Tuesday, November 29, 2011

Bubur Kacang Hijau & Durian

Assalamualaikum...
Bubur kacang ni sebenarnya macam 'terpaksa' buat sebenarnya.Ni kes kesian nengokkan buah durian yang dah tersengih tuh.Nak makan gitu jer, isi lak xberapa manis. Kalau buat bubur ok gaklah kan? Bubur kacang ni spesel sket sebab saya goreng dulu kacang ijo tuh, pastu rendam sat dalam air.bagi dia kembang.pastu rebus cam biasa. Memang wangi dan sedap bubur kacang ni.Tips ni saya dapat dari seorang kawan.
ada yang terliuq tak hihihi
RESEPI BUBUR KACANG HIJAU & DURIAN
by linapg.blogspot.com
Bahan-bahan (tiada sukatan)
  • Kacang hijau
  • Durian
  • Biji sagu kecil
  • Gula nipah/gula kabung/gula melaka
  • Santan
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Kacang hijau digoreng tanpa minyak(sangai) sekejap dgn api yang kecil (mcm goreng kacang tanah) hingga berbau wangi. (Linapg goreng 8-10min jerr)
  2. Rendam kacang hijau tadi selama setengah jam (lagi lama lg bagus).Pastu rebus hingga empuk    
  3. Masukkan gula nipah, gula putih (jika perlu), garam. Tunggu hingga gula hancur.
  4. Masukkan santan, daun pandan dan biji sagu.Kacau selalu.Sesuaikan rasa.Tunggu hingga sagu bertukar jernih dan tutup api.


11 comments:

norlieharumaini said... Balas

sedapnya slurrrp.. pebret akak datang bawa bekas kosong ni...

EmbunRosaliza said... Balas

laju mai..nah mangkuk ayun eh mangkuk 4 tingkat...setiap tingkat letak 3 bubur, satu roti hehehh, best tu spesel sbb goreng2 dulu

Acik Erna said... Balas

Lina..acik pun goreng dulu kalau buat bubur kacang..acik dapat petua tu dari majalah.
sedap tu bubur ada durian..acik baru buat bubur letak durian jugak..tapi bukang kacang hijau..guna jagung.

eni osman said... Balas

alahai sedapnya....hujan2 ni pulak...

Mamasya said... Balas

Salam Maal Hijrah Lina

Ptg2 dpt semangkuk bubur kcg hijau durian ni sedapnya....
kena goreng dulu kcg hijau baru wangi dan sedap...nanti boleh cuba...

lina_pg said... Balas

norlie> meh..meh..kite makan togerder2..bw roti tak?

lina_pg said... Balas

kak rosa> satu mangkuk tungkat udahlah..bebudak kL tu xmkn kot sbb ada sagu, durian bagai ni.

lina_pg said... Balas

acik> sedap kan kalau goreng/sangai kacang ni dulu baru rebus..rasa dia lain sket..lagi sedapp

lina_pg said... Balas

eni> bubur kacang ni sedap setiap masa, time ujan mkn yg panas2.Kalau cuaca panas lak..taruk ais sket..sejukk jerr

lina_pg said... Balas

mamasya> salam Maal Hijrah juga ya mama.

saya dapat tips ni dr sorang kwn, dia kata tok dia goreng dulu kcg ijo ni sebelum direbus.Mmg sedap dan wangi

Toko Online Kalistajaya said... Balas

mantap..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...