Tuesday, June 26, 2012

Kek Puding Roti Karamel

Assalamualaikum...
Terasa lama sangat tak membaking, entah napelah mood membaking makin merudum.kalau memuding tu ada gaklah mood sekali sekala mai hehehe.Kira kali ni wat dessert 2 in 1, Puding dan kek.Kek karamel ni mmg cukup femes seantero maya ni.Ramai yang wat bisnes ngan kek ni.kali ni wat versi sedikit menderhaka (tanpa niat sebenarnya)Memandangkan stok telur tak banyak tapi nak karamel tu tebal sket.Saya cilok resepi Puding Roti Karamel kak rosaliza dengan sedikit olahan dapatlah karamel yg tebal.Baru puas makan
ada yang teringin tak???

RESEPI KEK PUDING ROTI KARAMEL
By : Munira 
sumber I: kak rosaliza
sumber II: linapg

BAHAN - BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
(Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok

Monday, June 25, 2012

Bubur Lemak Udang

Assalamualaikum...
Pekaba suma? Ada yang tak bape sihat ke? Kalau tak sihat cepat2 jumpa doktor, jangan lupa makan ubat ya.Cuaca yang panas dan berjerubu ni membuat ramai yang kurang sihat.Hmm ari ni tayang menu bubur nasi (menu orang sakit ni hihihi) Ekceli tadak sapa yang tak sihat pun kat umah ni.Alhamdulillah...cuma tearasa lama sangat tak menikmati keenakan bubur lemak kak fida ni.Seingat saya dan berzaman buat resepi.Time berjinak2 ngan myR dulu...masa ngah rajin mencube resepi baru hik3..
picas namapk bodoh2 jer..sbb tadak aksesori..tp rasa menten sedap...dak maisarah makan abes semangkuk ni taw..

RESEPI BUBUR LEMAK UDANG
sharing : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 2 cwn beras
  • 1/2 kilo udang - kupas kulit dan bersihkan
  • 1 cwn santan(linapg gn susu cair)
  • 6-10 ulas bawang kecil *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 hiris halia *
  • 2 batang serai - dititik
  • minyak utk menumis
  • daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk tabur(linapg xboh tadak stok)
  • garam secukup rasa(linapg gn kiub ikan bilis)
  • sedikit lada putih serbuk (linapg tmbh sket serbuk lada itam)

Cara-cara

  1. Beras dimasak dgn secukup air hingga menjadi bubur.
  2. Kisar bahan2 *
  3. Dalam periuk yg berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan juga santan dan sedikit air lagi. Masak hingga mendidih.
  5. Tuang campuran santan dan udang ke dlm bubur nasi dan tambah garam dan lada putih serbuk secukup rasa,gaul hingga rata dan sebati dan masak hingga mendidih sekali lagi.
  6. Hidangkan bubur dan tabur dgn bahan2 taburan.

Thursday, June 21, 2012

Bayam Tumis

Assalamualaikum...
Bayam merupakan sayur yang palin laku kat umah ni..anak2 pun suka makan sayur bayam..nak2 pulak yang masak lemak camni.Paling best si kecil Maisarah jugak makan..dia mkana nasi ngan kuah jerr lauk xmo dah kalau wat sayur ni hehehe.
sedap ni tambah lak boh udang byk2..
RESEPI BAYAM TUMIS
sharing : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 300 g sayur bayam - dibersihkan dan potong kecil
  • 2 cawan santan - (linapg gn 200ml santan kotak ayam brand)
  • 2 batang cili hijau
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 1 sk jintan manis
  • sedikit kunyit hidup (linapg xboh)
  • 1 sb udang kering
  • 100 g udang hidup - dibuang kulit
  • garam secukup rasa(linapg gn 1 kiub ikan bilis)
  • sedikit minyak masak - untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumbuk cili hijau,bawang merah,kunyit,jintan dan udang kering tetapi jangan halus sangat.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga terbit bau lalu masukkan udang hidup,kacau rata dan masukkan pula santan dan garam secukup rasa.Kacau.
  3. Apabila santan mula mendidih,masukkan sayur bayam dan masak sayur hingga lembut.
  4. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas.

Wednesday, June 20, 2012

Monday, June 18, 2012

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum...
Agak lama jugak tak masak kari kepala ikan..sekali sekala layan kari kepala ikan ni memang sedap.Tambah lak bergandingan ngan ayam goreng berempah dan sambal belacan hasil 'tumbukka' adik bongsuku ezyra hehehe.Menu ni suma kalau makan ngan nasi kukus mmg sedap tak hengattt..memandangkan tiada kerajinan..layan ngan nasi tanak aje hahaha.
sedap taw kari kepala ikan..tambah lak yang tanpa santan camni..

KARI KEPALA IKAN
By : linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan:
  • 2 ketul kepala ikan jenahak  (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak 
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa 
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan hamba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Tuesday, June 12, 2012

Si Kecilku

cam nak makan jer bunga tuu
hahaha memang beriya sungguh dia nak makan
tengok tu dok sekodeng apa pulak dalam longkang..nak jadi Engineer Indah Water ke?
oo..cek tengok ada air ke tak? apa lagi line clear..kite masukkkk
ni lak pas kena marah ngan mama sbb masuk longkang..muka toya jerr
jelin2 tengok apa ntah
getus2 daun teh..jenuh dok hambat dalam ladang teh..dak la tuan tu kecik jerr
senyum nakal tu..Masarah ngan Ucunya yang rajin melayan..

Saturday, June 9, 2012

Family Gathering@CH

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu terakhir sebelum anak2 mula bersekolah.Ada yang mengambil kesempatan membawa anak2 bersiar2 di penghujung cuti sekolah.Cuti-Cuti Malaysia ke Cameron Highland sempena family gathering mmg sangat seronok verkumpul ramai2, makan2, chit-chat..jalan2 cuci mata hehehe.Kami kat CH ni 2D1D jerr.Dah makan malam kami semua ditaja olek kak rosaliza. Best adik2 suma pakat2 tulun makan jer..Mmg manja tul adik2 kak rosaliza ni hehehe.Thanks ya kakakku cayang..sedap menu malam tu..budak2 kecik makan laju jerr.
Picas dalam n3 ni tidak mengikut turutan main hantam jerr..Ladang teh pun sebenarnya dua ladang yang berbeza.Cameron Bharat hala ke Tapaj n Bharat hala ke Simpang Pulai.Tapi combine jerr


me and my laling.Ala-ala hani mun tuh..Cameron Bharat Simpang Pulai
adik-adikku ezzyra, ayunalisa , alla dan yang last tu..saya le..
abang long dan kakak..muka poyo jerr..keletihan sbb makan jem kat Brincahng
ayu sekeluarga
budak2 pantang jupe play ground mesti nak singgah punya
alisha cayang awat ni..termenung jauh jerr
 sememtara melayan anak2 main..mak2 dara posing dulu ahaks
 Maisarah dan Amani..anak kembarku @Mardi
Tu bukan buah epal Mia cayang..buah tomato tuuu. Mia geram tengok tomato gomok2 suma
penat meronda dalam mardi..rehat jap
kite minum dulu
3 dara pingitan
sedapnya eskrim stoberi
apa la yg dua beradik ni dok sembang..seriyes jer muka kak rosa tu
ye..kami ahli kelab kolget hihihi..gelakkan apa tu..
teruan idaman malaya..along ke mana ntah time ni
kami bermalam kat sinii..ala-ala penyambut tetamu gitew..

Wednesday, June 6, 2012

Nugget Maggi@Nugget Mi Segera

Assalamualaikum...
Cuti sekolah ni anak2 asyik lapar jer..sampai kering idea dah nk wat apa untuk minum petang.Tengok kat dapur ada maggi 2 bungkus, terus teringat resepi yang diberi oleh kawan lama masa bujang dulu.Dalam ingat2 lupa tu wat eksperimen nugget megi.Alhamdulillah anak2 ngan abah suka ngan menu ringkas ni.
 sedap cicah ngan sos cili dan mayonis
 setengah saya golek ngan oat

RESEPI : NUGGET MAGGI@NUGGET MI SEGERA

Bahan-Bahan:
  • 2 paket maggi/mi segera (bersama perencah)
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur (pukul manja2)
  • Sedikit oat/bread crump
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Masak maggie bersama 3 cawan air dan perencahnya.Masak hingga air kering (macam masak nasi).Maggie jgn patah2kan..masuk camtu jerr
  2. Setelah air kering, tuangkan maggie ke dalam bekas (anggaran ketebalan 1inci mcm dalam gambar).Tekan2 sedikit supaya padat.
  3. Masukkan dalam freezer supaya membeku.Senang nak potong petak2
  4. Setelah beku.Potong kecil2 macam saiz nugget tu.
  5. Celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
  6. Golek-golekkan ke dalam oat/bread crump dah digoreng dalam minyak (deep fry)
  7. Selamat Mencuba ;)
Note: kalau takmo golek dalam bread crump, boleh terus goreng setelah celup ke dalam telur



Monday, June 4, 2012

Puding Sagu Pelangi@Sago Pearl Pudding

Assalamualaikum...
Lama sungguh rasanya tak wat puding yang menguji skil.Tangan pun dah keras kejung..ke laut lah hasilnya...Sambil dok belek2 bahan2 dalam gobok (belek sebab nak buang rasanya banyak yg dah exoired huhuhu) tetiba ternampak sagu kecil ada lagi sagu ni..stok agar2 memang sentiasa ada kat uamh..godek2 la buat puding sagu pelangi ni.Dalam mood wat puding ni kemalasan tu tetap ada huhu..kali ni wat tadak sukat2 adunan bagai..main tuang dalam mangkuk agak2 jer..tu yang hasil  jadi 8 lapisan..pastu ketebalan setiap layer sesedap rasa hahaha..Meh la layan picas..ari ni rajin sket snap ngan kamera..

 
posing cam biasa..penuh disiplin beratur bongkah puding ni
kaler pink menten layer paling atas..suka sangat kaler pink
ala-ala kuih lapis gitew

PUDING SAGU PELANGI@SAGO PEARL PUDDING
Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir 
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 tin susu cair 
  • 200 ml santan pekat (lina pg gn ayam brand)
  • 4 jenis pewarna kegemaran
  • secubit garam


Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula, santan dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...


NOTE:
Untuk setiap lapisan lina pg masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...