Saturday, April 30, 2011

Jom Ronda-Ronda

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu suma, mesti ada yang balik kampung, pergi bercuti bersama keluarga.Kami tak ke mana2 pun.Jalan2 sekitar pulau jerr.Tapi hari ni xlah gi ngukur shop'g memandangkan long weekend,masih byk masa nak gi ngukur hik3.Petang tadi kuar jalan2 cari makan kat area Byn Lepas.Pas makan tu my laling kata jom gi ronda2 round island.Tak plan pun suma,kamera pun x bawa.Apa lagi on je la..dari Bayan Lepas, kami guna jalan lama ke Balik Pulau..agak lama jugak tak Balik Pulau.Dah macam2 pembangunan kat sana. Perjalanan diteruskan ke Teluk Bahang. Singgah jap jamu mata.Tengok cam orait gak,so snap gak picas sedas dua.Meh tengok picas yang agak sembrono je ni,jgn ada yg sakit mata yerr..gambo xbrp clear..
 ni bukan pantai te kawan2..ni Empangan Teluk Bahang
 
 si cilik sebuk nak posing background jalan raya lak tu hehehe..hentam je la nak ooi..
 abah ngan anak2, mama tukang snap
 Maisarah ngah merenung masa depan..rambut abes masai..angin sepoi2 bahase..
 pastu singgah beli pulut udang Teluk Bahang..kedai dia betul2 depan periuk kera ni..
 pulut udang yg dibeli..beli sket jerr,masih kenyang lagi sebenarnya..
 sedap jugak..ada isi udang kat dalam..byk lak tu intinya..

Monday, April 25, 2011

Puding Sagu

Petang2 cenggini dapat menikmati puding sagu yang sedap ni pergg..mmg syok.Tambah lak makan yang dah disejukkan. Sedap tak hengatt.Puding sagu ni pun saya wat experiment je ni.Tak sangka lak anak2 pun makan, saya ingatkan kami berdua je lah yang kena perabihkan puding ni.So wat sket je la..guna 1 cawan sagu jerr.Jenuh menggentel sagu..saja cari nahas..ada resepi yang senang,memandai tuko stail wat sagupal@sagu gumpal.Atas request my laling santan tu sy tuko ngan susu cair.Gula melaka plak abes tuko lagi ngan gula merah.Hantam saja lah labu..Janji ada lemak2 n manis2 gitew..Kira jadilah kan?

Puding sagu dok beratur je ni..berdisplin sungguh hehehe

Sunday, April 24, 2011

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Nasi Kukus dan Ayam Goreng Berempah memang gandingan yang mantap. Tambah lak makan ngan sambal belacan yg sedap ni.Dah lama jugak tak wat nasi kukus ni. Bila cuti2 ni rajin sket la nak masak2..selalu tu mkn kat kedai atau tapau jerr.Tapi selalu sangat mkn kat luar, jemu jugak..balik2 mkn menda sama jerr.Nasi kukus ni saya wat untuk dinner semalam. Lembut je hasilnya.nasi kukus ni special sket..Kira cam wat experiment la..Saya gunakan methode nasi lemak kukus, tapi xboh la santan..arun ngan air jerr. Hasilnya memang cantik berderai jer nasi kukus ni. Kalau nak resepi yang lebih senang, bleh tengok kat SINI.Nasi kukus ni mmg sedap dimakan ngan kari kepala ikan.Untuk resepi Kari Kepala Ikan bleh tgk kat SINI
Set Nasi Kukus..sedap makan panas2..
RESEPI: NASI KUKUS II

Bahan-bahan:
4 cawan beras (sy rendam +/- 1jam)
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara-Cara:
1) Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras   
2) Didihkan air dalam pengukus.Masukkan daun pandan simpul dlm air.Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
3) Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering )
4) Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk). 
 Beras akan mengembang dan memanjang. lebihkurang 1x ganda.
5) Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit. 
6) Keluarkan beras tadi dan arun/gaul dengan air (3 cawan air).Biar seketika(+/-10min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras. 
7) Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min)
Nasi kukus yang dah masak sepenuhnya

AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
By:http://linapg.blogspot.com

Bahan Perap
6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 sk paprika
Sedikit oregano (xboh pun xpe)
Minyak


Bahan kisar:

4 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 batang serai(kisar)
6 cm halia (kisar) sy gn halia muda

Cara:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati.
  3. Perap ayam lagi lama lagi sedap.(Saya perap 1jam shj sbb nak cepat)
  4. Goreng dengan api sederhana.Ayam perap cenggini senang hangus.Kena pandai kawal api
SAMBAL BELACAN
Sambal belacan ni memang istimewa sket sebab ada ikan bilis kat dalamnya.bagi saya rasanya sambal belacan yang paling sedaplah..kalau ikut resepi asal mmg bleh berasap tinge. Sejak pandai wat sambal belacan sendiri ni saya tetap setia ngan resepi ni.Resepi ni saya amek kat kat myR..hana izinkan saya kongsikan kat sini ya

RESEPI SAMBAL BELACAN 
Sumber: hana (myR)

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi(sy guna 10biji jer)
  • 3 biji cili merah (sy tambah)
  • 3-4 biji bwg merah 
  • 3 ulas bawang putih (sy tambah)
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • perahan jus limau kasturi (sy gn limau nipis)

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.

Friday, April 22, 2011

Puding Coklat

Hari ni puan blog bercuti sempena gi check up dak kecik tuh.Hari ni genap 9 bulan.Merangkak pun makin laju dan dan pandai meniti sofa. Dan banyak kali gak la wat 'stunt' hehehe..penat gak 'mengutip' dak kecik sebab dah pandai explore merata umah.tadi pi timbang berat badan 7.4kg.Pipi jer nmpk tembam tapi tak berat mana pun.Panjang lebar la plak intro petang Jumaat ni.Tapi hari ni xleh nak snap picas dak kecik sbb model tak bagi kerjasama.Kita snap dia pusing belakang la,gigit remote control la macam2 hal.
Memandangkan hari ni 'cuti peristiwa' maka terajin la sket nak memuding.Kat umah ni kalau puding tu, mmg laju jerr licin.kalau kek tu slow sket la.Puding coklat ni saya wat ikut stok yang ada kat umah ni jerr.Tapi mmg sedap n kena ngan taste kami sekeluarga. Resepi saya tepek kat sini untuk rujukan anak cucu di masa depan
puding ni sedap juga dimakan tanpa topping..
RESEPI : PUDING COKLAT

Bahan-Bahan:
  • Agar-agar serbuk 10gram
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • Hersey syrup (sebagai topping)
Cara-Cara:
  1. Satukan serbuk bahan, kacau sebati.pastikan adunan tidak berketul
  2. Masak di atas api, kacau selalu hingga mendidih
  3. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan
  4. Apabila puding telah membeku.Terbalikkan dan curahkan hersey syrup
Note:
Puding ini juga enak dimakan begitu saja,walaupun tanpa topping

Monday, April 18, 2011

Puding Laici..Yummy

Assalamualaikum..
Petang2 layan puding laici sedap ni bagus gak..tambah lak sekarang ni cuaca teramatlah panas..bila makan puding ni sejuk2 terasa nyaman jer anak tekak.Dah lama nak wat puding laici ni..tapi asyik tebantut jerr. Buah laici dalam tin tu memang dah lama beli tapi dok tersimpan gitu jerr.Puding rasa lebih kurang cam Puding Laici Dangdut gak cuma sedikittt keras berbanding ngan puding dangdut tu. Tapi kedua2nya memang sedap.Resepi saya amek dari dapur kaknor.Terima kasih ya kaknor
enak sekali..nyaman terasa..
RESEPI PUDING LAICI
Bahan-bahan:
10 gm agar2 serbuk atau
6 gelas air
1 cawan gula (sy gn cwn arcopal)
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]
1 tin laici [untuk hiasan]
2 helai daun pandan simpul

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk bersama gula dan daun pandan hingga gula hancur
2. Tutup api. Masukkan laici blend dan susu cair.
3. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
4. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
5. Saya gunakan air buah laici sebagai kuah.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

Sunday, April 17, 2011

Cucur Nasi@Jemput-Jemput Nasi

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu suma..Ada yang sedang berkira2 nak wat juadah minum petang ke?Meh tengok cucur nasi ni kot2 dapat idea hehehe..Pagi tadi tengok belen nasi sejuk yang semalam punya tak abes, nak wat nasi goreng tak cukup plak..sket sangat.Hmm..rasanya kalau cucur nasi kira oklah..Sebenornya cucur nasi ni wat untuk bekfas pagi tadi, tapi masih berbaki adunan yang blom digoreng blehlah wat untuk minum petang plak..Anak2 suka makan yang panas2..xpel;ah tinggal nak goreng je kan?jap je tu..kali ni versi derhaka saya boh daging burger dan lebihan daging goreng kunyit(semalam punya carik2 sedikit lebur ke dalam jerr).
banyak kali dah wat cucur ni..cuma kalau rajin posing la..

Resepi : Cucur Nasi Daging Burger
Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air (sy gn air suam)
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis ( 2keping dgg burger)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum (sy gn 2cwn)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (cili ijo)
  • Daun sup/bawang (xboh)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • 1 biji telur (sy tambah)
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, telur, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, daging burger, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Thursday, April 14, 2011

Amoi & Moi Ikan Bilis Brokoli

Assalamualaikum...
puan blog agak kebizian sket sari dua ni, bukanlah bizi ngan apa pun sangat. Sebukk dok melayan dak kecik yang semakin lasak.La ni Maisarah dah boleh merangkak walaupun tak laju sangat.Seronok layan karenah dak kecik ni
 
 Amoi ngah bizi bw kete
 layan tv la plak..
apalah mama ni muka comot2 nak amek gambo gak..ehek..malu kat zhariff jerr
Amani mai la mkn moi..dap..dap ni

Wednesday, April 13, 2011

Kad Dari Finland

Hari ni tak main masak2 ya kawan2 suma.Masak gak sebenornya tapi masak moi untuk si amoi kecik tuh..Petang ni nak gantung kad.Tak leh gantung malam2 nnt jiran2 marah lak kelentung kelentang dok memaku huhuhu..kad ni terbang jauh dari Finland,kalau dari Finland tu tak lain tak bukan niezza la..tenkiu dear sudi bagi kad kat akak ni.Sori lambat sket gantung, maklumlah jauh nak angkut tu kontena lambat berlabuh hik3..
Tahniah utk Our Journey Begins..genaplah 1tahun..

Sunday, April 10, 2011

Thxs Love n Hani

Selamat pagi suma...dah siap bekfas ke?Malas beno nak karang panjang2..gantung terus je la award pemberian Love dan juga hani.Thks untuk kedua2nya.Award ni sebenarnya datang bersama pakej tag,tp cam biasalah award jer saya angkut...
 yang ni plak dari Love (Love2cook)
award ni datangnya dari hani (sembang dapur)         

Saturday, April 9, 2011

Apple Cake@Kek Epal

Assalamualaikum..
Bersiaran di petang Sabtu, pekaba suma kawan2 mayaku?harap2 suma sihat adanya..Kami sekeluarga Alhamdulillah sihat walafiat.Sari dua ni angin membaking agak rajen sket.So ari ni godek2 cari resepi kek epal.Agak lama buah epal ijo granny smith yg hubby wat blik dari tempat keje tu dok terperap dlm esbok.Nak makan cenggitu, masam la plak..memula plan nk wat apple crumble tapi postpone dulu projek tu..wat kek epal je la..
Hasil selongkar dapur DJ terjumpa resepi kek epal ni. Meh tengok camana hasilnya.DJ kite CnP resepi kat sini ya..Resepi asal kek epal kurma, tp saya hanya epal jerr..
Psstt..projek kek epal kiranya upacara pecah dara..loyang pemberian hasue dulu lama terperap tunggu turn nak digunakan pepon tenkiu ya sue
rupa paras kek epal yg blom dipotong
hasilnya kek yang lembut dan sedap..
meh..close up sket..tengok tekstur kek ni..kasi korang ngences..
Apple Cake@Kek Epal

Bahan-bahan :
  • 250 g tepung gandum* (sy gn 2cwn)
  • 1sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 250 g soft brown sugar) (2cwn)
  • 250 g mentega (dilembutkan)-sy gn planta jerr
  • 5 biji telur gred B
  • 50 ml susu segar
  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit dan dipotong kiub kecil)
  • 1 biji epal (dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 100 g kurma (dihiris/dicincang halus) xde stok
  • 1 sk esen vanilla (xboh xde stok)
  • Sedikit chip coklat (sy tambah)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Lengserkan loyang dgn mentega dan alaskan dgn kertas serap minyak/baking paper. Sapukan lagi dgn sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Epal yg sudah dipotong kiub serta hirisan buah kurma hendaklah digaulkan bersama dgn 1/2 cawan dp sukatan tepung tadi.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar dgn perlahan. 
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselangselikan dgn susu segar. Kemudian masukkan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
  6. Masukkan epal dan kurma dan gaulkan perlahan2 dgn cara kaup balik.
  7. Susunkan hirisan epal pd dasar loyang dan tuangkan adunan di atasnya.(saya tuangkan adunan dulu,pastu susun hirisan epal kat atas)
  8. Bakar selama 45 minit. (bergantung pd suhu oven masing2)
  9. Setelah masak, keluarkan kek. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek sebelum dipotong.
Note: Oven saya agak panas. Saya bako selamat 45min suhu (160'C)

Thursday, April 7, 2011

Orange Cake Lagi

Assalamualaikum...
Aik! kek oren lagik...wah minggu ni sampai dua kali wat kek ni.Apa dah jadi ni..xde apa2 ya kawan2 suma. Saja angin ngajen membaking sebab kek ni senang sangat..aci tuang suma dalam blender..buzz2..campak tepung gandum..tara...dah siap kek yang sedap.Kali ni saya tak menggunakan tepung kastad.So kaler agak pucat sket.tapi rasa menten sedap.Kali hasil lebih gebuss..pestaim dulu kes tersilap tengok sukatan baking powder,sepatutnya guna 1sudu besar, tapi saya gunakan 1sudu kecil sahaja.Maklumlah rabun kan? sudu besar ngan sudu kecil pun bleh tersilap huhuhu.
 gebuss..dan sedap sangat...
 sopan dok beratur kek oren ni
Blended Orange Cake
By: kak fida (myR)
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (sy gn olive oil)
  • 2 cawan gula halus (1 cwn gula pasir-kisar halus)
  • 4 biji telur (gred B)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1-2 titik pewarna kuning (sy tambah)

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.(sy tambah pewarna kuning)
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 150C selama 30 min.(Bergantung pada oven) 
pas kuar oven..tunggu sejuk sat..sebelum dipotong..

Sunday, April 3, 2011

Blended Orange Cake@Kek Oren

Selamat Berhujung minggu suma.
Hari ni mood rajin sket..pepagi lagi dah membaking..tengok lam esbok sian lak ada buah orange sunkist yang dah expired.So google la sana sini cari resepi kek oreng yang berkenan.Akhirnya jumpa kat myR..dalam banyak2 resepi yang nilah paling senang dan cepat disediakan.Memang sesuai sangatlah ngan orang yang malas tak berapa nak ngajeen cam aku ni.Tak sampai 40min dah pun siap kek oren ni..cepatkan??rasanya pun memang sedap.Budak2 pun suka makan.Tak menyempat2 tunggu kek sejuk..terus potong.Posing pun lebih kurang je la..kek ni jadi menu bf hari ni hehehe..kak fida izinkan saya kongsikan resepi kat sini ya.Terima kasih byk2..
kek ni sangat moist dan lembut..sedap tau
Blended Orange Cake@Kek Oren

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (sy gn olive oil)
  • 2 cawan gula halus (3/4 cwn gula pasir-kisar halus)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*(11/2 cwn gandum+1/2cwn tepung kastad)
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1-2 titik pewarna kuning (sy tambah)

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.(sy tambah pewarna kuning)
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 150C selama 30 min.(Bergantung pada oven)

Friday, April 1, 2011

Bubur Nasi Ikan Bilis & Kismis

Assalamualaikum!
Pekaba suma? Dah beberapa hari TMK tak bersiaran.Agak bizi gak melayan Maisarah yang tak berapa sihat.Sian dak kecik tu..Hari ni Maisarah dah semakin sihat..Alhamdulillah..Petang tadi rajin sket wat bubur nasi@moi untuk dak kecik tuh.Sebab nak cepat saya gunakan nasi yang dah siap masak hehehe..senang kije..tak yah tunggu lama2.Saya kongsikan resepi kat sini.Untuk rujukan anak cucu.Sedap gak ada rasa sedikit masin(ikan bilis), manis (kismis) dan sayur..
 Bahan-bahan yang digunakan
 camnilah rupa paras moi ikan bilis dan kismis..

Moi Ikan Bilis & Kismis

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan nasi
  • Sedikit kismis
  • Sedikit ikan bilis
  • setangah batang karot (dadu kecil)
  • setengah batang celeri (hiris nipis)
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan bilis dicuci bersih, rendam sekejap (untuk buang garam).Kemudian toskan
  2. Satukan semua bahan. Masak sekejap hingga karot empuk.
  3. Blend halus kemudian tapis
  4. Sedia diberikan pada si comel

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...