Wednesday, November 30, 2011

Kerabu Epal Hijau

Assalamualaikum...
Simple komen sangat sedap dan terlalu mudah nak sediakan. Rugi sapa tak cuba..hahaha promote baekkk punya ni.Al kisahnya, saya tercongok depan esbok xtau nak masak pe, tetiba terpandang epal hijau granny smith tergolek sebijik jer pulak tuh..nak buat jus pun tak cukup. Tetiba teringat dapur kaknor ada rcp kerabu, suma bahan mmg dah ada terus kugodek2 buat kerabu.Dah hasilnya mmg wallah..sedap sangat beb..my laling pun puji sedap.Terima kasih utk sifu nor secubitgaram atas rcpnya.Siket correction, kaknor kata rcp kak hanieliza tp sy xjumpa link.Anyway thanks utuk kedua2 pakar masak ni.
sedap sangat taw kerabu epal ni, ada yang terliuq ke? gi buat sndiri nun..rasa masam manis tuh mmg kecur air liur dibuatnya...ayat kasi ngences ni

RESEPI KERABU EPAL HIJAU by kak hanieliza

Bahan-Bahan 
  • 2 bj epal hijau (linapg gn 1biji)
  • 1/2 btg lobak merah (xboh xde stok)
  • 5 biji tomato ceri dibelah (linapg tambah)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau (xboh)
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Bahan:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya
  5. Sedia dihidangkan

Tuesday, November 29, 2011

Bubur Kacang Hijau & Durian

Assalamualaikum...
Bubur kacang ni sebenarnya macam 'terpaksa' buat sebenarnya.Ni kes kesian nengokkan buah durian yang dah tersengih tuh.Nak makan gitu jer, isi lak xberapa manis. Kalau buat bubur ok gaklah kan? Bubur kacang ni spesel sket sebab saya goreng dulu kacang ijo tuh, pastu rendam sat dalam air.bagi dia kembang.pastu rebus cam biasa. Memang wangi dan sedap bubur kacang ni.Tips ni saya dapat dari seorang kawan.
ada yang terliuq tak hihihi
RESEPI BUBUR KACANG HIJAU & DURIAN
by linapg.blogspot.com
Bahan-bahan (tiada sukatan)
  • Kacang hijau
  • Durian
  • Biji sagu kecil
  • Gula nipah/gula kabung/gula melaka
  • Santan
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Kacang hijau digoreng tanpa minyak(sangai) sekejap dgn api yang kecil (mcm goreng kacang tanah) hingga berbau wangi. (Linapg goreng 8-10min jerr)
  2. Rendam kacang hijau tadi selama setengah jam (lagi lama lg bagus).Pastu rebus hingga empuk    
  3. Masukkan gula nipah, gula putih (jika perlu), garam. Tunggu hingga gula hancur.
  4. Masukkan santan, daun pandan dan biji sagu.Kacau selalu.Sesuaikan rasa.Tunggu hingga sagu bertukar jernih dan tutup api.


Monday, November 28, 2011

JJCM

Assalamualaikum...
Terasa sangat sunyi alam maya sempena long week end.Hujung minggu yang bercantum lak ngan PH.Dah tentunya ramai yang membawa keluarga bercuti.Tambahan pulak sekarang ni musim cuti sekolah.Kami tidaklah ke mana2 sekadar meronda dekat2 sini saja.
Hari Sabtu lepas sempat jugak bawa anak2 berjalan ke seberang (Main land) panggilan orang yang dok kat pulau 'merefer' kepada Tanah Besar hehehe.Sekadar jalan-jalan sambil cari pasal makan.Singgah kat Jusco.Mak aih besaqnya Jusco kat sini.Maklumlah Jusco kat Penang kecik sket, bertenggek kat Queensbay Mall.Best gaklah ronda2.Tak beli apa2 pun.Ada lak Dinosour land kat situ.Jom tengok..sori picas ni snap ngan enpon.Bilik gelap gambo blurr sket
 jom kite masuk, tiket RM15
 
 mcm2 spesis dinosour ada kat sini. sumanya 'live' nmpk agak real jugak movement dinosour ni ngan bunyi2 sekali.Teringat lak citer Jurassic Park hehehe
 yg ni agak cute, walaupun muka nmpk ganazz tp ati ada taman hehehe
 ish..ish..lindung lak dinosour belakng tuh penuh picas abah jer hahaha

 penat..jom kite makan nasi mandhy..lupa la pulak restoran ni nama apa.Cantik gak susun aturnya.Time ni tak ramai org pun
 mint tea abah punya
ni lak kami 3 beranak
 punyalah byk nasi dia..sedap gaklah..
 kami oder juga kebab..tp smpt snap

Sunday, November 27, 2011

Egg Benedict & Tomato Salsa

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah semua.
Dah sarapan ke suma?Pagi ni kami bf ngan Egg Benedict with Tomato Salsa, sedap sangat walaupun resepinya agak simple.2-3 ari lepas ada tgk kat Dapur Masam Manis wat egg benedict ni.Saya CnP dari umah Hana yang dah lama menyepi.Harap2 Hana sihat walafiat mayb busy ngan tugasan sejak balik ke Mesia ni.Rindu pulak kat Cik Puan kite sorang ni..
Meh layan gambo sembrono ni.Snap ngan enpon jerr sbb bateri kamera dok caj.
 terentung sket kat tepi2 tuh..tp sedap mkn ngan tomato salsa ni
yg plain tuh utk anak2 yg xsuka sayur
RESEPI EGG BENEDICT

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked 
  • sedikit lada sulah (linapg tambah)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam (xboh - ltak siket kicap time nk mkn)
  • sedikit oregano
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
RESEPI TOMATO SALSA
Bahan-bahan
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 biji timun - potong dadu (xboh)
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • chili pepper jalapenno@serrano - potong dadu - (hana tk ltk,linapg pun xboh)
  • Daun ketumbar - cincang
  • Jus lemon (linapg gn limau kasturi)
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • Minyak zaitun - yg nih hana tambah
Cara-cara
Campurkan semua bahan. Hidangkan bersama roti, taco, steak atau sebagainya.

Friday, November 25, 2011

Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai@Daun Kari

Hmm kalau dah jadi peberet anak2 kenalah jadi astro, asyik wat siaran ulangan jerr.Cuti2 sekolah ni kena ikutkan saja tekak anak2.Kali ni saya wat agak berkuah sket.Anak2 suka makan kuah gaul ngan nasi.Licin suma depa makan.Cuma daun kari ditolak ke tepi.Mama ngan abah mmg licin suma la hehehe.
 terlupa lak nak boh tomato..pepon rasa menten sedap..Resepi masih sama, tanpa durhaka sedikit pun.Tapi rajin sket saya tepek gak kat sini

RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI@DAUN KARI

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Thursday, November 24, 2011

Kari Kepala Ikan

Lamanya tak masak kari kepala ikan, kebetulan dok kena paksa cuti oleh company bercuti seminggu ni.Rajin la sket godek2 apa yang patut untuk mengisi perut anak2 yang selalu lapar tuh.Kali ni saya wat kari kepala ikan kombinasi nyonya dan juga stail mamak hehehe.Memang mabeles, hubby puji melambung hehehe..kembang setaman bini dia.Aroma daun kari, daun kesum dan juga bunga kantan memang membangkit aroma..Kari ni saya tidak menggunakan santan atau susu cair, sangat bagus untuk kesihatan
sedap sangat kari kepala ikan ni..anak2 pun puji..lebih sedap dari kat kedai
RESEPI KARI KEPALA IKAN
Bahan - Bahan:
  • 2 ketul kepala ikan (apa2 jenis ikan) dibelah dua 
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes )
  • 2 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 1 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • Sedikit tomato ceri
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak 
  • Air
  • Garam dan perasa
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar dan daun kari hingga sedikit layu, masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giring, tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Wednesday, November 23, 2011

Penang Char Koew Teow

Assalamualaikum...
Selalunya kat Penang ni Koew Teow org makan petang/senja dan malam2.Jarang la makan utk lunch gitew sebab selalunya siket jerr sepinggan yg dijual tuh cukup sekadar alas perut.Bila buat sendiri ni puas hati makan.Sos kicapnya saya beli dari seorang kawan.Tips goreng koew teow ni kn wat sepinggan jerr.Kalau 4orang makan kn goreng 4x la.Kalau goreng sekali harung je suma rasa dia 'lari'la..Resepinya saya just follow kat bekas sos kicap tuh.Tada..hasilnya

pestaim wat char koew teow sendiri. kira ok lah kan??

Sunday, November 20, 2011

Autumn in Beijing - Day 6 Bon Voyage China

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu suma.Sempena cuti sekolah ramai yang mengambil kesempatan membawa anak2 kuar bersiar2 dan mungkin juga yang akan pergi melancong.Dan mungkin ada juga yang akan pulang ke kampung halaman.Selamat bercuti kepada anda semua.Berhati2 ketika di jalan raya.Pesanan ikhlas dari Lina_pg  hehehe.
Pepagi Ahad ni nak sambung sket lagi stori pasal negara Tembok besar.Last day di China tak banyak sangat menda buat.Pas check dari hotel kami lunch dulu di restoran berhampiran ngan hotel.Dah kenyang kami terus menuju ke Tianjin.Alhamdulillah perjalanan agak lancar.Kami mengambil masa 3jam setengah saja untuk sampai ke Tianjin.Sampai airport terus check in.Kat International Airport Tianjin ni lain pesen sket dia punya laggage check in, pihak airport menggunakan besen besar untuk menimbang bagasi.Besen tu sendiri dah seberat 2.7kg.So kalau bagasi kita seberat 15kg.Total=17.7kg.Hmm tak pasal2 kena bayar xtra caj untuk airport.Kami la tu..melayang 200yuan sbb lebih bagasi.Hampess tul..
 sempat bergambar di Binhai International Airport sebelum berlepas..geng yang cukup sporting..walaupun baru kenal..
  si kecil kebosanan sebab lama sangat menunggu utk berlepas..
 cam dok skodeng jer tuh..tengok kapal terbang rupanya..macamlah tak pernah tengok kapal terbang kat Penang..umah pun dekat LTAB bayan Lepas hehehe
 sunset..sangat cantikk...pastu....ZZzzzz

Saturday, November 19, 2011

Autumn in Beijing - Day 5 Bird Nest Olympic Stadium

Assalamualaikum suma..
Dah beberapa hari TMK tak bersiaran, mood menghapdet kureng sket la..xtau la nape..terasa sunyi jerr alam blogger ni.Nak mengarang pun terasa tadak idea. Layan picas je lah..
  cuaca sangat sejuk walaupun hanya pada suhu 15 degree celcius.Tapi disebabkan cuaca di Beijing ni berangin dan hari ni lak berkabus..mmg terasa menggigit tulang som-som kami..

samar2 kat belakang model2 cilik ni Bird Nest Stadium Olimpik Beijing
ramai tul org mai kat sini
on da way nak balik ke bas..sempat lagik posing kat pokok marple ni..terasa bagai di Korea hahaha

Tuesday, November 15, 2011

Autumn in Beijing - Day 5 Hard Rock Cafe

Hari ke-5 di Kota Beijing merupakan hari yang paling sejukk..Kami meredah kedinginan pagi ke Batu Keras (Hard Rock) utk tengok2, tapi dalam tengok2 tuh sambar gak la selai dua huhuh.Kami singgah sekejap jer kat sini, rasanya dalam 15mint jerr pastu terus gerak ke Bird Nest Olympic Stadium.
 si kecil ni, pantang ngan cuaca sejuk..mesti titon je keje dia



hasil rembatan dari hard rock cafe Beijing..sebagai kenangan..

Sunday, November 13, 2011

Autumn in Beijing - Day 4 Fresh Water Pearl

Selepas menghirup udara segar di sekitar Summer Palace yang dikelilingi Tasik Kunming, kami di bawa ke Pusat Jualan Fresh Water Pearl.Sangat teruja bila di tunjuk camana nak keluarkan mutiara dari tiram air tawar ni.Ingatkan sebijik jer mutiara kat dalam tiram tuh, rupanya banyakkk sangat.Kalau tiram laut hanya sebijik mutiara utk satu tiram.Dan satu lagi fresh water osyter ni tak boleh di makan ya.Kalau nak makan tiram cari yang kat laut nun. Jom layan picas..
 banyakkan mutiara kat dalam tiram ni, kalau tak silap 28biji suma..kalau mutiara sekecil ni hanya dijadikan kosmetik.Tak sesuai dijadikan perhiasan sbb size terlalu kecil dan belum matang.
 mutiara dalam tiram ni, kami boleh amek 2biji sorang.Simpan je lah wat kenangan hehehe
 rasa cam nak kutip jer suma mutiara tuh..
 
 mama dok jamu mata ngan pearl..maisarah dok ngan ayak chik sat hehehe. Si kecil ni selalu menjadi tumpuan org tempatan sbb kat China ni cam tadak budak kecik gitu..maklumlah satu family sorang anak jerr
shop'g tak hengatt dah hehehe

Autumn in Beijing - Day 4 Summer Palace

Tempat paling sejuk yang kami kunjungan, walaupun suhu tetap menten sekitar 14-15 degree celcius.Tapi disebabkan Summer Palace ini dikelilingi oleh Tasek Kunming mneyebabkan suhunya semakin sejuk.Sangat cantik pemandangan di sekitar kawasan ni.Tapi sayangnya pada hari kami berkunjung ke sini, cuaca berkabus dan menyebabkan pemandangan background kurang jelas.Jika dilihat dengan mata kasar..sangatlah cantik.
Menurut guide kami Summer Palace ni didiami oleh maharaja pada musim panas.Disebabkan cuaca di Beijing sangat panas, jadi maharaja akan berpindah dari Kota Larangan dan tinggal di Summer Palace ni.
 di pintu masuk, kat sini pun dah terasa kesejukan
 bila sejuk jer, si kecil mesti tido jerr
 cantik tasik ni..pic gelap sket, malas nk edit

 jom kite pi seberang tasik lak
 atas bridge pun posing gak, my laling dah sejuk siap pakai ttp pale..si bujang kontrol macho jerr

 ada river cruise, tapi tak sempat nk naik pun..
 kat sini byk pintu gerbang..tapi sepesen jer suma
 Di bawah dedaun maple..terasa bagai di Korea...Oh..Winter Sonata menggamitku ke sana..alla amacam?on ke projek?

Saturday, November 12, 2011

Autumn in Beijing - Day 3 Great Wall of China

Tembok Besar China merupakan salah satu keajaiban dunia.Hati cukup seronok untuk mendakinya.Bagi sesiapa yang melancong ke China/Beijing tidak lengkap sekiranya tidak mendaki Tembok Besar ini.Great Wall of China dibina di atas puncak gunung dan juga lereng2 gunung.Ianya dibina untuk mengesan pencerobohan musuh di bahagiann utara.Bila mana ada musuh datang, pengawal/askar akan menyala api jika serangan pada waktu malam.Sekiranya serangan di siang hari, asap adalah isyarat.Apabila maharaja yang berada di Kota larangan melihat asap/api, maka pasukan tentera akan di hantar untuk membero bantuan.Gitulah serba sedikit stori pasal tembok Besar ni.Jom kite layan picas lak
 bergambar bersama rombongan cik kiah sebelum memulakan pendakian
 great wall kat gunung paling jauh tuh..pic dr bas
 pokok kelihatan perang/kuning picas musim luruh..



 padlock ni adalah melambangkan cinta sejati..selagi mangga ni terkunci di great wall, rumah tangga pasangan tersebut akan kekal bahagia.Begitulah kepercayaan masyarakat tempatan
 saujana mata memandang..sayup kelihatan itu juga adalah tembok besar..tapi dari pintu berlainan
 kecik jer nmpk yg dok kat bawah sana..alla &azmi

 pose duduk2 lak sbb lenguh kaki dah hahaha

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...