Saturday, January 8, 2011

Cucur Roti Daging Cincang (update )

Salam ceria di pagi sabtu, dah bf ke suma? ari ni kami bf ngan cucur roti ajer. Plan asal nk wat roti sosej roll tp roti cuma ada 4keping jerr tak cukup la untuk kami anak beranak.Hmm..wat je la cucur roti ni.Sedap gak sedap ada daging kat dalam tuh. Kalau ada yang nak resepi bagitau la ya..agak malas nak menaip ni..

Bahan-Bahan:
  • 4 keping roti putih
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair(kalau xde boh air jer)
  • 1 cawan air
  • 2 cawan daging cincang/kisar/dgg burger
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji cili merah ( dadu )
  • 2 biji cili hijau ( dadu )
  • 1 biji telur
  • Garam/kiub ikan bilis
  • 1 sk baking powder (xboh pun xpe)
Cara-cara:
  1. Rendam roti ngan susu cair dan air hingga kembang.
  2. Blend roti, telur, garam, baking powder hingga hancur
  3. Masukkan daging cincang.Gaul sebati
  4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk.
  5. Masukkan bawang besar dan cili.Biarkan sebentar (dlm 10min) supaya baking powder bertindak balas.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.Sedap dimakan ngan sos cili
  7. Cucur ni sangat sedap dan mengenyangkan.
sori la pic kurang memuaskan,kesilapan teknikal

16 comments:

Anna Qawina said... Balas

bg rsp leh tak? nak habiskan roti berger yg nak xpired nih..hihi..daging kisar pun ada...

lina_pg said... Balas

anna> ok nnt saya update ya

Kak Rosaliza said... Balas

Salam..akk mai hantar pinggan ni..sedapnya, boleh minta tambah tak hehe

lina_pg said... Balas

kak rosa> ada lagi yg tak goreng,simpan utk minum ptg lak,nnt ptg br anto

sukahaha said... Balas

wuah!! baca tajuk pun dah dapat bayangkan rasa camne hehe..

AZLITA AZIZ said... Balas

musim2 ujan cam ni mmg sedap betul makan cucur... aii... sana sini orang mencucur... ita ni bila la nak mencucur tgk cucur ni meleleh ayak liurr....

lina_pg said... Balas

matdin> ni mesti lapo ni sbb tak bf,mmg sedap matdin

lina_pg said... Balas

ita> kat penang ni cuaca panas ari ni,tp layan cucuq gak

Mrs. ieza said... Balas

akak, upload la resipi nye =)

lina_pg said... Balas

ieza> ok nnt akak tepek rcp, ni ssh sket dok blogging ngan bby kecik atas riba hehehe

HaSue said... Balas

kak lina..bak sini maisarah tu bagi chan akak taip resepinya.hihi..sesambil tu leh sue tumpang mkn cucur roti akak nih.ngeee

wachak said... Balas

Salam Kak Lina.
wa nk resepi gak. Belum pernah cuba yg ada daging cincang. selalunya ngan udang atau ikan bilis jer :)

Kalau HaSue penat jaga maisarah, bagi dkat wa pulak ... he33

lina_pg said... Balas

hasue> salam sue..maisarah suke blogging gak..dok bertenggek atas riba teman mama blogging, menaip pun sebelah tgn jer. Tu dah hapdet rcp.

lina_pg said... Balas

wachak> amboi dia pon nak tulu pegang maisarah gak, pandai ke jaga bby? tu ha kak lina dh updt rcp, buat ikut stok yg mana ada kat umah.

wachak said... Balas

haa .. resepi udah kuar. emm .. wa x suka letak baking powder. cucur tu mengembang tapi isi kurang. cili tu tukar guna cili capsicum. kasi aroma sikit. meleleh dah air liur ni kak lina weii ... keh33

asnah58 said... Balas

Rajin betul ye, lapar tengok pic ni

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...