Wednesday, September 26, 2012

Kepah Masak Lemak

Assalamualaikum..
Salam siaran..hmm terasa sejuk nyaman jer bumi Pulau Pinang.Dah beberapa ujan turun membasahi bumi.Kalau stop pun jap jerrr, pastu hujan semula...Tak pe ujan rahmat tu...
Menu tayangan ari ni Kepah Masak Lemak.Main hentam je ni.Sedap..anak2 suka kaau kepah masak camni..Jangan minta taw...menu minggu lepas hihih..
sedap neh..
KEPAH MASAK LEMAK
By: linapg.blogspot.com

Bahan - Bahan:
  • 1 kg kepah (cuci bersih)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji cili merah / cili padi (tumbuk)
  • Serbuk kunyit
  • 1 batang serai ( ketuk )
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam & Gula/perasa
  • 1 asam keping
  • Air
Cara-Cara:
  1. Masukkan bahan tumbuk, kunyit dan serai bersama secawan air masak hingga mendidih. (supaya bawang dan cili masak-takut sakit perut)
  2. Masukkan kepah, santan dan tambah air hingga paras kepah.Masukkan juga garam, gula dan asam keping.Kacau hingga mendidih.
  3. Apabila kepah dan terbuka,maknanya dah masak la tu.Sesuaikan rasa dan tutup api

13 comments:

Anna Qawina said... Balas

bangun tdo bawak nasi datang sini..cepat hidang kak...lapor nih...

lina_pg said... Balas

Anna> Ujan2 ni memang lapar sokmo

Chik Mimi said... Balas

na akak tak ghajen la itew menu 2-3 minggu yg lepas hahha beli bapa na sekg kepah,market susah nak jumpe ni

Fuat Gencal said... Balas

Ellerinize sağlık, çok güzel ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar..

Acik Erna said... Balas

assalam lina..nampak sedap tu....acik biasa masak lala..kepah tu nampak besar sikit..tapi aik tak pernah makan

lina_pg said... Balas

kak mimi> kepah ni beli kat market byan baru..rm5.50 sekilo..kedai dia paling tepi dari pintu masuk (belah masjid)

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina.sedapnya nampak hidangan kepah masak lemak....

lina_pg said... Balas

Acik> wslm kepah ni besar sket dari lala dan kulit dia keras..isi dia liat sket dari lala..tp dua2 pun sedap.

lina_pg said... Balas

Mamasya> wslm, sekali sekala tuko selera..selalu wat ketuk serai jerr..

Bicara Kak Noor said... Balas

salam Lina
wah sedap nampak kepah tu,rasanya akak pun ada kepah dalam frezer belum di masak boleh lah try nnti esuk lusa thanks bagi idea..

lina_pg said... Balas

Kak Noor> wslm, simple je ni kak Noor, sedaplah kat tekak kami anak beranak

EmbunRosaliza said... Balas

ASsalam kalo kepah atau lala msk cenggini kat rumah ni pun laku, kalo tak laku isi, laku tang kuahnya hehe, sedap tu, akk jrg beli kepah

lina_pg said... Balas

wslm, bdak kat umah ni mmg suka la spesis kepah ke lala ke..mmg laku.
Dak maisarah jer makan kuah..isi tuh xreti makan huhu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...