Tuesday, October 11, 2011

Pulut Serikaya

Assalamualaikum...
Alahai dah bersawang dah umah mayaku ni.Kalaulah ada bibik, blehlag tulun2 sapu sawang, mop lantai ke?buat mana yang patut hehehe.Terima kasih kepada tetamu2 TMK tetap setia berkunjung ke sini.Kunjungan kalian amat saya hargai.
Pulut serikaya ni saya wat hari Ahad lepas..n3 basi hehehe.Bz sket sejak dua menjak ni.Tu yang tak dan nak meng'n3'.Masih setia ngan rcp yatie Sinar Kehidupanku. Yatie mmg pakar bab2 kuih tradisional ni.Kalau gn rcp dia insyaAllah menjdi dan menepati citarasa (ehem..ehem..bodek sket) Terima kasih yatie utk rcpnya
hmm..sedapnya
RESEPI PULUT SERIKAYA
Sharing : linapg

Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (linapg gn 1keping gula nipah))
* 1/2 cawan gula pasir (linapg boh 2sudu besar)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

10 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

ASsalam memang best pulut sekaya ni, lemak berkrim..setengah loyang sekali hadap ngan anak beranak akk je ni

Zaliedana said... Balas

Kak lina nmpak sedap pulut serikaya tuh,a"ah betoi kak rcp kak yatie mesti jadi n semestinya sedap kan..Suka ngan kuih2 gini,tapi nak wat yg malas,huhu..

Adry@Daun said... Balas

Pulut serikaya ni msti sdp. Kalo yg kita beli biasanya seri kat atas tu tak berapa nk kaya. Diorg buh ciput je.. Dh tu kaler pucat lesi je.. Ada yg buat serikaya jadi lembik... pulut pn lembik. Nk mkn pn tak begitu seronok.. Best tak ayat komen den kali ni?? Haha...

EmbunRosaliza said... Balas

Ambaoi En daun..power gilerr komen kali ni..mesti nak setengah loyang tu heheheh. Mentang2la n3 dia pun ada kena mengena ngan sekaya heheh

nuwairani ismail said... Balas

bab nak tanak pulut ni yang tak lepas2 lagi ni...tapi kuih ni memang sedap! kalau cukup lemak manisnya tu...aduh...

lina_pg said... Balas

Embun> wslm..seb baik anak2 makan kuih pulut sekaya ni.Kalau tidak tak terhabes la nk mkn sorang2 huhuhu

CT> akak dulu pun main beli jer, bila dh pndai wat sndri ni, godek2 gak lah..lagi kena ngan slera

lina_pg said... Balas

Adry> Mmg betoi, kalau beli tuh..kepala koko tuh msti ciput jerr..pulut jer tgg.pastu lembik la..tak sedaplah mcm2 lagi

kak rosa> Tu la kan..kali ni lain pesen sket gaya komen tuh haha

lina_pg said... Balas

Nani> Kalau tanak, kaklina pun xpandai.Ni kukus kompom masak punya hehehe

Nieza said... Balas

kak, sedapnya!...lama tak makan ni...tumpang mkn sini jer la..hehe

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum kakLina..
Lama tak makan kuih ni. Cantik dan kemas je potongan kuih akak ni..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...