Wednesday, July 11, 2012

Sup Ayam Hadnyai

Assalamualaikum...
Sedapnya hirup sup ni..terasa segala rempah ratus kat dalam tuh.Ekceli kuah sup hatnyai ni agak pekat.Tp disebabkan saya snap time panas2 lagi nampak cam cair jerr.Bila sejuk kuah jadi likat siket.Lagiiii sedap.

RESEPI SUP AYAM HADNYAI
By : pyhonda (myR)
sharing: linapg.blogspot.com

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • Sebelah ayam dipotong-potong
  • 3 ulas Bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi (linapg ketuk manja2 jer)
  • 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya (linapg gn 3hiris jer)
  • 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan
  • 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat (linapg gn serbuk ketumbar 2sb)
  • 1 sudu kecil jintan manis(linapg gn serbuk jintan manis 1sk)
  • 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk sehingga lumat (linapg gn serbuk jintan putih 1sk)
  • 2 biji bunga lawang (linapg boh 1 jer)
  • 5 biji buah pelaga (linapg gn sebiji jer)
  • 3 ketul kayu manis (linapg gn sebatang jer)
  • 3 kuntum bunga cengkih(linapg xboh)
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri 
  • Karot dan kentang (linapg tambah)

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

6 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Terasa kerempahannya suup ni, akk pernah cuba sekali, sedap tapi byk bhn2 nak kena bohkan. Minta semangkuk best ni mkn time hujan2 mcm ni

ROZILA said... Balas

Salam Lina,

Bolehlah buat resepi berbuka puasa nanti.

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina..akak dtg mengintai sup di tgh2 mlm ni..kalau dpt semangkuk memang best sbb kat sini baru je lepas hujan.. :))

mama aryan said... Balas

bole cuba juga nih..biasa buat sup biasa2 tu je..yg ni nampak best

Mama Farris said... Balas

sup hadyaiii satu....!!tq for sharing..

Amie said... Balas

Ramai dah masak sup ayam hadyai, tapi Kak Amie belum buat lagi. Memang kena cuba juga suatu hari nanti.
Tentang daging sekilo bawang sekilo tu kak Amie gunakan daging no 1 dik, bukan batang pinang punya.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...