Monday, August 8, 2011

Siakap Masak Sambal

Assalamualaikum..
Alahai lama benor tadak n3 masakan.Puan umah agak bz sket.Balik kije kelam kabut amek anak2 kat umah pengasuh n nursery.Tu yang tak sempat nak meng'n3' tuh walaupun ada gak menda yang ditayang huhuhu.Hari ni curi masa mencelah wat n3 ringkas.Meh la layan menu simple main campak2 ikut stok yang ada kat umah je ni.Janji dapat memenuhi selera anak tekak kami sekeluarga.
seb baik tak lemas ikan siakap ni hehehe
RESEPI IKAN SIAKAP MASAK SAMBAL

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (cuci bersih)
  • 5 ulas bawang merah ( blend)
  • 2 ulas bawang putih ( blend)
  • 1/2 labu bawang besar ( blend)
  • 1/2 labu bawang besar ( dadu)
  • 2 batang serai ( ketuk)
  • 2-3 sb cili giling
  • Air asam jawa
  • Air
  • Minyak
  • Garam/kunyit
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji cili merah ( potong serong)
  • Buah tomato ( belah)
Cara-Cara:
  1. Perasakan ikan dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis serai dan bawang besar yang didadu hingga sedikit layu.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing
  4. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga garing dan pecah minyak
  5. Masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis.Kacau sebati.Tambah air jika ingin sedikit berkuah
  6. Masukkan cili merah dan tomato.Tutup api
  7. Curahkan kuah ke atas ikan siakpa yang sudah digoreng terlebih dahulu

4 comments:

ijayuji said... Balas

Salam kak lina! dah siap masak tuk berbuka? :D kita baru sudah ni hihihi..sedapnyer tgk siakap sambal akak! kita lamaaaa dah tak beli ikan2 besar mcm nii selalu beli yg kecik2 jerr sbnrnyer suke siakap suke ikan yg besar2 jugak malas nak menyimpan esbok tak muat hihihi.. Selamat berbuka ya kak!

lina_pg said... Balas

ika> wslm ika..dah setel suma..masak yg mana sempat jerr..ni dok tggu time nak ngap jerr.selamat berbuka juga wat ika

Kak Rosaliza said... Balas

Sedapnya siakap sambal tu, kalo umah akk ikan siakaop laju sikit ank2 mkn, kalo ikan lain tak berapa nak layan, ayam juga penyelamat. Selamat berbuka ya

lina_pg said... Balas

kak rosa> samalah akt umah ni deme berdua layan ikan siakap masak cenggini.Selalu ayam jugak lah yg jadi pilihan deme tu..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...