Saturday, March 31, 2012

Bandung Escapade - Hotel Cemerlang & Masjid Agung Bandung

Sepanjang bercuti di Bandung kami stay di Hotel Cemerlang yang bertaraf 3 bintang setengah.Hehehe ada gak setengah tuu..Ok gak la hotel ni agak selesa, bilik pun luas dan bersih.Rate pun dalam anggaran RM155.Kami amek xtra bed ~RM50.Buffet breakfast yang disediakan pun sedap walaupun pilihannya agak terhad.Ok lah kan sekadar untuk mengalas perut.Wah bercerita pasal hotel macam promoter la pulak.
 sesiapa yang pernah stay kat hotel ni, mesti amek gambo kat sini hehehe

 tengah cek in..4H3M..dekat2 IDR 2juta gak la
 katil size king amat selesa.Gambo ekhsan alla

Kat bawah ni pulak masjid agung, kami singgah selepas memborong sakan di Pasar Baru.Kira sama naik ngan org nak tutup kedai la hahaha.Sakan menyoppng. Pastu teruskan lagi mengempiskan poket..sambung lak kat F.O huhuhu.Kat sini bila kita nak masuk, akan ada org yang bagi plastik untuk letak kasut.Tapi kami x amek, kalau amek kompom kena bayar..kami tinggalkan kasut kat tenpat yang disediakan siap ada penjaga kat sini.Alhamdulillah kasut kami tak hilang.Dan yang penting..servis tu adalah percuma..Nanti saya akan kongsikan tips sbagai panduan kepada kawan2 yang bercuti ke bandung (bila ada masa free nnt..insyaAllah)
 perkarangan masjid agung Bandung..agak meriah dengan org dok meniaga dan main layang2..cam pesta la pulak.Sori picas ni xbrp clear sbb dah petang sangat dan puan blog malas nk edit hihihi
 jom kite solat dulu..
 

Monday, March 26, 2012

Bandung Escape - JJCM & Shopping

Assalamualaikum...
Wah..pagi2 TMK dah bersiaran..bersempena cuti Public Holiday ari ni amek kesempatan sat untuk update blog,Dak Maisarah lom bangun lagi tuu kang dia bangun mesti berebut lappie ngan dia.Penang cuti PH ke ari ni?Ekceli ari ni bukan lah ada PH tp compani saya telah menuko PH agong installation yang 11/4/12 tu bring backward lak.Huh tak pasal 11/4/12 nnt cheq kena keje uhuk.
Meh la tengok gambo makan2 dan shopping kat Bandung ari tuuu.
 
 kalau berminat ngan seluar jeans, bleh la mai kat Toko 3 ni..
 rembat gak seluar jeans Levi's..murah jer rega dia IDR329K selai
antara F.O yang sempat kami bergambar.Ekceli banyak lagi F.O yang kami singgah..tak larat nak upload suma..
Dapur Sangkuriang..Sedap makanan kat sini.Harga pun reasonable..
 antara menu yang kami pesan, ada yang belum sampai lagi..Tp tak snap pic dah sebab dah lapo sangat

 Restoran Masakan Sunda.Terlupa lak nama restoran ni.Kalau tak silap Dapur Sunda kot..sedap gak

eskrim durian.IDR8k satu cup..mai dengan 2skop eskrim, seulas durian dan sedikit coklat cair..sedap tapi sedikit manis bagi saya.Pas makan kena minum air kosong
Ekceli seharian kat Pasar Baru tapi tak snap picas sbb sebuk memborong, dah siap borong xamek picas gak sbb tangan penuh membimbit lak huhuhu..

Wednesday, March 21, 2012

Bandung Escapade - Kampung Daun

Assalamualaikum...
Tak mo cakap byk, jom layan picas kat kampung Daun lak.Kampung Daun ni merupakan sebuah restoran berkonsepkan restoran dalam taman/hutan gitew.Siap ada air terjun dan sangat luas kawasannya.

 tempat santap dalam pondok..sungguh unik, bila nak order pukul jer beduk kat tepi tu
 antara menu yang dipesan nasi goreng spesel, pedas sket nasi goreng ni
 sirlion steak n sos barbeque..sangat sedap okeyy..ada lagi menu lain nasi timbel kg.daun tp xsnap sbb dah kebulur huhuhu.Jus alpokat sedap gak
 dah siap makan..ronda2 sat
cantik air terjun ni..

 wajah2 riang kekenyangan dan seronok nak gi shopping lak
posing sat kat pintu keluar
Nanti ada masa free akan update lagi...

Sunday, March 18, 2012

Bandung Escapade - Tangkuban Parahu

Assalamualaikum..
Apa khabar suma? Esok sessi persekolahan akan bermula setelah seminggu bercuti.Mesti ada yang mengambil kesempatan membawa anak2 bercuti kan?Kami sekeluarga sempat gaklah bawa anak2 makan angin.Cuti pendek kite terbang dekat je hehehe.Percutian ke Bandung melalui Jakarta memang best.Kalau dulu Tembok Besar China telah berjaya kami tawan, kali ni Gunung Berapi Tangkuban Parahu dan Kawah Domas pula kami jelajahi.kami sekeluarga ni agak advanture dan memang suka aktiviti lasak sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.Terasa terlalu kerdil diri ini melihat sumanya di depan mata sendiri.
N3 Jakarta-Bandung ni tidak mengikut hari ya.Picas main hentam jerr.Ekceli ni aktiviti hari kedua.
Sebelum tu saya nak stori sket tentang sejarah/lagenda Tangkuban Parahu ni.Seingat saya masa kecil ada filem pasal Tangkuban Parahu ni, kalau tak silap heroin filem ni Merissa Haque (betul ke spelling nama dia).Tangkuban Parahu bermaksud Perahu terbalik.Kalau dari jauh gunung berapi ni membentuk perahu yang terbalik.Kami sempat snap picas semasa on da way ke airport Jakarta.Tapi picas tu masih dalam camera.Mengikut sejarah dahulu ada seorang puteri yang sangat jelita  dan manja bernama Puteri Dayang Sumbi.Ketika baginda menenun kain, benang pintalannya telah terjatuh berulang kali, baginda terlalu geram kerana terpaksa turun dan mengambil benang tersebut.Setelah benangnya terjatuh untuk kesekian kalinya, puteri itu telah bersumpah barang siapa yang mengambil benang dan membawa kepadanya, dia akan berkahwin dengan pemuda tersebut.Tak semena2 datang seekor anjing (bernama Sumang) membawa benang pintalan kepadanya.Dayang Sumbi terpaksa mengotakan janjinya dan berkahwin dengan Sumang tersebut.Anjing tersebut merupakan anjing sumpahan.Jika ada perempuan yang sudi berkahwin dengan anjing tersebut, dia akan mejelma menjadi manusia tetapi akan bertukar ke bentuk asal sekiranya mereka mempunyai anak.Mereka akhirnya hidup bahagia.
Mereka dikurniakan seorang putera yang segak diberi nama Sangkuriang.Pada hari kelahiran Sangkuriang, Sumang telah berubah ke bentuk asalnya iaitu seekor anjing.Sumang amat setia menemani Sangkuriang ke mana sahaja.
Pada suatu hari Sangkuriang keluar memburu bersama Sumang, secara tidak sengaja sangkuriang telah terpanah Sumang lalu mati.Sangkuriang pulang ke rumah seorang diri dan menceritakan kepada ibunya bahawa Suamng telah mati, lalu ibunya (Dayang Sumbi) sangat murka dan membaling pinggan tepat ke dahi Sangkuriang dan meninggalkan kesan di dahi anaknya.Akibat tekanan dayang Sumbi tidak sedarkan diri, sementara itu Sangkuriang telah merajuk dan membawa diri.
Pada malamnya Dayang Sumbi mendapat mimpi dari suaminya supaya memakan pucuk2 kayu mana rasa yang tumbuh subur di persekitaran puncak gunung supaya Dayang Sumbi tetap jelita dan awet muda sentiasa.
Setelah beberapa tahun kemudian, Sangkuriang telah kembali ke kampung halamannya, lalu dia terpandang wanita yang sangat jelita iaitu ibunya sendiri.Sangkuriang telah jatuh cinta dan ingin mengahwini wanita tersebut.Dayang Sumbi merasakan pemuda tersebut ialah anaknya dengan melihat tanda parut di dahi Sangkuriang lalu menbuat helah supaya Sangkuriang terpaksa menyediakan sebuah tasik dan sebuah perahu dalam tempoh satu malam.Sekiranya gagal menyiapkan tasik dan perahu setelah kokokan ayam yang pertama, maka perkahwinan terpaksa dibatalkan.
Sangkuriang memiliki kiasa sakti dan meminta bantuan jin untuk meyiapkan semua permintaan wanita kesayangannya.dayang Sumbi pula memohon pertolongan dewa supaya kokokan ayam dipercepatkan.
Kokokan ayam mula kedengaran jam 2 pagi, Sangkuriang merasa dirinya ditipu lalu menjadi amat marah.Beliau telah menentang perahu tersebut hingga ke puncak gunung.Sangkuriang telah disumpah oleh ibinya.Lalu mereka berdua telah tenggelam ke dalam tasik.The End
Panjang lebar stori pasal lagenda ni kan? amacam best tak citer ni hehehe.Meh la layan Dayang Sumbang yang tak jelita kat bawah ni pulak wakaka.Ops lupa lak tiket masuk IDR50,000/person. Kete IDR15,000.Termasuk insuran sekali
 sapa2 pernah mai sini, mesti amek gambo kat sini kan..cam tempat wajib gitew..
 
 sejuk giler kat sini..angin punya kuat..macam terbang jer badan ni..ala2 angin topan tuh
 
 dok kat puncak sat saja..xtahan angin kuat sangat.Kami bergerak menuju ke Kawah Domas dengan ditemani oleh Guide/ranjer yang bertauliah.Bayaran yang dikenakan IDR300,000 utk sejam.
 Inilah dia pokok mana rasa/manarasa dipercayai boleh mengekalkan awet muda.
 
 makan yang kaler merah je taw..rasa dia masam2 kelat gitew.kalau bleh tanam kat umah..mmg wajah awet muda sentiasa...Kalau macam ni bungkus lah Safi Rania Gold kih3
 anggota delegasi...
 baru suku perjalanan ada lak org jual menda ni..ni batang pokok original taw..bukan lukis2 bagai.Nama pokok ni Batik Kukup (kalau xsilap la) pokok ni hanya dijumopai 20km dari kwsn pergunungan ni
 
 serpihan kayu ni boleh menghalau semut, lipas, cicak dsbgnya..
 
 Perjalanan kite masih jauh lagi.Jom teruskan perjalanan
 
 cantik kan? macam lukisan...bleh shooting filem Narnia III ni.
 
 separuh perjalanan ada lak yang meniaga air mineral, batu gunung gunung berapi, limpur utk spa
 rehat sat...dan menggigil kepala lutut ni..tapi seronok sangat menjamu mata..
 alamak..apa dah jadi ni..my laling tersepit kat celah pokok lak...eksen je tu..Pokok ni walaupun dah berlubang tapi masih hidup...
 yang putih tu lah Kawah Domas..nmpk x ada dot dot itam kat kawah tu?agak2 apa bendanya?
 meh close up sket..Oo..orang ramai yang dok berendam dalam air panas rupanya..sayup mata memandang
 unik betul perdu pokok ni..nmpk tak ada dua binatang kat sini..kepala monyet dan ular..
 
 Dah sampai ke Kawah Domas. Domas tu Domba Mas (kambing berwarna emas)
 tau tak apa menda ni? inilah alat yang ditanam untuk mengukur gegaran atau sebarang pergerakan bumi.Skala ritcher.
 Ingatkan dah sampai..rupanya kena jalan lagi sekt..tak sabar dah ni nak berkubang

 Yes..berjaya menjejakkan kaki di Kowah Domas
 sebelah sini tadak orang berkubang sebab cuma ada batu je..sekali tengok cam Gurun di Perth Australia dalam citer Atas nama Cinta tu hehehe
 sangat panas okeyyy..jangan sesekali nak main2 ngan air ni..nampak tu tengah menggelegak
 asap berkepul2..bleh rebus telut kat sini.rasa telur rebus dia lebih sedap dari yang dimasak kat umah..
 mama sibuk berkubang lupa dah nak snap gambo telur bagai...abah ngan tunggu massage lumpur kering.

Setelah selesai berkubang, kami sempat gak beli buah stoberi..hajat hati nak singgah gak kat ladang teh dan juga stoberi farm.Tengok kat pintu kuar tu ada org jual buah stoberi.Beli je la sbb ramai yg kata manis buah stoberi kat sini.Murah pulak tu 3paket cuma IDR50K. Memang tidak syak lagi..sangat manis okey.Sesapa yang datang ke sini haruss beli ya..

Tengok jam dah kol 3pm..perut terasa sangat lapar.Alas perut dulu ngan stoberi ni, sementara nak sampai ke kampung daun utk mencari makan.On da way sempat gak singgah makan buah durian...sedap jugak.tapi durian kat negara kite jauh lebih sedap...
 beli sebijik jerr cuma nak rasa jerr
 baby kusyuk tengok achik dok makan durian.Terliuq kot....Next n3 Kampung Daun lak...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...