Monday, February 20, 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis (Jemput-Jemput Nasi)

Assalamualaikum...
Ada yang berkira2 nak wat juadah minum petang ke?Nasi sejuk belen tengahari tadi masih ada lagi kan?Apa kata wat ajelah cucur nasi ni.Kenyang gak tu..tambah lak la ni cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan.Kalau petang2 hujan tu, huh perut apa lagi manjang jerrr minta diisi..
Dah lama gak tak wat jemput-jemput ni..yang seronok tu, asal angkat jerr tak sempat minyak gorengan nak sejat betul2..anak2 dah sambar.Mama dia kena pause dulu sat..ops..simpan sket nak amek gambo..Barulah slow down sket anak2 ni.Seb baik dah besar suma reti bahasa sket la...
Banyak kali sangat dah wat siaran ulangan cucur nasi ni tapi saja rajin tepek gak resepi.
Sedap makan time panas2..tapi cucur ni tetap lembut walaupun dah sejuk
RESEPI CUCUR NASI IKAN BILIS
Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air (linapg gn air suam)
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam (linapg gn 1 kiub ikan bilis)
  • 1 biji telur (linapg tambah)
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Note: Saya masukkan bahan dikisar ke dalam bekas besar dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedkit, sehingga adunan boleh dibentuk/dijemput untuk digoreng

1 comment:

EmbunRosaliza said... Balas

Memang sedap cucur nasi ni, kat umah akk pun sealau buat siaran ulngn, anak2 mmg suka n laju je mkn. Rasa mcm lama dh tak buat ni, terliur lah pulak tgk cucur tu tersusun indah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...