Thursday, May 31, 2012

Ikan Lampam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..
Al-kisahnya my laling ni tingin nak makan ikan sungai la pulak..tetiba jer wat balik ikan sungai..ingatkan dah siang rupanya..belah perut jerr..kena haku operate ikan ni sekali lagi adoyai..

IKAN LAMPAM MASAK LEMAK CILI API
By : linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan Lampam(apa2 jenis ikan sungai pun bleh)
  • 4-5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji cili api (tumbuk)
  • sedikit serbuk kunyit
  • santan pekat (linapg gn 200 ml santan ayam brand)
  • Serai (dititik)
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa
  • 3 keping asam keping
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk, kacau hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan ikan kacau lagi..biarkan sebentar.Sesuaikan rasa.Tutup api
kalau ada tempoyak..sedap jugak ni

15 comments:

Anna Qawina said... Balas

Aslmkm Kak Lina...hilang stress tgk lauk akk..hehe..

Amie said... Balas

Hai Lina,
dulu selalu gak mancing ikan lampam ni dengan suami, umpannya buah kelapa sawit... cepat sangat ikan makn (agaknya banyaklah ikn lampam dalam sungai tu)
Masak lemak cili api memang sodap!

lina_pg said... Balas

Anna> wslm..lauk kampung je anna

lina_pg said... Balas

Amie> kalau ikan sungai hasil pancing mmg lagi sedap n isinya manis..fresh gitew..ni hasil tangkapan hubby kat 'pasar malam' hehehe

che mid said... Balas

Salam.. mana tempoyaknya.. kurang kick

Nieza said... Balas

sedapnya masak lomak...lama tak mkn ni lapar lak rasa..hehe

Granny Hani said... Balas

hari ni masak ni.Sah!

Granny Hani said... Balas

hari ni masak ni.Sah!

MiZi said... Balas

membuka selera la kak..


Aktiviti Hari Ini

lina_pg said... Balas

Hany> sila la cube..harap kena ngan taste hani

mizi> tekak kampung cam akak ni suka la masakan camni

hana said... Balas

sedapnyer na.... dulu2 duk kampong senang nak dpt si lampam nih.. skrg nih mcm tak penah jumpa ajer! rindu btol nak makan...

lina_pg said... Balas

Hana> sesekali layan tekak ngan selera kampung ni sedap jugak..tp sian kat anak2 makan slow2 jer takut tercekik tulang..

EmbunRosaliza said... Balas

Lamanya tak mkn ikan sungai seperti lampam ni, susah nak dpt, nampaknya kena mancing kat sungai la kalo nak mkn ni..heheh kalo yg jual tak berapa nak kenal dh rupa parasnya kekek.

Sungguh sedap

lina_pg said... Balas

kak rosa> tu la pasal,bila As tgk ikn sungai terus beli.Sdp lak wt msk lemak

vitamin said... Balas

Sodap......

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...