Monday, September 10, 2012

Kek Mentega/Butter Cake

Assalamualaikum...
Salam rindu buat semua pengunjung TMK, lama tak hapdet bog..ada yang rindu kat tuan tanah tak?Tuan gak kemalasan skrg ni huhuhu..Ok la xmo citer panjang, meh layan picas kek butter yang lembut dan sedap ni.Tambah lak ada coklat, stoberi dan oren emulco dalam tuh lagi la sedap.Kek ni saya potong ngan suam2 lagi..amek pias pun petang buta (guna enpon plak tuh) main capai apa yang ada jer wakaka..Tidaklah beriya sangat nak posing dengan props segala bagai...janji nampak rupa paras kek sudah la...sembrono betul kan?
 kek ni sangat lembut dan gebuss...
KEK MENTEGA@BUTTER CAKE
sharing :lina pg

Bahan-bahan: (loyang 8 in)

8 oz mentega (250g/seketul)
6 oz tepung gandum (lina pg gn SRF 2cwn)
6 oz gula castor - (lina pg 1 cawan)
5 biji telur dari fridge (gred A)
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder (lina pg xboh sbb gn SRF)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (lina pg guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.(Ayak SRF)
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. 
Satukan dengan adunan telur.Gaul rata.Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.
(lina pg bako suhu 150 degree)

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

11 comments:

Acik Erna said... Balas

assalam lina..tengok gambar pun tau dah sedapnya kek ni

lina_pg said... Balas

Acik Erna> wslm kak erna..sedap kek ni lembutt jerr anak2 pn suka

Mas Sani said... Balas

cantik je rupe kejadiannye nmpk gebu n lembut :-)

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, baru nampak jelas kek ni, tgk kat fb mcm blur sikit, sedapnya minum ngan teh o suam ni, resipi simple je tu, anak2 suka baru best nak buat kek atau apa2 aje

Gee® said... Balas

Waaaa....gebunya kek... sedap ni kalau buat minum petang kan...

lina_pg said... Balas

Mas Sani> thanks ya

Kak rosa> wslm..oo yg dkt fb blurr ekk rasa cam ok dah heheh..sedap ni mkn ngan teh O

Gee> betul tu wat minumptg mmg besh..mkn kek suam2

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum K Lina..

Wah..best ni kak.. Ada tiga perisa dlm sebiji kek.. Maisarah akk sihat? Dah laju ke cakapnya??

lina_pg said... Balas

Naz> wslm Naz..sedap kek ni, kena ngan selera anak2 akak

Maisarah alhamdulillah sihat..cakap xbape nk pandai sangat..lari jer laju..ckp bahasa Jerman yg laju hahah

mama sara nur said... Balas

bestkan kek mentega ni,adik beradik akak kalu blk kg mesti nakkan kek ni he he

Norzie hany said... Balas

Nampak gebu dan warnanya sangat menarik.like2.

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum kak Lina..

Kak, rvc joy of baking tu, Naz bakar guna loyang bulat saiz 8 inci kak..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...