Thursday, September 29, 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum..
Kek Karamel ni kiranya warm up membaking la..dah lama oven tu dok diam2 selimut bungkus jerr pas mengukis biskut raya.Lama gak dok bertapa tuh.Kalau bukan sebab besday my laling rasanya tak wat lagi kot kek ni.Nak wat kek aising bagai, kite ni pesennya keras tangan kompom deconya hancuss huhuhu.
Kek ni pun pandai lak wat suspen, dah la kite penat2 balik kije, kalut ngan Maisarah dok ngaco lagi.Adoyai huru hara jadinya.Bila dah siap adun, time nak tuang tu suspen kan main lagi..ingatkan adunan kek bolos ke dalam karamel..sbb nmpk sponge kek tuh tak berapa nak ringan.Ooo..rupanya lain pesen kek ni.Tapi hasil kejadiannya sama ngan KEK PUDING KARAMEL yang pernah saya wat dulu.
 ternipis la pulak lapisan karamelnya..
pas kuar oven, ngah dok rest jap sebelum diterbalikkan
RESEPI KEK KARAMEL@KEREMEL
By: Munira
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum (linapg gn SRF)
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa (linapg gn susu cair)
1 sudu teh baking powder (linapg xboh)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC) (xboh)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (linapg bako 150'C) gn api bwh sahaja
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
Note: Bagi saya kek ni sedikit manis, next time kena kurangkan gula.Pepon memang sedap bila makan yang sudah didinginkan

Tuesday, September 27, 2011

Hepi Besday My Laling

Assalamualaikum...
27hbSeptember merupakan tarikh penting dalam keluarga kami.Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran suamiku yg terchenta. Semoga my laling diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t, panjang umur, dimurahkan rezeki dan selalu berada di bawah lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.
my laling tetap ceria melayan karenah si kecil ni..mmg anak abah ni

Friday, September 23, 2011

Bubur Jagung

Assalamualaikum...
Petang ni cam malas sket nak mengarang.Jagung segar dari ladang ni diberi oleh pengasuh Maisarah, xtau nak wat apa ngan jagung yg 4tongkol ni..pikir2 wat bubur best jugak kan..So,godek2 terhasil lah bubur jagung ni.Resepi bubur ni suma dah tau kan?Malas beno nak menaip ni
sedap gak layan bubur jagung ni

Wednesday, September 21, 2011

Jagung Kukus Authentic

Assalamualaikum...
Terasa lama tak update blog, bz sket lepas raya ni.Banyak tul menda yang nak kena setel.petang ni curi masa sat untuk wat n3 ringkas.nak stori sket pasal jagung kukus, ni bukan jagung kukus yg bese2 org dok buat tuh..yang ni spesel sket sebab dimakn bersama kelapa matang (tak tua dan tidak terlalu muda) gaul ngan garam dan gula.Sedap terasa lemak2 tak berapa manis gitew.Jagung ni saya beli masa kat kampung aritu.Rasanya dah berzaman tak makan jagung cenggini.Ingatkan dah tadak jual..sekali terjumpa terus beli.?Jom la layan picas ni
 
lama sangat tak makan jagung ni
close up sket, sedap bila dah gaul ngan nyoq yg diperasakan garam gula

Friday, September 16, 2011

Pengat Durian Bondaku

Assalamualaikum...
Bersiaran dari kampung halaman ku yang terchenta.Hamboi2 rajin beno balik kampung ya.Blom abes raya gamaknya hehehe.Balik kampung kali ni idak le untuk beraya ada urusan yang nak diselesaikan.Balik 2-3 ari jer sempena cuti 1Malaysia ni.Sampai kat umah bonda dah petang.Masuk dapur tengok bonda dah siapkan sup tulang, ikan kering, kerutuk hati lembu, ulaman dan budu.Perut terus rasa lapor.Nak makan masih awal, tunggu pas marghrib la barulah santap.
Sementara nak tunggu time makan tuh tengok bonda dok perah santan, dalam hati ish dah banyak menu ni.Nak masak gulai apa plak.Pastu bonda tanya nak makan pulut durian ke nak makan pengat durian.Dengan pantas pengat durian la.Memang peberet.Kalau pulut durian tu kureng sket la hahaha.So, bonda pun godek2 la wat pengat.Kite pun tulun gak, tulun tengok hehehe.Pas dinner, terus makan pencuci mulut ni..teramatlah sedap..air tangan bondalah katakan
sedap pengat durian ni 2-3kali gaklah menambah walaupun perut dah sendat huhuhu
RESEPI PENGAT DURIAN BONDAKU
Bahan-Bahan ( tiada sukatan)
  • Isi durian
  • santan
  • nisan keping/keret
  • daun pandan simpul
  • secubit garam
  • Gula (jika perlu)
Cara-Cara:
  1. Satukan santan, nisan keret, daun pandan, garam.Kacau hingga nisan keret hancur
  2. Masukkan isi durian.Kacau hingga isi agak lembut dan kuah sedikit pekat.
  3. Tutup api.
Note:
Untuk pulut lak, bonda just guna rice cooker, masak dgn sdkit air

Wednesday, September 14, 2011

Sepetang Di Pantai Kemasik

Assalamualaikum..
Petang tadak dah gambo pengantin, takut ada yang muntah ijo picas sana sini wakaka. Pas gi kenduri umah pengantin lelaki kat Kerteh, kami sekeluarga balik ke Penang ikut KL, so konvoi ngan kak rosa n family la.Sempat lagik menyinggah kat Pantai Kemasik minum2 sambil makan kopok lekor.Pantai Kemasek ni kalau tak silap saya ialha pantai wat shooting drama lagenda Ulek mayang tuh.Memang cantik pantai ni ngan batuan yang tersergam tu.Apa lagi terus klik klik.Tapi ada sedikit kemusykilan sebab foto2 kat sini kureng menjadi.Ada yang blurr, terlalu terang dan macam2..hmm ada unsur mistik ke?Meh la layan picas yang tak seberapa ni.Sayang lak kalau tak diabadikan kat sini.Walaupun quality kurang memuaskan.
 anak2 sibuk dok main air, mama abah ngan bby sajalah posing
posing pun sambil tido..tepek gak pic ni sbb yg ni je yg ada pose ngan kak rosa


 sepapat yang kamcing
sayup kelihatan hazim n amirul

Monday, September 12, 2011

Gambo Kawen Lagi...Makan2 Lak

Assalamualaikum...
Minta maaf byk2 la..TMK asyik tayang gambo kawen jerr.Bukan apa lepas cuti raya ni dapur TMK tak brp nk berasap.bz jer manjang.Kali ni nak tayang makan2 gak la..sessi makan beradap..antara menunya ialah Nasi Hujan Panas, Udang Galah Serai Berempah, Jelly Oren, Puding Laici Dangdut..Selebihnya hantam saja lauk pauk kenduri kih3..iaitu Gulai Kawah, Kurma Daging, Ayam PercikUntuk resepi Udang tu terima kasih tak terhingga buat kak azlina Terminal Hijrah.Abes licin suma.Lupa lak nak close up udang tu.
 picas ni my laling yg snap..blom abes angkut lagi
 VVIP Meja Pengantin..
 hahaha en.Daun sebuk amek gambo, makannya tidak
 mempelai sedang menjamu selera
Azmi: aisey ingatkan buah oren..agar2 rupanya..
alla: surprise..tipah tertipu bang..

Sunday, September 11, 2011

Majlis Kahwin Lak

Sinambungan majlis kawen adik saya, suma serba sederhana saja..xmo sembang panjang2 meh layan picas yg sempat kami snap..saya malas nak edit bagai, main boh watermark, terus upload jer..
 ketibaan suami terchenta disambut mesra oleh isteri tersayang
 mari menuju ke rumah bonda (sila ikut rentak lagu raya hail amir dan uji rashid ya..)
 bonda pengantin lelaki
 Maisarah nak enterprem gak hihihi
 flower gul..Nisa ngan Eqa
 amboi romantiknya
 dok berangan naik motor vespa keliling kampung ke tu??
 belajar2 snap pic cenggini..blom pandai lagi
 pengantin bersama en.Daun dan ezzyra
puan blog pun nak join gak..

Saturday, September 10, 2011

Sorotan Majlis Perkahwinan Alla&Azmi - Akad Nikah

Assalamualaikum...
Masih belum ada tayangan makanan kat TMK ni.Kali ni saya kongsikan picas kenangan majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung pada 3Syawal yang lepas.Ni saya updat majlis Akad nikah dulu.Ekceli saya tak pi pun majlis akad nikah sebab sebuk menyiapkan hidangan meja pengantin.So picas ni suma disnap oleh Nisa dan anak2 buah yang kecik2.So paham2 je lah kalau si cilik yang jadi cameramen huhuhu.My laling ada kat majlis tu tapi disebabkan dia menjadi saksi untuk akad nikah ni..xleh la nk snpa pic..
tergambar kegembiraan di hati kedua mempelai
abang saya (En.Daun)  selaku wali sedang mewakilkan akad nikah kepada tok imam

 
saksi ngah kusyuk dengar khutbah..
akad nikah...

setelah sah menjadi suami isteri..cincin disarungkan ke jari manis isteri terchenta sambil disaksikan oleh bonda pengantin lelaki.

Thursday, September 8, 2011

Raya..Edisi Terlewat

Assalamualaikum..
Apa khabar suma?Agak lama TMK tidak bersiaran.Ekceli xmo tepek pun gambo raya sebab kebanyakkan gambo blurr dan masing2 sibuk.Sessi fotografi pun kelam kabut.Tengah nak pose baekk punya ada lak tamu datang, bila tamu dan beransur memasing sibuk ngan anak kecil.Ada yang nangis ada yang tido hmm mcam2 hal..Sekadar ini saja mampu ditayang selepas lulus lembaga penapisan hehehe
my family
 pic ni blurr tp tepek gaklah ini saja yg ada pic adik bradik..ni pun 4org jerr

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...