Thursday, May 31, 2012

Ikan Lampam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..
Al-kisahnya my laling ni tingin nak makan ikan sungai la pulak..tetiba jer wat balik ikan sungai..ingatkan dah siang rupanya..belah perut jerr..kena haku operate ikan ni sekali lagi adoyai..

IKAN LAMPAM MASAK LEMAK CILI API
By : linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan Lampam(apa2 jenis ikan sungai pun bleh)
  • 4-5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji cili api (tumbuk)
  • sedikit serbuk kunyit
  • santan pekat (linapg gn 200 ml santan ayam brand)
  • Serai (dititik)
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa
  • 3 keping asam keping
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk, kacau hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan ikan kacau lagi..biarkan sebentar.Sesuaikan rasa.Tutup api
kalau ada tempoyak..sedap jugak ni

Tuesday, May 29, 2012

Agar-Agar Santan

Assalamualaikum..
Tetiba angin memuding mai..terhasil lah agar2 yang paling senang..taraaa..agar2 santan versi baru kaler pink..bosan la asyik kaler ijo ngan kaler koko..gula melaka..I like pink hehehe.Tadak apa spesel pun..boh sirap jer tuh hehehe

Ops sebelum tu nak wat promosi sket.Jemput singgah yea kawan2 ke butik maya saya (wat masa ni tadak kedai lagi hik3)Jom pakat singgah ke Malina Butik .Juga boleh add saya di http://www.facebook.com/malina.butik Sesiapa yang berminat dengan kain pasang sulam bunga timbul, sulam manik dari Indonesia, bolehlah jengah butik saya yea..yang penting sumanya 100% hand made dan original dari Bandung..harap mak long..Moh jamu mata ngan agar2 santan ni..

kaler tak berapa nak comey la plak..
close up sket bagi nmpk layer..


RESEPI AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10g
  • 3/4 cawan gula pasir
  • secubit garam
  • 1-2 titik esen rose
  • 4 cawan air
  • 200ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand)
  • sedikit sirap rose/kaler merah/pink
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama air, gula, dan esen hingga agar2 dan guladan agar2 hancur.
  2. Masukkan sirap rose/kaler merah
  3. Masukkan santan.Kacau hinggan mendidih.Tunggu sekejap.Pastu tutup api.
  4. Tuangkan ke dalam loyang/acuan kesukaan anda.Sejukkan sebentar.kemudian masukkan dalm esbok

Monday, May 28, 2012

Kuih Cek Mek Molek

Assalamualaikum...
Lama betul TMK tidak bersiaran..kemalasan betul nak update blog ni..petang2 ni layan kuih cek mek molek..molek jugak rasanya hehehe.Ni bukan n3 segar dari ladang yea..dah lama gak wat ni..Ubi keledek pun made in Cameron.Mulanya ingat nk makan camtu jerr..rupanya anak2 tak layan lak bi keledek rebus..sudahnya lenyek2 wat cek mek la ..jap jer licin.Ubi keledek ni saya kukus lagi sedap rasanya.Rajin boleh semak resepi2 terdahulu, tapi ari ni agak rajin CnP kat sini:
 picas snap ngan enpon jerr..malas nk amek kamera bagai..

KUIH CEK MEK MOLEK
By : linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan 

  • 3 cawan keledek lecek
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus.Lina pg kukus ubi keledek.Lagi sedap..
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3. Bulat2 adunan (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA

Friday, May 4, 2012

Tips Bercuti/Melancong Ke Bandung

Assalamualaikum...
Cuti sekolah akan bermula hujung bulan May ni, hmm..mungkin ada yang nak membawa anak2 bercuti ke Bandung/Jakarta.Untuk yang pestaim ke sana bolehlah membaca sedikit tips yang saya nak kongsikan ni.Bagi yang sudah terlalu biasa ngan Bandung sila abaikan n3 ini.
Percutian kami sekeluarga ke bandung sumanya diuruskan sendiri, kami langsung tidak meggunakan agen.So segala hal kena wat sendri la.Dari booking tiket flight, tempah hotel dan juga transport.Di bandung kalau transport tak cari/booking awal2..takutlah kena tipu kat sana nanti. So, lepas booking tiket flight, boleh kata tiap2 hari saya google cari info pasal hotel n transport.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami semasa berada di tempat orang. Sykur Alhamdulillah
Semoga apa yang saya kongsikan kat sini memberi manfaat kepada kalian suma.

TIPS BERCUTI/ELANCONG KE BANDUNG (MELALUI JAKARTA)

  • Tiket Flight - Kami masih lagi setia menggunakan khidmat Air Asia, untuk tarikh penerbangan bulan march, kami mula menempah tiket seawal bulan Disember lagi.Dapatlah harga murah sket.Tapi tidaklah murah sangat. Ada tips juga mengenai tiket ni. Dapat berjimat lagi
 

saya booking tiket pergi dan balik berasingan.Makna saya mempunya dua BOOKING No.Cuba perhati tiket pergi-balik harganya RM513.
TIKET sehala Pen-Jkt ialahRM329, TIKET BALIK JKT-PEN RM163 = RM492
RM513-RM492 = RM21
So, untuk satu tiket saya dapat berjimat sebanyak RM21,kalau untuk kami berlima saya dah save RM105.
Bagi kami amount tu banyak tu..bagi yang kaya raya tu,mayb tak kesah ngan duit sebanyak.Tapi rasanya kat Bandung RM105 dah banyak barang boleh shopping.

Airport tax - Jangan lupa untuk asingkan duit IDR150K setiap org utk bayaran departure airport tax Jakarta.kalau Bandung airport lain caj yea..Tax ni baby tak kena..it's free for babies.
lagi satu kalau korang bawa baby umur dah lebih 2tahun, contohnya 2 tahun 2bulan, korang hentam cakap kat pramugari tu umur <2tahun,kalau tidak nnt depa akan pow..rm50 kira duit kopi kat pramugari tu la huhuu.Tapi time kami pi ni maisarah belum cukup 2tahun lagi.Ada sorang pakcik (org Indonesia) yg suruh cakap umur <2tahun..Ooo camtu rupanya.Asyik mengepow je keje deme ni kan huhuhu.
  • Hotel - Ramai yang ke Bandung stail bag packer, bagi kami yang membawa anak2 ni agak tidak sesuai utk bag packer.Jadi hotel saya tempah terlebih dahulu. Kami menginap di Hotel Cemerlang .Hotel bertaraf 3*** 1/2.Hahaha ada gak setengah tu.Biliknya agak luas dan selesa.Ada bf percuma yang penting rasanya sedap hehehe. Kalau berminat nak stay kat hotel ni boleh contact depa kat SINI. Rate untuk satu malam ialah IDR438K (~RM155).Untuk buat tempahan saya cuma menghantar e-mail kepada pihak hotel.Di bandung lain pesen sket soket power supply hotel, cuma ada dua slot.Hotel lain saya xtau la pulak.So, jangan lupa beli socket Adapter.Rupa parasnya camni ya
 rupa paras soket hotel, cuma ada 2 lubang
socket adapter..barulah equipment kite bleh guna tempat cucuk ada 3 lubang

  • Transport - Kami memilih kenderaan jenis Kia Pregio yang berkapasiti 10pax.Selesa dan luas.Kalau pilih Avanza nnt barang2 shopping xtau nak letak mana lak.Kos sewa kereta ~RM1200 (4H3M).Termasuk perjalanan Jakarta-Bandung (2 hala) dan sepanjang kami berada di Bandung.Suma temasuk feul, tol, parking, driver meal. Rasanya cukup berbaloi.Jika ada yang berminat menggunakan khidmat JackTour boleh contact depa kat SINI .Mereka juga menyediakan pakej pelancongan kat Bandung tp saya hanya amek transport saja.
  • MAKANAN - Walaupun bercuti ke negara Islam yang senang nak dapatkan makanan halal, saya tetap membawa sedikit bekalan makanan.Tapi tidaklah membawa serunding bagai.Sekadar membawa megi cup, sedkit coklat dan sneakers.Bolehlah anak2 wat alas perut.Saya nasihatkan lebih baik makan di Restoran daripada makan kat gerai.Kalau makan di Restoran kemungkinan untuk di'kapor' adalah kurang sebab mereka akan memberi menu semasa membuat pesanan.Berbanding ngan gerai yang main hentam sebut jer depa jual apa.Lagipun harga makanan di Restoran tidaklah mahai..still can effort dan sedap.
  • UBAT-UBATAN - Saya seperti bercuti ke Beijing, bekalan ubatan seperti PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam baby mmg tak pernah saya tinggal.Cuma ada tambahan sket, kalau ke bandung jangan lupa bawa minyak angin.
  • TIPS - Di Bandung ni kite perlu sediakan duit kecil utk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupung cuma IDR2k, sudah cukup besar bagi mereka.
  • Hmm rasanya ini jelah yang nak saya kongsikan selebihnya tips lebih kurang sama dengan TIPS KE BEIJING/CHINA

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...