..DJ minta izin ya cnp resepi. TQ yang..memang mabeles.. 
Bahan-bahan :
  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair(sy gn 1cawan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya  
  • kentang (sy tambah)
  • Cili merah & hijau (sy tambah)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula
Bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara-cara :
  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukan kentang tunggu hingga daging  dan kentang empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

Nasi Hujan Panas

Seperti yang dijanjikan saya akan wat n3 berasingan utk nasi hujan panas versi sy sendiri. Resepinya sangat mudah, saya hanya menggunakan rice cooker utk wat nasi ni. Senang kije huhuhu..janji nasi sedap, cantik dan memenuhi selera kami sekeluarga. Itu sudah memadai. Kalau ada yang berminat bleh la mencuba. 
 simple jer rcp ns ni tp sedap n lembut
Nasi Hujan Panas
Bahan-Bahan:
4 cawan beras (sy gn beras siam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan (simpul)
1 kiub ayam maggie
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
Rempah 4 sekawan
Minyak/Mentega/minyak sapi
Pewarna merah,ijo n kuning
Hirisan ketumbar,gajus n kismis

Cara-Cara:
  1. Beras dicuci bersih dah direndam selama 1 jam (stgh jam pun bleh). Kemudian toskan
  2. Masukkan air dan daun pandan ke dalam rice cooker. Tekan 'ON'
  3. Dalam periuk berasingan, panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan & bahan tumbuk hingga naik bau (tak payah terlalu garing nnt pahit)
  4. Masukkan beras, kacau sebati. Masukkan susu cair dan kiub ayam.Kacau sebentar
  5. Pindahkan beras tadi ke dalam rice cooker.(yg telah dimasukkan air tadi)
  6. Kacau2 beras. Tunggu hingga 'KEEP WARM'
  7. Buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan ijo. Letak berasingan ya.
  8. Biarkan 'KEEP WARM' hingga nasi betul2 masak.
  9. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis

Nasi Hujan Panas & Bamia Daging

Salam . . .
Nasi Hujan Panas ni wat untuk lunch merangkap dinner sekali.Memang sedap makan ngan Bamia daging. Saya menggunakan beras siam utk wat nasi ni..menjadi dan elok berderai je hasilnya.Hari tu skodeng umah kak rosaliza nasi hujan panas ni, terliuq la plak. Suma bahan dah ada, godek2 la sekejap.Nasi hujan panas ni versi saya sendiri. Daging lak saya guna resepi dayangjack. Nnt saya akan update berasingan untuk resepi nasi dan Bamia daging. Meh tengok lunch kami ari ni
ada yang lom makan ke? meh bawa pinggan masing2 ya..masih ada lagi ni

Pulut Serikaya

Salam ceria di pagi Ahad. Dah bekfast lom? Kami bf ngan pulut serikaya. Ni la pestaim saya wat kuih ni. Resepi amek umah YatieMemories yang memang pakar bab kuih muih tradisional ni. 2-3ari lepas pi la selongkar dapur Yatie, tapi tak jumpa lak resepi serikaya ni. Mana nak jumpa pi cari resepi kuih serimuka, rupanya nama kuih ni pulut serikaya. Sian kat sy ni nama kuih ni pon xtau sadis tul..
Pulut serikaya ni mmg peberet saya, nak wat takut lak anak2 tak makan. Memandangkan beras pulut masih ada sket, cuba gak lah..Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap resepi Yatie ni,anak2 pun suke. Selalunya yang beli tu xnak lak mkn.Disebabkan kesilapan sendiri lupa nak balut ngan kain, lapisan atas kureng cantik sbb terkena titisan air dr penutup kukusan.Apa pun kuih ni mmg best, yatie minta cnp rcp ya..tq
sememeh jer potongan kuih ni, kena lebih cermat nx time
 Kuih Pulut Serikaya
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka(sy gn 2kpg nisan)
* 1/2 cawan gula pasir (sy boh 2sudu besar)
* 1/2 cawan gula merah (sy tambah)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Saturday, December 11, 2010

Kari Kepala Ikan TMK

salam..selamat berhujung minggu suma, ada yang lom lunch ke? dah petang ni..kena makan cepat2 tau nnt perut masuk angin lak. Alhamdulillah kami sekeluarga dah kenyang makan tengahari tadi dengan kari kepala ikan ni. Kali ni saya guna kepala ikan merah dan masak mamak style. Memang sedap. Sealalunya saya wat pesen gulai..tapi kali ni tak guna santan..memang bagus untuk kesihatan. Saya letak resepi kat sini untuk rujukan sendiri:
Bahan-Bahan:
Kepala Ikan Merah( 2ketul)
6 ulas bawang merah ( tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
1sudu besar cili giling
2 paket rempah kari ikan (jadikan pes)
Air asam jawa
Daun kesum
Buah Tomato
Bendi
Cili merah & cili hijau
Garam & gula

Cara-Cara
  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan pes kari, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa.Tambah air ikut citarasa (nak berkuah lebihkan air).
  3. Masukkan garam & gula. Biar kuah betul2 masak dan pekat
  4. Masukkan kepala ikan, kacau sebati. Simbah2 kuah ke atas ikan. Sesuaikan rasa
  5. Masukkan daun kesum, buah tomato, bendi, cili merah & hijau.Tutup api

Friday, December 10, 2010

Puding Keledek

Salam
Puding keledek ni sebenarnya hasil experimen... sj guna resepi puding roti karamel..tp sy tuko ngan ubi keledek..sedap..hari tu lepas wat cek mek molek, ada lagi lebihan ubi keledek..dok pening gak nak kuih apa lagi..hmm taram je la.Saya tak letak resepi kat sini ya sebab main agak2 jer.sukatan tak tepat.Lain kali buat ngan sukatan yg betuk sy akan kongsikan resepinya.Meh la layan puding keledek
karamel kureng sket..tak meleleh pun..
rajin plak snap 2-3 pic
rupa tak senonoh sket,bergelombang mayb air kukusan menitik terkena puding ni

Thursday, December 9, 2010

Koleksi Award

salam . . .
Dah selesai mkn malam ke suma? kami malam ni awal2 lagi dah selesai suma . . .my laling ada kelas lak kol 8pm . . .kena la siapkan suma cepat2..kalau tak, tak sempat lak nk makan . . .Hari ni tadak n3 masakan . . .cuma nak gantung award2 dari kawan2 maya yang baru dikenali . . .terima kasih suma ya Semoga persahabatan terus berkekalan...
Award ni dari Azi . . .suke2 sebab spesel utk kite sorang..ada nama Lina pg tuh...
Ni lak dari tinta utk suma follower blog dia . . 
ni lak dari Anis

Tuesday, December 7, 2010

Sardin Masak Kicap

Dinner malam ni tadak spesel2..wat sardin masak kicap jerr...petang kuar gi shopping barang2 dapur kat sshine, ramai plak orang membeli belah..dah la tadak plastik huh..kena la bw plastik bag sendiri...Balik umah dah penat..masak nasi ngan lauk sardin n telur dadar je la..tapi licin suma..
Bahan-Bahan:
1 tin ikan sardin (sy dn ayam brand size sdrhana)
1 labu bawang besar ( potong bulat)
1 batang serai ( ketuk )
1 biji cili merah ( potong serong )
2-3 biji cili padi ( ketuk )
1cm halia ( ketuk )
2-3 helai daun limau purut ( siat2 )
1 biji tomato 
Kicap pekat & kicap manis
Sos tiram
Air

Cara-Cara:
  1. Tumis serai, halia dan bawang besar hingga naik bau dan bawang sedikit layu
  2. Masukkan sardin (ngan kuah sekali)kacau sebentar
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Masukkan air jika perlu
  4. Masukkan daun limau purut, tomato, cili merah dan cili padi. kacau sebentar.
  5. Tutup api. Tara dah siap

Bihun Singapore

Salam Maal Hijrah suma . . .semoga menyambut tahun baru ni semoga kita semua akan berhijrah dari yang baik menjadi yang lebih baik..amin...Dah lunch ke suma? Kami ari agak lewat sket bf..masih kenyang lagi ni..mayb skip lunch la kot...Hari ni wat bihun goreng jer utk bf..bihun singapore..saya pun xtau nape bihun putih cenggini diberi nama bihun singapore.Mayb org s'pore suka makan kot..Bihun ni tak cukup 'sifat' sebenarnya...telur pun tadak, sayur dah tentulah tak boh..nnt anak2 tak makan plak..Resepi? cam biasa jerr..boh bwg putih, lada hitam, lada sulah, udang n daging, 1kiub ikan bilis megi..Tu je la..tadak apa2 spesel pon...
Bihun bodoh2 aje
Masih ada lagi ni..bawa pinggan masing2 ya..

Monday, December 6, 2010

Ketam Masak Merah Madu

Dah lama teringin nak makan ketam masak cenggini . . .tapi bila gi Tesco tengok ketam tak fresh plak..dan2 terbantut niat nak sambar mr.crab..beli jer la lauk2 lain . . .Hari ni my laling terajin plak gi market bayan baru beli ketam ni. Tuh pun sebab dia cuti ada exam kat USM, kalau tak, tunggu ari minggu je la nak gi market pun huhuhu. Memang best sangat tambah2 lak ketam segar dari ladang laut.Saya tepek resepi kat sini tapi anggaran sahaja. Kalau berminat kena adjust ikut selera ya...
Bahan-Bahan:
4 ekor ketam saiz sederhana
4 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
1/2 labu bawang besar ( kisar )
Sedikit halia ( kisar )
1 batang serai ( ketuk )
2-3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar ( hiris )
1 biji cili merah ( hiris )
Daun ketumbar ( hiris )
Sos tomato
Sos tiram
Madu
Air asam jawa

Cara-Cara :
  1. Ketam dibersihkan, perasakan dgn garam kunyit, goreng sekejap dan ketepikan)
  2. Tumis serai dan bahan kisar hingga wangi dan garing
  3. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak
  4. Masukkan air asam jawa, kacau lagi.
  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan madu. Sesuaikan rasa (tambah garam&gula jika perlu)
  6. Masukkan ketam, kacau sebati. Masukkan air jika ingin lebih berkuah
  7. Masukkan bawang besar dan daun ketumbar. Dah siap

Sunday, December 5, 2010

Nasi Dagang TMK

Salam ceria di pagi Ahad. Selamat berhujung minggu suma, ari ni mesti ramai yang mengambil kesempatan membawa family kuar berjalan2 kan? dah makan ke suma? Hari ni kami bekfast ngan nasi dagang a.k.a nasi dage (org klate panggil ). Menu ni bukan setakat bf tapi akan membawa ke lunch hingga dinner. Dah penat2 masak makan je la nasi ni senang kije. Tak kose nak masak byk2 kali..Kali ni wat terajin sket ngukus nasi ni. Hari tu buat main taram guna rice cooker jer..Nasi dage ni saya guna methode nasi lemak kukus..sangat berpuas hati dgn hasilnya. Nasi jadi cantik berderai dan sedap. Saya tepek resepi kat sini, kalau ada yang berminat bolehlah mencuba:
 Nasi dage ngan gulai udang + telur..sedap neh..acar n sambal kelapa xwat..malas hik3
Bahan-Bahan:
5 cawan beras (sy gn 3cwn brs lembut,1cwn brs pulut,1cwn brs siam)
Santan pekat (sy gn 300ml)
1 sk halba (direndam supaya kembang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang merah (dimayang)
1cm halia (dimayang)
Garam&gula

Cara-Cara:
  1. Cuci bersih beras dan rendam semamalan. Kemudian toskan beras
  2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering ) 
  3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk). 
  4. Beras akan mengembang dan memanjang 
  5. Kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.  Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula Masukkan halba, halia, bawang merah, bawang putih yg telah dimayang. Gaul sebati 
  6. Biar seketika ( dlm 10 minit gitu ) supaya santan menyerap masuk ke dalam beras. 
  7. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min) 
  8. SeLaMaT MeNcUbA

Award Dari Fatin

Yea . . .dapat award lagi..suke..suke..suke..award kali ni datangnya dari sorang rakan blogger yang baru saya kenali iaitu Fatin a.k.a Twit .Award ni sebenornya mai beserta ngan tag sekali..tapi saya amek award jer..xpe kan Fatin . . .saya ni xleh pikir byk nak jawab soklan tag tuh nnt pening paler..maklumlah tak cukup tidor ada baby kecik...amacam besh tak alasan..pepon tenkiu dear..semoga persahabatan di alam maya ini terus berkekalan . . .
Cute kan award neh..ada iras2 gak tuh pakai spek..hahaha (perasan lebih)

Saturday, December 4, 2010

Cek Mek Molek

Salam . . .
Selamat petang kawan2, dah minum petang ke? ari ni cuaca mendung dan hujan sekali sekala di Penang ni . . .sejuk jerr..mula2 ingat nak memuding untuk minum petang tapi kansel la..cuaca sejuk kena makan yang panas2 baru best..
Petang ni wat Cek Mek Molek aje...resepi ringkas dan bahan2 pun cuma ubi keledek, tepung gandum dan gula... ada yang berminat? Resepi tgk kat SINI ya
Ni la dia rupa cek mek molek ku yang tak berapa molek huhuhu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...