Wednesday, November 28, 2012

Terung Masak Sambal

Assalamualaikum semua...
Terung masak sambal feveret semua.Even anak2 yg xsuka sayur pun akan makan juga.Dah lama tak buat hingga hampir terlupa dengan keenakannya.Hmm sesiapa yg sukakan sambal belacan harus cuba ni memang mabeles sangat.Lately..picas kat TMK ni lebih kurang aje yea..sebab sumanya snap ngan enpon jerr.Boleh kata pas raya puasa aritu suma gambar guna enpon jerr.Tak tau lah nape malas sangat nk kuarkan kamera..
Bila nak makan just perahkan limau kasturi..wallaa..memang best..Limau tu dah terlebih masak..segar dari pasu hahaha..tanam sendiri yea..sangat rajin berbuah..sampai tak termakan

TERUNG MASAK SAMBAL
By : hasue
sumber : lina pg

Bahan2:
  • 2-3 Terung Panjang (lina pg gn 2 biji terung bulat)
  • 1 cili merah
  • 2 bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera
Cara2:
  1. Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(lina pg kisar guna pengisar bhn kering jer)
  2. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
  3. Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
  4. Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
  5. Kemudian masukkan semua bahan perasa..
  6. Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
  7. Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..


4 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Sangat sedap terasa pedas masam2 mmg wallaaaa. pas tu bau kat tangan mmg memblessss, lama juga tak buat ni

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza

Memang lama tak buat dah bertahun rasanya...aduh enak bangett..sekali makan jer licin.

Naz / Nadz COSK said... Balas

Aduhh kak Lina... sedapnyaaaa... suka gak ni kak.. Lepas makan, sambil2 tgk tv, saja2 jer cium2 tgn..hehehe..

Evelyn Gemina said... Balas

Salam perkenalan dari saya kak lina, suka tengok blog ni, ceria....memang suka makan terung, pasti sedap : )

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...