Monday, May 30, 2011

Puding Tembikai

Assalamualaikum...
Alkisahnya satu hari tu dok merayau2 kat alam maya ni tetiba ternampak kat tingkap umah kengkawan puding tembikai yang cantik ni.Apa lagi terus terjahlah..sungguh mempesona kejadian puding tembikai tu.Dalam hati berkata2 harus dicuba ni...Tapi dalam harus dicuba tu dan jugak peram dua minggu kot hehehe..tunggu angin kerajinan dulu hehehe
Kalau resepi asal 'tembikai' ni ada biji, tapi 'Tembikai' saya ni jenis seedless benih kacukan kot hehehe.Ekceli malas nak godek2 boh kaler itam tu, pastu cincau@lengkong pun tadak.Memula ingat nak boh chip coklat tapi tak jadi sbb chip coklat cair dalam larutan agar2.Seb baik saya wat experiment dlm bks kecik dulu.Kalau tidak, habeslah lapisan merah akan bercampur..resepi ni saya ambil dr blog Cendana Kasih.Terima kasih byk2.Untuk rcp asal bleh rujuk di blog Cendana Kasih ya.Sy tepek kat sini untuk rujukan saya sendiri.
 ada yang teringin tak??sila bawa piring masing2 ya..
 sedap makan sejuk2..lemak dan manis sedang jerr..

PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil (sy xboh)
  • sedikit pewarna ijo/merah (sy tambah stoberi emulco)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

Tuesday, May 24, 2011

Kek Epal Mudah@Apple Cake

Assalamualaikum.
Memula ingat nak memuding tapi cuaca kejap hujan lebat,kejap mendung pastu panas sat..projek memuding terpaksa cancel.So..petang ni kita bako..kta bako..dapat makan yang panas2 sket sedap gak kan?Tengok dlm esbok ada sebijik epal ijo granny smith...ceriteranya company my laling mengamalkan pemakanan sihat..tiap2 hari staff akan diberi sebijik buah.Apa2 buahlah tiap2 hari tuko..orange,epal,kiwi,pisang kaki dan macam2 lagi..Selalunya hubby akan bawa balik buah2 tu..walaupun sebijik tapi buahnya agak besar..so bini dia godek2 lah wat kek, nak wat apple crumble tak reti la plak..
Kek Epal ni hasil kederhakaan (rosak BM) rcp kak fida Blended Orange Cake, saya cuma tuko orange ngan epal jerr..tambah sket2..terhasillah kek epal yang mudah ni. Sedap tau walaupun picas nampak bodoh2 jerr uhuk..xtau apa yang tak kena ngan setting suma picas kelabu asap jerr..mayb cuaca mendung kat luar kot..(cuaca lak yang jadi mangsa).Untuk rcp asal rujuk kat dapur kakfida (myR)ya.Saya tepek kat sini untuk rujukan sendiri
 

RESEPI KEK EPAL MUDAH@APPLE CAKE

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah epal ijo
  • 3/4 cawan butter cair
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur(gred B)
  • 2 cawan tepung naik sendri
  • 1sk ovelette
  • 1paket calcium (60g)
  • 2sb susu cair
  • Sedikit pewarna ijo epal

Cara-cara

  1. Cuci buah epal,potong kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,butter cair,gula dan telur dan ovelette kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.Secara kaup balik
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 150C selama 30 min hingga 1 jam atau hingga masak.(Bergantung oven masing2)
kek epal pas kuar oven dok tunggu sejuk..

Saturday, May 21, 2011

Bubur Som-Som

Assalamualaikum dan selamat petang suma..
Seronok kan petang2 ni dok golek2 kat umah sambil2 lelapkan mata, saya ni cukup baguslah kalau bleh lelap mata sat..asyik terkejar2 wat keje ngan dak kecik tuh..la ni dia tido pun sat2 saja.Kalau mood dia baik bleh la tinggal dia main2 ngan kakak..kalau mood tak baik asyik nak bergayut kat kaki sambil tarik2 kain mama adoyai..Panjang lak stori mori petang ni..
Jom layan menu petang kami ari ni.Wat yang senang2 dan cepat jerr..bubur som som.Sedap sangat makan bila didinginkan.Ada rasa ala-ala lompat tikam lemak manis gitew..Saya wat separuh adunan saja.Resepi yang tertera kat bawah hasil seperti dlm gambar utk rujukan sy sendir.Untuk rcp asal bleh rujuk kat myR
 ni nisa punya keje..tambah lebiu2 kat atas nak bg cantik katanya..yg dia punya
 bubur som-som yang sy wat agak lembut..mmg suke yg pesen gini

RESEPI BUBUR SOM-SOM
by: kakfida myR
sumber: linapg.blogspot.com

Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 800 ml santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau 
  • sedikit pandan emulcho
      SIRAP GULA MELAKA :-
  • sekeping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Wednesday, May 18, 2011

Talam Marble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera suma...
Alkisahnya di suatu petang saya dok sibuk ngemas2 gobok.Tiba2 tergolek lah seketoi tepung hoen kwen.Alahai ada lagi rupanya tepung ni.Bila tengok jer tepung ni dalam paler dah terlintas mesti masa beli dulu (dah lama sangat la tu hehehe) nak wat kuih Talam Marble.Seingat saya Talam Marble ni saya wat masa mula2 berjinak2 ngan myR.Sepintas kilat kugodek2 kuih talam ni.Cepat dan ringkas jer cara nak sediakan kuih talam ni.
saya wat setengah adunan jerr..sedap rasa lemak n manis sedang2 jerr.Untuk rcp asal bleh tgk kat myR
RESEPI TALAM MARBLE 
Bahan-bahan (5 orang)
  • 100 g tepung Hoen Kwee (putih)
  • 3/4 cawan gula
  • 1 liter santan
  • secubit garam
  • 2 sb serbuk koko 

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg dibasahkan terlebih dahulu.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras

Tuesday, May 17, 2011

Sotong Sambal Serai Harum

Sambal sutun ni adaptasi dari udang sambal serai harum hasil sekodeng dapur DJ, tapi saya tuko ngan sutun, derhaka serba sikit walaupun tanpa niat ahaks..Tapi xtau la nape lain plak hasil kejadiannya.Mayb sebab derhaka kot..pepon hasilnya tetap sedap..Tq yag DJ

RESEPI SOTONG SERAI HARUM
Sharing: linapg.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg udang segar (sy gn sutun)
  • 4-5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • bunga kantan (dihiris halus) 
  • daun kesum (sy xboh)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato (dibelah 4)xboh
 Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar, cili kisar serta serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang, garam, gula dan asam gelugur. 
  4. Akhir sekali masukkan tomato. Masak hingga kuahnya pekat. 
Note: sotong tu saya rebus sekejap.Masukkan sotong dlm periuk buka api (JANGAN LETAK AIR TAU)jus sutun akan kuar dan menyerap masuk kembali ke dalam sotong

Bayam Dalam Kangkung

Assalamualaikum...
Selamat bercuti public holiday kepada suma sempena Wesak day hari ni.Seronok gak kan keje sari pastu cuti hehehe..kalau tiap2 minggu camni kan besh huhuhu..Hari ni kami tak ke mana2 dok santai2 kat umah jerr, cuaca lak kejap panas tetiba ujan..pastu panas balik.Niat nak kuar ngukur jalan pun terbantut..Dah tak kuar tu,masak gak la..menu simple jerr..sayur bayam masak lemak dan ikan goreng.Pastu wat sutun utk anak2..Sayur je la yang di'n3'kan..ikan goreng bodoh2 tu tak gamak lak nak posing kih3..
nilah dia Bayam dalam kangkung kih3

Monday, May 16, 2011

Puding Aiskrim

Assalamualaikum
Dah lama teringin nak makan puding aiskrim ni, bila beli jer aiskrim,tengok2 udah tinggal setengah jer dimakan dek anak2.Tapi kali ni bila beli eskrim,pesan siap2 kat anak2 jgn mkan eskrim tu sbb nak wat puding.Nanti belen tu baru makan.Yess..kali ni berjaya gak.Puding asikrim yang saya wat ni agak simple jerr..Saya tak letak telur bagai.Main taram sesedap tekak yang nak makan huhuhu..Hasilnya memang sedap rasa lemak manis cam makan aiskrim dan puding
puding aiskrim ni enak dimakan ngan aiskrim..sekali pandang cam buah laici la pulak..
juga enak dimakan begitu saja..

RESEPI PUDING AISKRIM

Bahan-Bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar 10g
  • 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan aiskrim vanila
  • 1sk esen vanila
  • Serbuk koko/choc emulco/stoberi emulco (jika suka)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu cair,esen vanila dan aiskrim
  3. Kacau hingga mendidih.Tutup api.
  4. Sejukkan.
Option: Jika inginkan puding dwi warna,bahagikan kepada dua bahagian.Satu bahgian warna asal,dan satu bahgian lagi campurkan serbuk koko.Tuang dlm acuan dan sejukkan.Bila agar2 agak keras,tuang satu bahagian lagi ke atasnya.Sejukkan.

Note:saya masukkan ke dalam freezer supaya cepat membeku.
Puding ni agak lembut, sesuai gunakan acuan kecil2

Sunday, May 15, 2011

Ronda2 Tengok Air

Assalamualaikum...
Dah petang pun baru bleh update blog.Bukannya bz sangat,bz dok meronda sana sini jerr..esok keje cam biasa..kalau boleh nak jerr tiap2 ari Sabtu dan Ahad je kan?Bleh dok relek2 xyah pikir pasal keje..cewah..byk cantik..xmo keje dok umah jelah kan?Melalut la plak..
Petang kemarin kami ronda2 tengok air kih3...
 pepon posing dulu ahaks..
 nisa ngan abglong wat hal masing2
 bby pose ngan abah
 kite minum dulu..cendoi pulut..sedap lemak manis gitew..kak rosa pernah mkn cendoi ni
 sambil2 mkn cendoi snap pi la Penang Bridge ni..kemarin ujan turun ngan begitu jayanya kat bumi Pulau Pinang ni,sampai banjir kilat sesetengah tempat..nmpak tak agak gelap jer tu..
 Pulau Jerejak
 jetty untuk ke pulau jerejak
 dak tecik Maisarah ngan mama lak pose sementara tunggu kakak ngan abglong mkn ais kacang.

Monday, May 9, 2011

Sago Pearl Puding@Puding Sagu Pelangi

Assalamulaikum...
Jangan ada yang heran ya napelah puan blog ni asyik wat kuih berasaskan sagu jerr. Bukannya apa, bila dah koyak plastik pembungkus sagu ni,malas dah nak simpan lama-lama.Kira nak habiskan terus...tu je lah.Puding sagu camni dah lama saya cari.Memula tu ada tengok kat satu buku masakan kat Borders Queensbay, cantik sangat puding sagu kalerpul gitew.So mulalah saya google sana sini cari resepi.At last terjumpa umah Naz Cute Oven.Tengok cantik jer Naz wat size kecik2, tapi saya malas nak wat kecik2,so wat guna loyang je lah senang sket nak melapis.Terima kasih Naz.Saya tepek rcp kat bawah ni versi sedikit derhaka untuk rujukan saya sendiri.Untuk resepi asal bleh rujuk umah Naz. 
 yang ni dah siap potong2..
close up sket kasi ngences..
 rupa paras pas kuar loyang..sekali pandang cam kuih lapis lak..
 pas trim bhgn tepi, meh close up sket..br nmpk biji2 sagu..


RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
By : Lina pg
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran


Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

Sunday, May 8, 2011

Botol Susu Avent

Assalamulaikum...
Rasanya hari ni paling rajin wat n3...petang tadi kuar jenjalan jalan cari pasal makan.Pastu cam biasalah gi ngukur shop'g complex. Tu je la keje tiap2 minggu.Plan nak beli barang2 dapur jerr. Tapi hari ni rajin plak gi meronda2 dulu membeli tingkap a.k.a window shop'g la kunun. Sekali sangkut lak ngan botol susu Avent ni.Memula saja nak usyar jerr,sekali tengok aisey..murah la plak..apa lagi terus angkut.Dah lama dah nak beli botol Avent ni untuk kebaikan Maisarah gak la..BPA (Bisphenol-A) free la katakan.Kalau tak guna botol Avent pun ok gak as long as botol susu tu bukan diperbuat dari bahan Polycarbonate (PC) material ni akan mengeluarkan toxic.
Harga biasa botol susu Avent ialah:
2 x 9oz(260ml) = RM95
2 x 4oz(125ml) = RM79
2 x silicon teats = RM23.90
Tapi saya beli suma ni dengan harga RM150..murah kan?So mana2 blogger Penang yang berminat blehlah pi beli kat SunShine bayan Baru ya..Sementara stok masih ada..hehehe wat promosi percuma ni
all in one RM150 sahaja..bukan nak berniaga..kalau berminat gi beli sendiri kat Sshine ya

Award Dan Poskad

Petang2 ni bertukang lagik nak gantung award dari yatiememories dan jugak poskad dari chik mimi.Gantung sekali harunglah senang kije..Sekali jer keletung keletang dah siap gantung hehehe..Terima kasih untuk kedua-duanya..
dari chik mimi Aku Dan Kehidupanku

Award Hari Ibu

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu suma, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari ibu untuk suma kaum ibu..terutama sekali buat bondaku tersayang Rubiah Deraman dan juga bonda mertuaku Che Rohani Che Husin.
Hari ni nak gantung award dari ryo. Thxs ryo sudi bagi kat akak award ni

Thursday, May 5, 2011

Puding Sagu Lagi

Assalamualaikum..
Puding sagu ni siaran ulangan.Memandangkan puding ni berjaya memikat hati anakanda berdua tu,maka terajin la jugak nak wat siaran ulangan.Kalau budak2 tak jamah..tak pasal la nak wat lagik kan??Kali wat wat versi gedabak lak.Tak kose nak menggentel bagai.tapi menten boh kaler2 jugak hik3.Ikut suka deme tu lah nk makan kaler pe2.Puding pun nak kena ikut peberet kaler memasing jugak.Aduyai..Puding sagu ni suma orang dah tau resepi,so tak yah saya nak menepak kat sini lagi ya.Kemalasan yang amat ni..Kalau ada jugak yang nak rcp tu,silalah angkat tangan..
yum..yum..beshhh sangat makan bila sejuk..
RESEPI: PUDING SAGU
By: linapg.blogspot.com

Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu nertukar jernih.tutp api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
  Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.

Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.


Wednesday, May 4, 2011

Si Cilik Beraksi

Assalamualaikum...
n3 pertama di bulan May,sekejap saja masa berlalu..dah hampir setengah tahun pun.Rasanya ramai yang dah tau, wk end ari tu kak rosaliza sekeluarga datang ke Penang.Kira cam surprise gitew..malam Sabtu lepas pas kami blik ronda2 round Island tuh dia call kata mayb dia nak mai cni..Masa agak suntuk jadi sempat jalan2 cari makan kat Pantai hehehe..maklumlah dok pulau..keliling kelalang suma laut..mana lagi nak hala..panjang lebar intro malam ni.n3 malam ni bukan pasal family gathering tapi cuma nak tayang dak kecik berdua tu jerr..sapa lagi kalau bukan si amoi kecik Maisarah dan Amani ni.Sebenarnya agak banyak picas yang disnap, tp disebabkan model cilik berdua ni sukar memberi kerjasama,so hanya ni je yang sesuai untuk tayangan perdana.Sila abaikan keadaan sekeliling yang agak bersepah tak sempat berkemas..
 
 entah apa yang digelakkan amani tu..sampai terpejam mata nak celen zhariff la tu..wat mata cepet..
Amani:      zhariff jom arr naik kete Maisarah ni..Best tau Maisarah tulun tolak hik3
Maisarah: sampai terjelir lidah kite tolak Amani ni,maklumlah dia sama besar jerr ngan kite
 chumel jer amani ni..mata bolat
 sayang Amani..muah..aisey cam ye..ye..je kan?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...