Wednesday, December 12, 2012

Chilled Chocolate Cheese Cake (Cake In Jar)

Assalamualaikum...
Tengok pada tajuk in a jar, tapi dok dalam mangkuk hahaha lawak tul.Tak kira jar ke mangkuk ayun ke yang penting kek ni memang sedap.Resepinya pulak sangat ringkas.Dah namanya chilled dah tentu2 tak yah bako kan?Sejukkan dalam esbok lebih kurang 2-3jam, dah bleh makan.Untuk mengelakkan soklan cepumas dari anak2 eloklah dibuat malam,makan esok harinya.Biasalah budak2 bila tengok menda cam ni mulalah 'dah siap ke mama?, bila bleh makan?Lambat lagi ke nak sejuk? adoi... meh la layan gambar n resepi.Ekceli kat bawah ada layer coklat n cis tp lupa nk snap angle tepi..amek top view jerr.Tak pe lenkali  wat lagi..gn blueberry lak..
Sedap betul CCCC ni..tektur cam eskrim...
Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
Sharing : lina pg

(make 4 jars 200ml)
Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan (lina pg gn Dark Coklat Semisweet)
  • 100 ml susu cair (lina pg gn whipping cream)
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.



14 comments:

ezzyra said... Balas

sedapnya...mcm eskrem.

lina_pg said... Balas

@ezzyra

Sedap dik tp jer hasilnya.Tak cukup hihi.4 mangkuk jerr

Anna Qawina said... Balas

Berdezup saya datang..macam nk mkn lg tp kurang rajin nk buat...suapkn saya plissss..hihi
Tq sudi try ya kak..

lina_pg said... Balas

@Anna Qawina

Berdesup dtg mesti ngan tangan penuh tepung hihi..meh nganga luas sket akak suapkan..

Nape sedap sgt cake ni..lenkali kena double or triple adunan kot baru cukup hihi

Sue @ Nenie said... Balas

Salam..nampak cam sedap ni...

faa.rosli said... Balas

waaaa sedapnya kalo dapat makan time panas2 ni..huhu

lina_pg said... Balas

@Sue @ Nenie

sedap..lemak2 manis cam eskrim hihi

lina_pg said... Balas

@faa.rosli
Makan time panas memang heaven la

zila norazila said... Balas

lina cukup kew 4 jar tue..h ehhee simpankan zila yer..kecuqq kita kt sini:)

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sedapnya kalo umah akk buat sah tak cukup dgn 1 adunan ni, mesti semua anak2ku suka nih

Nuwairani Ismail said... Balas

urghhhh! sangat mengiurkan mende alah ni...

ayunalisa said... Balas

resipi ni dlm list..tggu bahan2 je //lom ado...

Fadzilah Riduwan said... Balas

Saya ada jual jar ready stock. COD area jb. Wssap 01112751602.

Fadzilah Riduwan said... Balas

Saya ada jual jar ready stock. COD area jb. Wssap 01112751602.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...