Monday, February 27, 2012

Puding Sirap Bandung@Agar-Agar Sirap Bandung

Assalamualaikum...
Terasa lamaaaaaaaaaaa sangat blog TMK ni tak menayang dessert kan? Yea la kan asyik tenggelam timbul je puan blog TMK ni.Bukan apa mood blogging kureng sket la..tak tau nape.Puding ni saya wat petang kemarin. Sedap sangat..terasa lemak manis, ada rasa ala-ala agar-agar santan gitew...anak2 puji kata depa 'terbaekkk' sebutan cam boboboi tuh..Mayb sebab lama mama depa tak wat puding kot hehehe..Meh semak resepi simple ni kot2 ada terpikat ngan kaler pink ni
 sedap..ada yang terliur tak??
 ish..mama ni tak abes2 amek gambar.Maisarah dah lapa ni..kite makan sendiri la..

RESEPI PUDING SIRAP BANDUNG @ AGAR-AGAR SIRAP BANDUNG
By: /http://linapg.blogspot.com/

Bahan - Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10g
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 200ml santan (linapg gn 1kotak kecik santan Ayam Brand)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Sedikit sirap rose/ pewarna merah
  • Sedikit esen rose
Cara - Cara:
  1. Masukkan serbuk agar2, gula,esen rose dan air ke dalam periuk, masak hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Masukkan susu pekat manis, susu cair, santan, sirap rose dan garam .Kacau sebati
  3. Tunggu hingga mendidih.Tutup api
  4. Masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil2. Sejukkan.

Wednesday, February 22, 2012

WW: Nasi Ayam Budu

RM4.00 (Bayan Baru)

Monday, February 20, 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis (Jemput-Jemput Nasi)

Assalamualaikum...
Ada yang berkira2 nak wat juadah minum petang ke?Nasi sejuk belen tengahari tadi masih ada lagi kan?Apa kata wat ajelah cucur nasi ni.Kenyang gak tu..tambah lak la ni cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan.Kalau petang2 hujan tu, huh perut apa lagi manjang jerrr minta diisi..
Dah lama gak tak wat jemput-jemput ni..yang seronok tu, asal angkat jerr tak sempat minyak gorengan nak sejat betul2..anak2 dah sambar.Mama dia kena pause dulu sat..ops..simpan sket nak amek gambo..Barulah slow down sket anak2 ni.Seb baik dah besar suma reti bahasa sket la...
Banyak kali sangat dah wat siaran ulangan cucur nasi ni tapi saja rajin tepek gak resepi.
Sedap makan time panas2..tapi cucur ni tetap lembut walaupun dah sejuk
RESEPI CUCUR NASI IKAN BILIS
Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air (linapg gn air suam)
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam (linapg gn 1 kiub ikan bilis)
  • 1 biji telur (linapg tambah)
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Note: Saya masukkan bahan dikisar ke dalam bekas besar dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedkit, sehingga adunan boleh dibentuk/dijemput untuk digoreng

Sunday, February 19, 2012

Patah Tak Tumbuh Kena Ganti Baru

Takmo cakap banyak...dah dapat dah lens baru.Ni kes my laling sian kat bini dia takleh nk amek gambo.Jadi dia belikan gaklah lens baru.Bukan baru pun tapi second hand.Kedua2 lens ni kami dengan harga RM950.Rasanya dah murah kot?Tak pasal2 kamera kami kena kawen ngan ngan Minolta lak..

Thursday, February 16, 2012

Ayam Goreng Berempah Mudah

Kat umah ni, kalau menu ayam...masak apa sekali pun kompom mendapat sambutan even goreng bodoh pun anak2 tetap suka.Ni versi ayam berempah bodoh2 la ni hahaha.Saya wat camni sebenarnya sayangkan minyak masak, kalau boh bawang segala bagai tu kompom hitam legam minyak gorengan tuh.Boh rempah sket2 ni, jimat2 pun jimat pastu rasa pun sedap..
bodoh2 pun sedap gak kat tekak kami sekeluarga

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
By : linapg.blogspot.com

Bahan - Bahan:
  • 6 ketul ayam
  • 1 ketul kiub ayam ( gn garam+kunyit pun ok gak )
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Minyak masak
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ayam dengan kiub ayam
  2. Kemudian lumurkan pulak dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Diikuti rempah kari
  3. Gaulkan sekali dengan daun kari.Perap selam setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  4. Goreng hingga masak.Gunakan api sederhana.
Note : sekiranya mengguna rempah bunga rose, tak perlu letak segala jintan dan ketumbar tuh.Guna 1 sudu makan rempah gulai dan setengah sudu makan rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam
thanks untuk alla&azmi atas pemberian rempah ni.

Monday, February 13, 2012

Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum...
Dah bersarapan ke suma? Roti goreng rangup ni memang sesuai utk dibuat sarapan atau pun minum petang.Sangat cepat dan sedap sudah semestinya disukai seisi keluarga.Ekceli dahh banyak kali buat tapi kemalasan melampau nak snap picture.Dari mengikut resepi dengan patuh sehingga durhaka sket2 hehehe.Ampun ya..sue hehehe.Hari tu ada tengok kak rosa buat roti goreng ni..uish teringin la pulak..So, godek2 wat jugaklah..
peberet my laling neh..sedap makan time panas2..pas goreng

RESEPI ROTI GORENG RANGUP
By : hasue
kongsi bersama : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan: 
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair (linapg tambah)
  • 2 sm butter (linapg xboh)
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit gula (supaya kuih sdikit berkilat)
  • Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Cara-Cara:
  1.  Satukan suma bahan (kecuali roti dan serikaya) Untuk lebih mudah gunakan hand whisk ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA!
**Nota Biru**
Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

Saturday, February 11, 2012

Happy Weeding Anniversary

Assalamualaikum...
Tanggal 11hbFebruary merupakan tarikh keramat bagi kami.Tarikh ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup kami yang telah selamat diijabkabul.Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan barakat dalam mahligai rumah tangga kami.Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat.Amin....
sori..pic lama..lens kamera kami rosak..

Tuesday, February 7, 2012

M.I.A - Maisarah in Action

Assalamualaikum..
Lamanya TMK tidak bersiaran, ada yang merindui si kecil ni tak?Ekceli ni gambo lama..saja cari2 dalam folder...tepek gak lah buat kenangan.
 kusyuk tegok apa ntah
rasa-rasa cermin bas..hmm dap-dap


ni kite ngah tulun mama 'kemas' barang..Barang suma wat kuar, kite masuk ke dalam..rasanya zhariff ngan Amani bleh msuk sekali lam beg ni
amacam? ada bakat tak? abes 1 bekas kecik minyak masak mama kite..masuk dalam kuali ni..pastu siap tumpah kat lantai suma....adoyai anakku

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...