Kuih Sagu

By LiNa_Pg - Monday, December 03, 2012

Assalamualaikum..
Salam ceria di pagi Isnin.Nampaknya cuaca cerah setelah uhan lebat dari petang dan membawa ke malam.Pepagi ni kite tayang menu sarapan la ya...walaupun sarapan entah jaman bila punya ni haha.Jangan dok minta ya kompom sudah selamat ke Indah Water.Masih menggunakan resepi yg sama cuma tukar ke sukatan cawan.Sedap kuih sagu..sangat lembut dan manis yang sedang2.Lembut ya bukan lembik.Kalau nk lebih manis kena tambah sukatan gula ya..

 sedapnyerr..masuk mulut..kemam sat..telan..xyah kunyah2.lembut jerr
kali ni main kacau atas api jerr, malas nk kukus..memang dasar pemalas kan hahah..tp hasilnya tetap cantik sagu jernih semuanya

KUIH SAGU (BRONOK)
By : Mama Kastam myR
sumber : lina pg
  • 1 cawan sagu kecil
  • 3 cawan air  (lina pg gn air panas supaya cpt masak)
  • 1/2 cawan gula
  • Perisa dan pewarna sirap rose
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja(sy kukus dulu kelapa parut)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan air panas dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Bila sagu kembang,masukkan pewarna dan perisa sirap rose
  4. Bila sagu bertikar jernih (tinggal kaler putih sket2)Masukan gula, gaul rata.
  5. Teruskan kacau hingga sagu bertukar jernih keseluruhan.Guna api yg kecil sahaja
  6. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Salam,
    saya suka kuih ni tapi hubby dan anak lak tak suka jadi jaranggggg...buat.:)

    ReplyDelete
  2. Ini le salah satu kuih yg saya tak reti buat...entah mengapa asyik tak menjadi!

    ReplyDelete
  3. best ni sejuk je masyuk kan, tapi tulah anak2 tak berapa nak suka tukang masak je yg terlebih suka tapi sayang jarang buat sbb kalau utk tukang masak memang tak dan nak buat heee

    ReplyDelete
  4. @Marsita yahya

    Anak akak sorang xmakan bila dah salut ngan kelapa.Jadi akak tinggalkan 4-5ketoi yg xgaul ngan kelapa.Licin dia makan.Budak2 xsuka rasa berserdak tuh..macam2 la

    ReplyDelete
  5. @Norhaizan hakim
    Kuih ni nampak simple tp kadang2 lembik.Kali ni wat hasilnya memuaskan.Try la manatau kena ngan taste

    ReplyDelete
  6. @Nooriah Abdullah

    Betoi tu kak noor, selalunya kuih cenggini mak bapak jer makan.Anak2 xbape suka.Tapi anak2 sy dah bleh makan walaupun bukan peberet depa.

    ReplyDelete
  7. dah pernah try wat. x jadi.. dia jadi lembik.. pastu kelapa dia ada yang terlebih masin.. huhu

    ReplyDelete
  8. @mis fatin
    Akak wat dulu pun lembik gak, tp bila gaul ngan kelapa baru ok.Kali ni gn rcp yg sama tp xlembik lak..
    Boh garam sket2 dalam kelapa tu, dah cukup masin..xyah la boh ikut sukatan

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kuih sagu... dh lama tak makan....

    ReplyDelete
  10. Sedapnya nyaman masuk tekak walaupun tak simpan lam peti ais. kalo klapa muda sikit lagi bestkan mkn kelapa berulam sagu hehe

    ReplyDelete
  11. akak suker kuih ni tp memang jarang buat sb sorang je makan he he

    ReplyDelete
  12. assalam lina..acik suka makan kuih ni..lembut je kan..tapi memang belum pernah cuba buat sendiri..nak makan beli je

    ReplyDelete
  13. Akak belum pernah buat lg....tapi pernah tgk bonda buat kacau dlm periuk mcm cara lina buat ni.Suka makan tp malas nak buat.

    ReplyDelete
  14. saya try buat td.. tak tahulah lembik ke tak.. tgh sejukkan... :)

    ReplyDelete
  15. perlu rendam sagu terlebih dahulu ker

    ReplyDelete