Monday, February 13, 2012

Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum...
Dah bersarapan ke suma? Roti goreng rangup ni memang sesuai utk dibuat sarapan atau pun minum petang.Sangat cepat dan sedap sudah semestinya disukai seisi keluarga.Ekceli dahh banyak kali buat tapi kemalasan melampau nak snap picture.Dari mengikut resepi dengan patuh sehingga durhaka sket2 hehehe.Ampun ya..sue hehehe.Hari tu ada tengok kak rosa buat roti goreng ni..uish teringin la pulak..So, godek2 wat jugaklah..
peberet my laling neh..sedap makan time panas2..pas goreng

RESEPI ROTI GORENG RANGUP
By : hasue
kongsi bersama : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan: 
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair (linapg tambah)
  • 2 sm butter (linapg xboh)
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit gula (supaya kuih sdikit berkilat)
  • Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Cara-Cara:
  1.  Satukan suma bahan (kecuali roti dan serikaya) Untuk lebih mudah gunakan hand whisk ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA!
**Nota Biru**
Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

5 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

roti goreng ranggup ni kegemaran anak2ku juga, suruh buat sokmo, maknya mals heheh,buat juga tapi x amik gambar je, bila tak ambil gambar buat gitu2 je lah heheh, tapi mmg semua suka, sedap sangat masa panas2 tu, tak sempat sejuk dh abis

mawar merah said... Balas

simple tapi mmg sedap, manis n rangup kan..leh cuba ni.

Amie said... Balas

Kalau pasal roti goreng begini memang cepat licin Lina... anak-anak suka tu!

Amie said... Balas

Kalau pasal roti goreng begini memang cepat licin Lina... anak-anak suka tu!

HaSue said... Balas

Dah lama x buat laa kak..hehe..biasa buat ni pastu menyusul lak goreng pisang ke..cempedak ke..mana2 yg ada.. sukatan tu kalo dah biasa xyah sukat2 dah..ikut keperluan nak goreng jer..tq kak lina ..miss uuuu!

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...