Wednesday, July 27, 2011

Agar-Agar Lapis Pelangi

Assalamualaikum...
Puan blog ni memang suka wat puding.Kalau menu lauk pauk tu jarang2 je lah ada kat TMK ni.Kali menerai agar-agar lapis pelangi lak.Ekceli nama surat beranak dia Agar2 lapis pelangi indah.Tapi agar2 saya ni tak berapa nak indah, so abaikan sajalah tang indah tu huhuhu.Resepi ni saya amek kat blog bro rozan, saya wat setngah adunan jerr.So saya tepek kat sini sukatan yang saya wat.

AGAR-AGAR PELANGI INDAH
sumber: linapg.logspot.com
 
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1cawan gula pasir
1000 ml air
6-8 helai daun pandan

Bahan B 

10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml santan (santan kotak 200ml+800ml)
secubit garam
===========
Pewarna kegemaran

Cara-Cara
  1. Masak Bahan A sehingga mendidih. 
  2. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. 
  3. Asingkan 200 ml agar-agar santan dan titiskan pewarna (Bahan B). 
  4. Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar-agar jarang(yang ditiskan warna yg sama dgn agar2 santan tadi(Bahan A). 
  5. Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna yang lain plak
  6. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Tuesday, July 26, 2011

Maisarah Hospitalize

Assalamualaikum...
Sian betoi ngan besday girl tecik ni.Dah la demam di hari jadi pastu kena masuk spital lak.3 hari gaklah berkampung kat spital tu.Cukup membosankan huhuhu.Malam Ahad lepas kami bw Maisarah gi klinik sbb ada ruam/bintik kat badan dia.Sian lak nmpak gatal..ingatkan campak ke ruam panas ke sbb cuaca jerebu kat Penang ni.Nak amek la cream sapu atau ubat untuk dia.Sampai kat klinik doktor tanya dia ada demam tak?Memang ada demam 2-3ari lepas.Doktor kata bukan campak tapi tapi dia suspek yg worse kes dulu.Suspek denggi, kat penang ni banyak kes denggi.Tapi naluri ibu berkata ni bukan denggi mayb ruam saja.So doktor wat refer letter utk ke hospital.Time tu baru kol 8.30pm.Si Nisa ngan abglong dok kat umah lom makan malam lagi.Sian lak kat anak2 yang kat umah plak.

Ingatkan pi spital amek darah, terus bleh balik.Rupanya procedure hospital kalau amek darah kena admit la plak.Lama gak proses admittance tu.Dekat kol 10pm br doktor yang ON CALL datang.Pas amek darah, doktor kata lagi sejam bleh tau results.Sementara tunggu blood test resullt tu, my laling blik jap anto nasi untuk anak2 kat umah.Siannya kat deme berdua tu kelaparan.Dekat kol 11pm result dh kuar.Alhamdulillah -ve.Tapi Maisarah xleh balik sebab kena pantau lagi.Kalau demam naik mmg kena amek darah lagi esoknya.
Alhamdulillah sepanjang malam tu Mai tak demam tapi meragam sket sbb sakit tangan yang kena cucuk tu.Meraung gaklah tengah2 malam.Sian kat baby mama ni.Setiap 4jam kena makan ubat, cek suhu dan blood pressure.

Esoknya, doktor dah stop ubat demam..tp menten cek suhu dan tekanan darah.Maisarah ni jenis aktif..Bila doktor tengok keadaan dia camtu lagi konfiden 90% bukan denggi.Dia kata demam rushella (campak tipu)Tapi doktor kata kalau petang dia nampak very tired dan demam datang balik kena amek darah lagi.Bila petang Maisarah byk tido kurang bermain.Susah hati bila tengok dia camtu...mayb penat sket kot.Dah puas tido dia bangun dan main2 cam biasa.Lega rasanya..
Petang tadi kol 3pm camtu dah bleh discharge.Dia bukan main seronok lagi boleh balik umah.Agaknya rindu ngan umah dia hehehe.
susah hati bila tengok dia tido..Tangan tu ada tiub amek darah kena bandace sbb dia suka gigit.Selalu kena wat dreesing abes koyak rabak bandace tu dia gigit..ganaz tul dak tecik ni
 budak baik..nurse puji dak tecik ni baik..tengok jerr nurse ngah amek blood pressure

Monday, July 25, 2011

Ayam Grill Madu

Dah lama jugak teringin nak menerai resepi ni.Memula tengok kat myR rata2 menberi komen yang positif.Bahan2 pun sket n senang nak cari.Cara penyediaan pun teramatlah ringkas.Hmm cuba ajela...Kalau ikut resepi ayam ni diperap selama setengah jam aje.Tapi saya perap semalaman.Suma bahan marinate dah meresap ke dalam isi ayam.Hasilnya teramatlah sedap.Time dok bako tu berbau satu umah.Sampai anak2 tak sabar nak makan.Bila makan je terus buat komen hmmm sedaplah mama macam ayam Kenny Rogers. Si abah lak komen lagi sedap dari kenny Rogers lah...Siap minta soh wat lagik..pada hal yang dok makan tu xabes pun lagi heheheh..
 makan ayam je lah..nasi tak layan hehehe..
RESEPI AYAM GRILL MADU
By: Choppy myR
sumber: http://linapg.blogspot.com
  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih (sy perap semalaman).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
  3. saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
  4. Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.
  5. Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.

    Sunday, July 24, 2011

    Kari Sardin

    Kari sardin ni gandingan ngan roti puri, boleh gak wat lajak untuk lauk lunch huhuhu..biasalah kalau orang malas tak rajin camtulah.Sekali harung je hahaha. Kari sardin ni memang sedap dicicah ngan roti atau makan ngan nasi.Kalau memang peminat sardin msk apa pun laju je makan hehehe.Kari sardin ni saya wat tidak menggunakan santan.Konon2 nak kurangkan kolesterol la.
    nampak je merah cam pedas..tp rasa orait je tak pedas mana pun..budak2 pun bleh makan..
    RESEPI KARI SARDIN

    Bahan-Bahan
    • 1 tin sardin size sederhana
    • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
    • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
    • 1 cm halia (tumbuk)
    • 1 batang serai (ketuk)
    • 2-3 helai daun limau purut (siat2)
    • 2-3 keping asam gelugur
    • 2-3 sb cili giling
    • 1 paket kecil rempah kati ikan (jadikan pes)
    • Tomato ceri
    • 1sb gula merah
    • Air
    • Minyak
    • Garam
    Cara-Cara:
    1. Tumiskan serai dan bahan tumbuk hingga garing, masukkan cili giling dan rempah kari.Tumis hingga pecah minyak
    2. Masukkan sardin (ngan kuah sekali),air, gula merah, asam keping, garam dan daun limau purut. Sesuaikan rasa.Renehkan sebentar.Hingga kuah pekat.
    3. Akhir sekali masukkan tomato ceri.Tutup api

    Roti Arab

    Dah bersarapan ke suma? kami dah kenyang ni bersarapan ngan roti arab.Memang sedap.Ekceli ni la pestaim saya wat roti arab.Selalu wat roti puri aje.Memula anak2 tengok, depa kata roti gemuk2 tu ke mama? bukan..kali ni roti jenis leper plak..Suma komen sedap roti tapi rupa paras roti ni memang sungguh tak 'encem' huhuhuh..Memang sedap digandingkan dengan kari sardin.Resepi roti arab ni saya amek kat umah kak hanieliza.Resepi asal tengok kat umah kak liza ya.Saya tepek kat sini utk setengah adunan dan sedikit ubahsuai utk rujukan sendri
    saya wat versi bako dalam oven...mmg sedap
    RESEPI ROTI ARAB
    Bahan
    250 gm tepung hi-protin ]
    1sk yis ] gaul rata
    2sb gula]
    Secubit garam

    125 ml air suam
    1sb shortening/lemak sayur..(warna putih)

    Cara
    1 .Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, select doh.Pastu ON.
    2. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
    3. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
    4. Canai doh dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
    5. Bako dalam oben yg telah dipanaskan.Suhu 150 darjah selama 15min(bergantung pd jenis oven)

    Saturday, July 23, 2011

    Acara Tertunda

    Assalamualaikum...
    Selamat berhujung minggu suma.Acara potong kek yang tertunda disebabkan besday gul demam la plak.Sian kat Maisarah demam di hari jadi.Memang susah hati bila tengok dak kecik melepek tak larat jer.Alhamdulillah hari ni Maisarah dah kembali sihat dan ceria.Seronok bila tengok doa kembali aktif.
    Kek besday ni, abah dia beli yang simple2 jerr.Tadakk mood nak celebrate bila dia tak berapa sihat.Tapi kalau tak wat tadak lak kenangan...Meh la tengok aksi dak kecik ni
     Bila nampak kek cam nak terkam jerr
    mama xmo enterprem,abah lak kena paksa hehehe..tulun Maisarah potong kek
     hahaha..xmo potong kek ngan abah..meraung la plak
     apa barang tulun2 ni..orang nak potong sendri la..dah ready tu..
     sudahnya bukan kek yang masuk mulut tp pisau kek yang dia makan kah3..
    mama gak yang kena potong kek ni..ekceli bukan kek pun, ni walnut browies..

    Friday, July 22, 2011

    Selamat Hari Lahir Sayang

    Assalamualaikum..
    22hbJulai 2011 genaplah 1 tahun usia Wan Nurkhalisha Maisarah. Rasanya baru sekejap aje baby kecik lahir.Pejam celik pejam celik dah pun setahun...jap jer masa berlalu.Sekarang ni Maisarah dah pandai berjalan tapi masih lesen 'P' seronok tengok dia tengah kemaruk berjalan.Ke sana ke masri mmg tak reti dok diam.Lagi satu budak kecik cukup suka 'mengutip' apa2 aje yang dia nampak pastu masuk mulut.Adoyai memang kena pantau..bimbang dia termakan apa2 plak.Gigi masih menten 8 batang.4 atas dan 4 batang bawah.Nasi/moi xyah blend dah bagi lembut sket dan boleh makan.Dia ni cukup suka makan nasi.Memang kompom abes satu mangkuk.Seronok sangat time menyuap dia.Mesti nganga dan ngaib terus hehehe..
    Maisarah ni cukup terrer turun katil, dia mesti amek reverse gear, dan turunkan kaki dia dulu.Bila kaki dah cecah lantai baru dia turun.Kalau agak2 kaki tak cecah lantai, dia akan bergayut kat kaki tul sambil meraung minta tolong.Pada hal 1inci je lagi dari lantai hahaha.Mama dia pun mesti sepantas kilat datang rescue ranger hehehe.
    Bab paling susah nak amek gambo sbb model mmg xmo bagi kerjasama.Mesti dia wat hal sendri.Kita dah stand by nak shoot dia pusing badan la..muka pandang belakang la macam2 hal..adoyai.Seronok sangat rasanya tengok anak membesar depan mata.Macam2 keletah dan perangai yang mencuit hati dan tak kurang juga yang memeningkan kepala mama dan abah sebab Maisarah ni banyak akai..
    Apa pun mama doakan Maisarah sentiasa diberi kesihatan tubuh badan, menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada mama dan abah.Semoga anak mama ini berjaya di dunia dan akhirat.Amin...mama sa...yangggg sangat2 dekat Maisarah.
     kali pertama baby comel ni dipangku mama dia...sekejap saja dah pun setahun..
    Tengoklah aksi Maisarah ni, nk tulun mama masak agaknya.Gambo ni saya snap beberapa hari lepas masa ngah snap puding jagung hehehe.Dia dok nyebuk kat lantai snap je la..

    Monday, July 18, 2011

    Puding Jagung

    Puding jagung kali ni spesel sket.Nak tau kenapa?hmm kebiasaannya puding jagung agak sinonim ngan kastad.Tapi kali ni saya gunakan tepung hoen kwe kuning menggantikan tepung kastad.Rasanya lebih sedap.Time dok kacau tu harum semerbak satu umah.Puding jagung ni peberet abanglong..dia suka makan puding yang terasa biji jagungnya.So saya gunakan jagung tin biji, tapi blend sket..1-2x buzz camtulah..
     
    saya letak sedikit jagung dalam acuan..nak bagi cantiklah konon hehee
     masih berketul2 jagung tuh..mmg taste abglong camni..ikutkan je lah..
    RESEPI PUDING JAGUNG
    sumber: linapg.blogspot.com
    Bahan-Bahan: 
    • 1 tin jagung (sy guna yg biji-ambil siket utk hiasan)
    • 200ml santan pekat (-/+ 1cawan)
    • 3/4 cawan gula
    • 3 cawan air 
    • 100gram Tepun Hoen Kwe kuning
    • Sedikit garam 
    Cara-cara:
    1. Satukan suma bahan dan blend.Masukkan ke dalam periuk
    2. Kacau hingga pekat dan berkilat atas api sederhana( kacau hingga nampak letusan kecil/meletup2)
    3. Tutup api, tuang ke dalam acuan/loyang yang ditaburkan dengan jagung biji utk hiasan.
    4. Biar sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam esbok.

      Sunday, July 17, 2011

      Sweet Pineapple Coctail@Koktel Nenas

      Assalamualaikum dan selam berhujung minggu suma...
      Petang2 layan minuman sejuk nan menyegarkan bagus gak ni tambak lak cuaca teramatlah panas kat bumi Pulau Mutiara ni.Koktel nenas ni saya wat pagi tadi, pastu dinginkan dalam esbok.Sedang elok jer sejuknya untuk lunch.Hari ni lunch kat umah jerr.Tapi jap lagi nak kuar gak ronda2 hehehe..aktiviti biasalah..Saya gunakan nenas madu untuk wat koktel ni.Si Nisa yang tak nenas pun minum gak...memula amek setengah gelas pastu tambah lak..hehehe.Pasni kalau ada lagi stok buah nenas yg adik sy angkut dr kampung, blehlah wat lagi.Saya tengok resepi ni umah kak rosa.Resepi asal dari che iza myR. Thxs utk kedua2nya.
      best ni layan time cuaca panas terik..

      Resepi Sweet Pineapple Cocktail@Koktel Nenas

      Bahan-Bahan

      •  Sebiji nenas
      • 1 liter air
      • 100 gm gula (3/4 cwn)
      • 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)xboh
      • Sedikit pewarna kuning

      Cara-cara

      1. Potong nenas dalam bentuk kiub
      2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
      3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
      4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.

      Saturday, July 16, 2011

      Roti Sosej

      Assalamualaikum..
      Kalau cuti2 ni rajin sketlah masuk dapo. So hari ni wat roti sosej utk bf.Memang kenyang, mayb tengahari ni bleh skip lunch.Anak2 pun mmg suka sangat ngan roti ni.Kali ni tadak stri behind the scene, suma berjalan lancar.Hasilnya pun sungguh lembut.mmg puas hati.Resepi roti sosej ni saya terberkenan masa tengok umah kak rosa.Resepi asal minami133(myR).Thxs utk kedua2nya.Kalau nak tengok the making silalah terjah ke myR atau ke umah kakrosa ya.
       sengaja xboh sos dan mayonis..nnt nak mkn br letak
      tp anak2 suka mkn gini jerr
      sungguh laris rori sosej ni,kuar oven terus licin..
      RESEPI ROTI SOSEJ
      sumber2: kakrosa

      Bahan-bahan ( 18 biji )

      • 190 ml air
      • 400 gm tepung roti(linapg gn tepung high protein)
      • 5 sudu besar gula
      • 1 sudu kecil garam
      • 2 sudu besar susu tepung
      • 1 biji telur ayam
      • 2 sudu kecil yis
      • 60 gm butter(3sb olive oil)
      • **bahan2 lain**
      • 12 batang sosej(18btg ramly frankfuter)
      • sos cili
      • cheese
      • 1/4 sudu kecil pelembut roti (1sk shortening)

      Cara-cara

      1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
      2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
      3. ambil sebiji doh. canaikan
      4. ambil sebatang sosej dan gulung
      5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
      6. tolak kiri dan kanan selang seli.
      7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
      8. biarkan doh selama 40 minit.
      9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
      10. roti siap dibakar..

      Award Dari CheqSue dan Noorsha

      Assalamualaikum suma, xmo stori panjang lebar sbb bz nak bertukang untuk gantung award dari CheqSue dan juga nOOrsha.
      Cam biasalah amek award saja tag tu xangkut tak muat lori kih3..

      Tuesday, July 12, 2011

      Dengan Rasminya...

      Assalamualaikum..
      Dengan ini diumumkan Cosway Bread Maker telah selesai upacara pecah dara wakaka...upacara perasmiannya penuh huru hara.Almaklum saja pemiliknya sangatlah jakun ngan menda alah ni..masa nak tuang bahan2 tu..manual dah pegang kat tgn sambil2 boh bahan2.Macam terrer jer masuk air, pastu tepung.Tepung tu bukan reti nak timbang dulu, main bubuh jer.Saya suka guna cawan arcopal utk sukatan sbb 1 cawan arcopal=100gram tepung.So masuk ajelah secawan demi secawan.Alamak tepung tak cukup lak..xpe mesti ada lagi stok kat atas kabinet.Aisey dah abes rupanya..panik gaklah..nak reverse pun xleh dah sbb air dan bercampur ngan tepung yang dah masukkan terlebih awal tu.Alamak..camana ni..tawakkal je lah..so saya kurangkan telur.kalau ikut rcp asal telur guna 3biji, saya gn sebijik jer..Harap2 doh saya nnt tak lembik sangat.Kalau lembik nahaslah..mana cari tepung lagik..suma bahan dah boh, follow je instruction kat manual tuh.Daler paler nak wat roti basic yang diperkaya..Bila dah tekan button START terus bibik melayu memulakan keje.Tinggal jap wat keje lain plak.Sekali sekala mai jengok jap..Alamak ada silap lagi..nape lak jadi Menu 2 jadi roti french plak..nanti mesti kerak dia tebal.Aisey..dalam paler lingkuplah roti aku ni.Tak pe gak..siap proses mengadun tengok doh cam melekat kat pisau menguli jadi cam dua ketul plak.Ni mesti adunan terlalu kecil/siket sbb tak cukup tepung.Tak pe tunggu dulu la kot2 nnt pas kembang okey plak..


      Nak dekat 2jam, nmpk cam tak berapa nak jadi jer tuh.Buat bun je lah...so godek2 wat inti sardin..zup zap zup zap siap inti.Hmm apa lagi abort je la proses BM tuh.Amek kuar doh, tumbuk2 bagi kuar angin.Nampaknya ramalan ku benar belaka.Doh terlembik sket, hentam je amek SFR sapu kat tangan buat bulat2 gelek2 boh jer inti.Peram 30min. Pastu kita bako..kita bako..Tada...inilah hasilnya...bolehlah dibanggakan untuk budak mak budak baru belajar.Macam2 behind the scene kejadian meroti ni
       
      roti tergaring plak sket..seb baik tak negro terus hahaha
      pepon tetap gebus dan lembut...first timer kira bolehlah kan??

      Monday, July 11, 2011

      Buah Oren ke ni?

      Ishh..ish..tadak menda lain ke nak tayang...ada ke buah oren potong2 pun boh dalam blog.Takpelah kan kira ada n3 gak kan..kan??Buah asli ke ni cuba tengok tul2..amek teropong cepat..tipah tertipu ker? kalau tengok sekali imbas cam real buah oren kan?ekceli ni fruit jelly.Memang terasa ke'oren'annya..abes rosak BM aku hahaha..saya gunakan 2 biji buah oren sunkist dan 2 biji limau gedang sbb tu ada sedikit unsur merah/pink dalam jelly..resepi saya amek kat myR. Thxs ya yani.Resepi asal sila rujuk link ke myR ya..rsepi saya tepek kat sini saya guna sukatan cawan utk rujukan sendri
       mayb ni pic zoom out sket..tak berapa nmpk
       meh close up sket

      sedap tau fuit jelly ni
      RESEPI FRUIT JELLY@AGAR-AGAR OREN

      Bahan-bahan ( 4 orang )

      • 4 biji limau- large size
      • 10g serbuk agar-agar
      • 5 cawan air
      • Jus perahan buah limau/oren
      • 1/2 cawan gula
      • secubit garam

      Cara-cara

      1. Buah limau/oren dibelah dua.Keluarkan isinya.Saya korek guna sudu jerr
      2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.Tapiskan
      3. Masak agar2 bersama gula dan garam hingga agar2 dan gula hancur.
      4. Masukkan jus buah limau tadi.Kacau sekejap.Tutup api
      5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi.(Kulit limau/oren sy letak atas gelas supya senang nak tuang)
      6. Biarkan sejuk dan jelly keras. 

      Sunday, July 10, 2011

      Gulai Nenas Ikan Kering/Masin

      Assalamualaikum suma...
      Seronok kan kalau ujung minggu boleh bergolek2 santai2 kat umah..tak yah penat2 gi keje..bestnya kalau esok cuti lagi hehehe. Tak kuar ke mana2 ke ari ni.Kami sekeluarga nak kuar jap di shopping barang2 dapur.Cuma hari ni lambat sket kuar.Tak JJCM la..bosan gak asyik makan kat luar.Hari ni rajin sket turun padang masak hehehe.Menu simple jer gulai nenas ikan kering tp saya campurkan sekali ngan ikan talang masin.Memang sedap sangat.Buah nenas lak memang manis yang adik angkut dari kampung.Nenas madu kot...Agak lama jugak saya tak masak gulai nenas ni..seronok gak tengok my laling mkn berambah..maklumlah dia pun baru kebah demam jerr.Tak sangka plak anak2 pun makan gulai nenas ni.Memula tu ceduk kuah jerr, tapi bila tgk ikan talang tu tadak tulang, pakat ceduk gak la seketoi sorang.Buah nenas pun amek gak la 2ketoi sorang..amek ati mama depa her tuh..eh..dok sat mai ceduk lagi buah nenas tu..mmg depa makan la tu...Resepi suma dah tau kan? Cuma tips dia buah nenas tu kena celur dulu.kalau tak celur nnt jus dia akan menjejaskan rasa kuah/gulai nanti.Yang lain2 tu sama jerr tadak secret recipe pun..
      hmm..sedapnya gulai nenas ikan kering/talang masin ni..

      Saturday, July 9, 2011

      New Toys

      Assalamualaikum...
      Selamat berhujung minggu suma, seronok kan bila boleh santai2 bersama keluarga.Aktiviti hujung minggu kami sekeluarga cam biasalah..kuar jalan-jalan cari makan.Hari ni si Nisa tu nak lunch kat Siam Xpress kat Queensbay Mall, ikut sajalah tekak dak ni..memang sedap gak makanan kat situ.Tapi menu lunch saya tak tayanglah malas nak snap lagi pun makan yg sama gak family set..ada tomyam,ikan masam manis, kerabu mangga, sayur tauge, ayam goreng berempah, ayam ijo..dan dessert..sama gak ngan tayangan dulu tuh..

      Alang2 dah pi JJCM kat Queensbay, apa lagi merondalah sambil jamu mata..nampaknya ari ni mmg rezekilah terjumpa lak kedai Daiso, ni lah pestaim saya masuk kedai ni.Menarik gak ni banyak barang2 dapur imported dari Jepun.Ishh..macam nak rambang mata lak..suma rega 5henggat...angkutlah yang mana berkenan..
       acuan aiskrim, acuan roti jala muncung 3, dan juga remekin kaler biru dan juga pink..
      Barang ni suma dah lama tengok kat umah otai masak2, cuma saya jerr yang tadak..tak tau nak beli kat mana.

      Friday, July 8, 2011

      Grill Salmon

      Assalamualaikum...
      Dinner malam tadi, ekceli kemarin cuti public holiday untuk negeri Pulau Pinang sempena Hari Warisan.Tapi untuk kerajaan je la,anak2 suma cuti, taska pun tutup gak la.Mama lak kena keje, seb baik my laling sanggup amek cuti jaga anak2.So petang gi meronda ke Tesco nampk ikan salmon segar2..kalau yang frozen tu tak bestlah..rembat gak la 4ketoi rega RM17.90 camtu.Agak mahal juga ikan salmon ni sbb hanya 2 ketoi size agak besar,tp lagi 2 ketoi kecil sket.Yang kecik tu untuk nisa ngan mama dia la..kalau wat grill salmon ni kami tak suka yang berkuah mcm chicken chop..Agak lama jugak tak wat salmon grill ni..sedap cicah sos ngan mayonis.Kali ni wat bako guna oven jerr senang kije. Ni menu dinner malam tadi..udah pinish suma ya hehehe.Resepi bleh tengok SINI .
      best sekali sekala layan western food ni..

      Thursday, July 7, 2011

      Gulai Kawah

      Assalamualaikum suma pengunjung TMK...
      Biasanya kalau ada jemputan kenduri baru bleh merasa gulai kawah.Tapi bila teringin kenalah godek2 sendiri.Biasanya kalau homemade lagi kena ngan taste sendiri kan?Gulai kawah ni memang sedap makan ngan nasi putih/nasi beriani atau pun ngan roti.My laling cicah ngan roti jerr.Si Nisa lak makan kuah ngan nasi.Daging xmo lak.Dia kata kuah pun dah sedap.macam2 karenah kat umah ni.Gulai kawah ni versi saya sendiri.Gulai kawah ni ada ala-ala daging masak hitam..ada gak rasa cam rendang gitu..

      RESEPI GULAI KAWAH
      Sumber: linapg.blogspot.com
      Bahan
      • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
      • 1paket kerisik (40g) 
      • 1 paket kecil kari daging
      • 1 labu bawang merah (kisar)
      • 3 ulas bawang merah (kisar)
      • 3 ulas bawang putih (kisar)
      • 2inci halia (kisar)
      • 2 batang serai (ketuk)
      • 3-4 sb cili giling
      • 3 helai daun limau purut
      • 1 cawan santan pekat
      • Rempah 4 beradik
      • 3sb gula merah
      • 2-3 keping asam keping
      • minyak
      • garam 
      • Air
      Cara-Cara: 
      1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
      2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
      3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
      4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
      5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
      6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
      7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

      Tuesday, July 5, 2011

      Nasi Beringin@Nasi Serai

      Assalamualaikum..
      Dah lama dok tengok umah kengkawan wat nasi beringin/nasi serai ni.Rata2 bagi komen kata sedap dan wangi jer bau nasi.Memandangkan rcp yg ringkas jer,saya pun godek2 wat jugaklah nasi ni.Ternyata mmg sedap nasi beringin ni.Petang cam malas nak mengarang panjang2,ada sapa yang nak ke, meh la bawa pinggan memasing ya.Tenkiu juga utk syida mustafa myR keran berkongsi resepi.
      saja boh kismis n gajus bg nmpk meriah sket
      ada 1set yag siap terhidang ni..sapa cepat dia dapat hehehe
      RESEPI NASI BERINGIN@NASI SERAI
      Sumber : linapg.blogspot.com

      Bahan-bahan ( 4 orang )

      • 4 cawan beras basmati
      • 1 sudu kecil jintan kasar(linapg gn serbuk jintan)
      • ½ biji bawang besar (yang kuning)
      • 4 ulas bawang putih
      • 1 inci halia
      • 5~6 Batang Serai
      • 1 sudu Besar marjerin
      • 4 cawan air
      • 1 cawan susu cair (linapg tambah)
      • sedikit garam(2kiub ayam)
      • Sedikit gajus n kismis (linapg tambah)

      Cara-cara

      1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
      2. Titikkan serai
      3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
      4. Tumis dahulu jintan kasar
      5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
      6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
      7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!

      Monday, July 4, 2011

      Ayam Coca-Cola@Ayam Coke

      Assalamualaikum..
      Memula tengok resipi ayam coca-cola ni rasa cam pelik lak.Ada ke minuman gas coke@coca-cola boh dalam ayam.Tapi bila baca komen dan respon, rata2 kata sedap.Apa salahnya jika mencuba.Kalau menu ayam kat umah ni kompom dapat sambutan.No harm to try right?So try je la.Sangat teruja ngan hasilnya.Resepi ayam coca-cola ni sangat unik rasanya.Sangat berbaloi dicuba sebab terlalu senang nak disediakan dan bahan2 yang digunakan sangatlah simple.2 thumbs up utk resepi yang unik ni.So kepada sesiapa yang inginkan kelaianan resepi ayam.Bolehlah mencuba.Resepi asal bleh tengok kat dapur myR, tenkiu zeera tuan punya rcp ni.Resepi kat bawah ni versi sedikit durhaka ikut anak tekak sendiri.
      walaupun rupa paras tak seberapa, tapi rasanya sangat unik dan sangatlah sedap
      RESEPI AYAM COCA-COLA@AYAM COKE
      By: http://linapg.blogspot.com/

      Bahan-Bahan:
      • 1 ekor ayam ( potong ikut suka)
      • 1 tin coca-cola
      • 1 labu bawang besar ( blend)
      • 2 batang serai (blend)
      • 2 inci halia (blend)
      • 3 ulas bawang putih ( ketuk )
      • 1 batang serai (diketuk) 
      • 1 sb kicap pekat
      • garam/perasa/serbuk lada hitam
      • Buah tomato ceri/karot/kentang

      Cara-cara

      1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam/perasa dan serbuk lada hitam
      2. Satukan bahan kisar, serai ketuk,bwg putih ketuk dan lumurkan ke atas ayam
      3. Susunkan ayam ke dalam non stick pan/kuali
      4. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi.Simbah2 air coke ke atas ayam.
      5. Masukkan karot/kentang (jika suka)
      6. masukkan kicap pekat untuk mendapatkan kaler lebih gelap(option)
      7. Masak sehingga kuah agak pekat, masukkan buah tomato.Tutup api.
      8. Hidangkan bersama nasi.

      Sunday, July 3, 2011

      Jom BF

      Assalamualaikum..
      Selamat pagi dan selamat berhujung minggu suma. Nampak gaya hari ni puan blog TMK kena dok kat umah je lah sbb dari malam tadi ujan turun tak berenti2.Pesen ujan banjir tu.Meleret cam tak mo stop.Hmmm dah bekfas ke suma? kalau ada yang lom bf meh la joint kami sekeluarga bf ngan mi goreng. Betul mi goreng..korang tak silap baca.Tadak lagi menu roti yang kuar. Bread maker tu dok elok lagi dalam kotak.Semalam pas sessi fotografi..bleh simpan balik hehehe..

      Mi Goreng ni main campak2 jerr, suma dah terrer masak mi kan.cuma kali ni say boh udang dan sutun.cam biasalah sayur takboh punya..anak2 tak makan. Cuma letak daun sup.Ekceli nak beli daun ketumbar..tapi abes plak.Ya la orang beli barang basah kat market, kite gi menyoping kat Tesco...petang2 buta lak tu....Meh la layan mi goreng bodoh2 ni..
      rasa sedap plak bila boh tomato ceri..manis jer rasa..

      Saturday, July 2, 2011

      Hati Berbunga Riang..

      Assalamualaikum...
      Selamat berhujung minggu suma kengkawan..dah minum petang ke?Aktiviti ujung minggu cam biasalah kuar JJCM sambil ronda2 cari pasal..mengukur supermarket..tu je la kejenya.Eh cam lari tajuk lak.
      Ekceli pagi tadi gi sekodeng umah kakilah JY tengok BM dia.Risik2 mana kak ilah beli BM tuh..yang bestnya kak ilah pantas memberi respon.BM tuh dia beli kat Cosway...OIC..cosway ada jual menda alah BM ni..

      Kalau kat penang ni cam susah sket lah nak cari Bread Maker ni..dah survey tengok kat kat supermarket suma,SengHeng, SEC, harvey norman dan kedai elektrik yang lain suma tadak pun.
      So, hari ni merayau lagi gi ngukur..shoping kompleks..ekceli kat Sshine tu ada gak outlet cosway ni, tapi haram aku tak pernah masuk pun..tapi bila tau ada BM kat situ, apa lagi terus terjahlah..konon2 nak tengok je..terberkenan la plak.My laling kata kalau nak, ambil je la...apa lagi dengan pantas kurembat BM ni hehehe..tenkiu my laling kerana selalu menyokong isterinya yang tersayang ni huhuhu..korang jgn muntah taw kih3
       BM dah ada..upacara perasmian tu xtau bila...
      Pembuat roti@Bread Maker Cosway kini menjadi milikku

      klik2 my nuff

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...