Friday, December 23, 2011

Nasi Minyak

Assalamualaikum..
Siaran tertunda disebabkan kebizian.Bz ngan apa pun xtau la...Dah seminggu nak wat n3 ni asyik tertangguh.Tapi sebab dah janji nak boh resepi, kite tepek je lah.Ekceli nasi minyak tadak apa spesel pun main campak2 jerr..sesedap rasa hehehe

RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (10pot beras=10pot air)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit kismis
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sm jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar dan gajus
  • sedikit pewarna kuning
  • 2-3 helai Daun pandan simpul
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu. Taburkan kismis,daun ketumbar dan gajus.

Tuesday, December 6, 2011

Ayam Cepedas

Assalamualaikum..
Tak tahulah nape ayam ni diberi nama sebegitu rupa, Ayam Cepedas..hmm apa maksudnya ya?DJ pun xtau..saya lagilah xtau..Tapi apa yang penting..mmg sedap ayam cepedas ni.Tak caye..cer try wat.Kompom tak nyesal hehehe.Thanks ya DJ utk rcp ni.Kite panjangkan rcp kat sini pulak
Resepi Ayam Cepedas
bahan-bahan :
  • 400 g isi ayam (DJ potong ayam kecik2. gaul dgn kunyit serta garam dan goreng 1/2 masak)
  • 100 g cili kering (dikisar)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 200 ml minyak masak
  • 5 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula (linapg gn sos tiram jer)
  • 1 sudu besar sos cili (DJ tambah)
Bahan kisar :
  • 100 g bawang besar
  • 50 g bawang putih
  • 50 g halia
  • 4 batang serai (linapg ketuk 1btg, kisar 3btg)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan ayam dan air asam jawa serta daun limau purut. Kemudian masukkan kicp pekat. (DJ tambahkan sos cili dan sedikit air-linapg ikut gak). Perlahankan api dan masak hingga mendidih. 
  4. Kemudian bolehlah masukkan garam dan gula (sos tiram) secukup rasa. 

Monday, December 5, 2011

Nasi Kari Ayam

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember. Masa berlari begitu pantas sekali.Hmm..n3 pertama dibulan Disember.Bukan nasi goreng ya.Ni nasi Kari Ayam, bukan nasi makan ngan kari ayam...Itu tidak sama.Resepi amek kat dapur kaknor ganu.Sedap sangat.Anak2 makan nasi gitu jerr.Memula makan ngan ayam pastu tambah nasi jerr.Saya guna bahagian tulang2 ayam seperti leher dan sayap jerr sebab nasi makan ngan Ayam Cepedas. Mmg gandingan yang mantap.  Kalau nengokkan nasi kaknor..cantik elok memanjang jer, tapi saya nyer ni ntah hapa2 kejadiannya sbb kaknor guna beras basmati, tapi saya guna beras BASmati enjin hehehe.Takpelah xcantik pun janji sedap kat tekak kami anak beranak (ayat coverline tuh)
RESEPI NASI KARI AYAM by Dapur Ibundo
Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa (linapg gn 1cwn susu cair+2cawan air)
3 sudu besar rempah kari (linapg gn 1paket kecil-jdkan pes)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah (linapg boh juga)
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)(linaph xboh)
garam(xboh gn kiub)

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

NOTE: ini methode yang linapg gunakan untuk masak nasi kari ayam ni.Saya guna dapur gas jerr
  1. Beras dicuci bersih, rendam sekejap dan toskan.
  2. Panaskan butter/majerin tumiskan daun kari, bahan hiris dan rempah 4 sekawan.Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari, tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masuk
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan kari tuh.masukkan susu cair dan air.Masukkan kiub ayam.Kacau 
  5. Tunggu hingga air kering dan kecilkan api.Tunggu hingga nasi betul2 masak.Tutup api.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...