Tuesday, October 25, 2011

Doakan Kami

Assalamualaikum...
Berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran Allah, ciptaan Allah. Dapatlah kenal Tuhan Maha pencipta.Bumi Allah itu luas, jauh perjalanan luas pemandangan dan bertambah pengetahuan. Setelah berbulan2 merancang percutian kami sekeluarga, tibalah masa yang ditunggu2.Petang nanti kami akan terbang ke KL (transit kat KL sat) esok pagi akan meneruskan perjalanan ke destinansi kami.Perasaan bercampur baur, dalam hati terasa girang.Memang tak sabar nak melihat tempat orang.Risau jugak sebab xtau lagi keadaan kat sana macam mana.Perubahan cuaca juga amat merisaukan saya, takut pulak anak2 tak tahan ngan cuaca yang agak xtreme kat sana nanti.Semoga kami sekeluarga diberikan kesihatan dan dilindungi oleh Allah s.w.t. selalu hendaknya

Perjalanan kali ini memakan masa selam 6jam, cuak jugak takut si kecil meragam, bagi yang dewasa pun sudah cukup membosankan.Semoga Maisarah jadi gud gul sepanjang perjalanan nanti..Mesti ada yang tertanya2 (err ada yang kesah ke) Ke mana destinasi kami percutian kami kali ini?Kali ini kami ke Tianjin/Beijing China.InsyaAllah hari-3 nanti kami akan menawan Great Wall of China.Salah satu keajaiban dunia.Kalau puncak tak mampu kutawan, setakat level 2 pun jadilah hehehe

Kepada kawan2, pengunjung2 TMK doakan perjalanan kami, semoga Allah permudahkan segala urusan kami sepanjang perjalan dan sepanjang tempoh lawatan kat sana nanti

Luv U olls,
malina wida sekeluarga
pinjam pakcik google jap

Saturday, October 22, 2011

Happy 2nd Anniversary TMK

Assalamualaikum...
Tarikh 22nd October merupakan ulang tahun kedua kewujudan blog Teratak Mutiara Kasih di alam maya ni.Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan2 maya dan juga tetamu2 yg tetap sudi berkunjung ke blog yang suam2 kuku.Semoga kewujudan blog ni dapat memeriahkan dunia blogger.
Jutaan terima kasih buat mu sifu dayangjack yang telah bersusap payah membina blog ni.Juga dorongan kuat dari keluarga tercinta, kekandaku yang tersayang kak rosa, dan juga best pren dia hasue dn juga kawan2 blogger yang lain.
Terima kasih semuanya..
suke kaler dia sweet jerr

Thursday, October 20, 2011

Oh Tak Sabar

Hari ni tadak n3 masak2 ya. Tuan umah ngah holiday mood ni.Tinggal 5 hari jer lagi untuk kami sekeluarga pergi melancong.Tak sabar rasanya..Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.Paspot, Visa dan segala persediaan telah beres.
bz packing barang2, byk gak nak kena kemas pakaian utk kami 5 beranak.Terima kasih kepada yg sudi berkunjung ke TMK.Kunjugan kalian amat saya hargai

Saturday, October 15, 2011

Sekadar Selingan

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu suma.Terasa sunyi jer alam maya hari ni.Maklumlah family day.Ada yang mengambil kesempatan utk keluar mkn bersama keluarga.Hari Sabtu merupakan walking day bagi kami sekeluarga sejak sebulan lepas.Amalan gaya hidup sihat gitu.Sambil2 tambah stamina
Pagi tadi sambil jogging atau lebih tepat berjalan je lah,sempat gak snap gambo yg mana sempat klik2.Suma picas ni snap ngan enpon jer.Tak kose nak usung kamera bagai.Mehlah jamu mata ngan keindahan alam sekitar.
 tengok si kecik tu siap tarik tgn abah soh jalan laju siket, dia pun dah biasa ngan trek ni.Sayup kelihatan abanglong ngan kakak ngan jogging walking ngee
 sekali tengok cam buah blueberry lak pulak, rupanya senduduk gajah
 
 kenal tak buah apa ni? hmm kalau ada yg tak kenal, inilah dia biji getah.Saya panggil biji getah askar.Teringat dolu2 jaman budak2 suka laga getah.Kalau guna biji getah askar ni senang pecah.Konsider kalahlah..
 ni lak pokok belimbing buluh, kat belakang tuh trek kami walking2 hehehe
meh close up sket kasi jelas buah belimbing ni
pokok misai kucing

Friday, October 14, 2011

Sawi Tumis & Bebola Daging Homemade

Assalamulaikum..
Sayur bodoh2 aje..sesuai utk cuaca panas atau ujan lebat, mmg sedap bleh hirup kuah sayur sawi ni.tambah lak ada manis2 daging kat dalam tuh.Yang best tuh Maisarah pun bleh makan sekali.Walaupun sayur bodoh2 tp tang meatball tuh yang spesel sket sbb aku gentel sendrik hehehe.Puas hati makan.kalau yang beli tu rasa tepung jerr
sedap..hirup kuah sampai licin
SAYUR SAWI TUMIS & BEBOLA DAGING HOMEMADE

Bahan-Bahan:
  • 2 pokok sayur sawi (siang asingkan sayur n btg)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (tumbuk)
  • Bebola daging
  • Tomato ceri
  • Air rebusan daging
  • 1 kiub ayam
  • Minyak
Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan bahgian batang sawi.Biar sedikit lembut
  3. Masukkan air rebusan daging dan juga kiub
  4. Masukkan sawi, bebola daging dan tomato ceri
  5. Kacau sekejap.Sesuaikan rasa.Tutup api
  • 3 ketul daging burger (linapg gn RamlY burger)
  • air secukupnya utk merebus daging
    CARA:
  1. Bulat2kan daging burger.Kalau gn dgg kisar kena masukkan garam dan lada sulah ya)

 2. Bulat2kan hingga abes
3. Kemudian rebus daging dalam air mendidih hingga bebola daging timbul.Bolehlah diangkat dan toskan.Simapn air rebusan sebagai stok

 

Wednesday, October 12, 2011

Buah Kabung@Kolang-Kaling Sirap Rose

Buah kolang kaling? ada yang tak pernah dengar ya? Ekceli saya sendiri pun baru tau dari blog kak Ina Terminal Hijrah masa dia wat posting pasal buah kabung ni.Rupanya buah kabung juga dikenali sebagai buah kolang kaling dan juga buah Enau.Ke ada nama lain lagi?
Dah lama simpan resepi ni.Bila terjumpa buah kabung yang bersaiz gedabak terus beli.Silapnya belli sket saja.Nak ngestes jerr. Takut anak2 tak makan. Pas beli terus buat..sbb senang sangat resepi.Pastu simpn dalm esbok semalaman.Bila makan yg dah disejukkan teramatlah sedap.yang bestnya anak2 pun suka.Nanti lenkali bleh wat lagi.Tak cukuplah..Terima kasih utk kak Azlina Terminal Hijrah atas resepinya
sedap mkn buah ni tambah lak cuaca panas2 skrg ni
RESEPI BUAH KOLANG KALING@KABUNG SIRAP ROSE
sharing: linapg
BAHAN BAHAN
  • Buah kolang kaling (buah kabung)
  • 1 liter air
  • 300 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan (linapg boh esen rose)
  • Perisa sirap ros secukupnya

CARA MEMBUATNYA
  1. Buah kolang kaling dibersihkan terlebih dahulu
  2. Masak air bersama2 gula dan daun pandan sehingga larut kesemua gula
  3. Masukkan perisa sirap ros secukupnya dan biarkan air gula agak pekat diikuti dengan buah kolang kaling tadi dan biarkan ia mendidih sebentar

Tuesday, October 11, 2011

Pulut Serikaya

Assalamualaikum...
Alahai dah bersawang dah umah mayaku ni.Kalaulah ada bibik, blehlag tulun2 sapu sawang, mop lantai ke?buat mana yang patut hehehe.Terima kasih kepada tetamu2 TMK tetap setia berkunjung ke sini.Kunjungan kalian amat saya hargai.
Pulut serikaya ni saya wat hari Ahad lepas..n3 basi hehehe.Bz sket sejak dua menjak ni.Tu yang tak dan nak meng'n3'.Masih setia ngan rcp yatie Sinar Kehidupanku. Yatie mmg pakar bab2 kuih tradisional ni.Kalau gn rcp dia insyaAllah menjdi dan menepati citarasa (ehem..ehem..bodek sket) Terima kasih yatie utk rcpnya
hmm..sedapnya
RESEPI PULUT SERIKAYA
Sharing : linapg

Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (linapg gn 1keping gula nipah))
* 1/2 cawan gula pasir (linapg boh 2sudu besar)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Thursday, October 6, 2011

Kek Karamel Lagi

Assalamualaikum...
Jangan ada yg muntah ijo ya..asyik2 wat kek karamel jerr. Tengah kemaruk ni.Lagipun kek ni mendapat sambutan hangat rakyat jelata kat umah ni.Tu yg rajin membaking tuh. Kali ni saya wat lapisan karamel lebih tebal.Memang puas hati makan.Pestaim wat ari tu ciput jerr karamel..Gigit tak rasa pun ngeee...Kepada sesiapa yang belum mencuba kek karamel ni, silalah buat xperimen.Rcp tengok sini
atas permintaan Nisa,boh gak kaler biru..tp nmpk cam xkena lak..
 sebelum diterbalikkan
 edge view..karamel lebih tebal..puas makan
****************************************************************************
Dikesemptan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak saudaraku tersayang Puteri Syaza Amani. Hari ni genap 1 tahun. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh. Cepat2 jalan taw..nnt bleh bleh race ngan Maisarah. Sayang Amani..muah
****************************************************************************

Tuesday, October 4, 2011

Udang Kicap Pedas Madu Karipulai@Daun Kari

Assalamualaikum...
Hasil adaptasi ayam kicap pedas madu karipulai.Kalau ikut sebutan org Penang ni ialah karipoley bermaksud daun kari. Kali ni wat versi udang lak. Memang sedap..cukup mabeles. Si Nisa siap kata abah lenkali beli udang 2kg baru cukup. Huish tak puas makan lagi tuh...Terima kasih buat kak Ina Terminal Hijrah atas resepinya. Kalau nak tengok ayam, bleh tengok kat SINI
gambar kucar kacir sket..sbb anak2 xsabo nak makan
RESEPI UDANG KICAP PEDAS MADU KARIPULAI@DAUN KARI
BAHAN BAHAN
  • 1kg udang kertas size sederhana
  • 1 biji bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat (linapg gn kicap Mahsuri)
  • 1 sudu besar kicap manis (linapg gn kipas udang)
  • 1 sudu besar gula (xboh)
  • 1 biji cili merah/ijo - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan sekejap. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kicap pekat, kicap manis kacau2kan lag.
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Sunday, October 2, 2011

Pucuk Paku Masak Lemak

Assalamualaikum...
Hujung minggu nan permai..hujan telah turun dengan jayanya di bumi Pulau Pinang, so dok tersengeh kat umah je la..Plan asal nak gi ngukur tp kansel je lah..malas arr ujan 2 base ni kan?Dok lepask2 sanbil golek2 lelap2 mata besh gak kan?
Meh la layan menu simple lunch kami tadi.Layan ngan ikan goreng dan siket ulaman cicah budu mmg sedap.Saya tayang pucuk paku je lah..ikan goreng tuh rupa paras tak berapa nak senonoh siket hahaha
saya wat xpedas pun baby Maisarah pun bleh makan..
RESEPI PUCUK PAKU MASAK LEMAK
Bahan-Bahan (Tiada sukatan)
  • Pucuk paku
  • Udang segar
  • Bawang merah (tumbuk)
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Udang kering (tumbuk)
  • Garam/perasa
  • Santan
  • kunyit serbuk

 Cara:

  1. Siang pucuk paku, cuci bersih dan toskan
  2. Satukan suma bahan, kacau hinggan kuah mendidih.Tutup api

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...