Tuesday, July 31, 2012

Gulai Udang Bersama Nenas

Assalamualaikum...
Menu udang tak pernah ketiggalan, kalau bulan posa mesti ada sekali wat gulai udang.Ni memang peberet Nisa.Abanglong ak kisah main makan jerr tanpa sebarang bantahan.Cuma kali ni saya leak nenas.Memang sedap
udang ngan nenas jer..tadak aksesori lain dah hahaha

RESEPI GULAI UDANG BERSAMA NENAS
By: linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo udang size XXL
  • Sebiji nenas (kupas kulit potong kecik dan celur sekejap)
  • 1 paket rempah kari udang/ikan (jadikan pes)
  • 4-5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (halia)
  • 2 asam keping
  • 200 ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand)
  • Air
  • Minyak
  • Garam & gula.perasa
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan pes kari, tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, gaul rata dengan rempah kari.Masukkan santan dan tambah air mengikut kuah yang dikehendaki.
  3. Masukkan garam dan gula/perasa dan asam keping.Masukkan juga nenas.
  4. Kacau selalu supaya kuah tidak berketul hingga udang masak.Tutup api.

Monday, July 30, 2012

BlackCurrent & Laici

Assalamualaikum...
Hmm..sedapnya air blackcurrent ngan laici..Sabar sat nooo..jap lagi baru buka posa
Nak resepi gak ke?korang bncuh stu jug air blackcurrent pastu tuang setin laici..taraaaa dah siap

Sunday, July 29, 2012

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah semiggu lebih kite semua menjalani ibadah puasa.Begitu cepat masa berlalu.Bagamana dengan persiapan menyambu lebaran?baju anak2 dah ready ke?Kam bercadang jap lagi pi shopping jap cari baju budak2.
Hmm..berbalik pada n3 ari ni, Siakap Tiga Rasa ni kes tergoda ngan kak rosa n kak zila yang anto repot kat myR.Kemarin dengan semangat waja gi la Teso cari ikan siakap.Seb baik ada yang bersaiz kecil.Kalau suma besar gedabak, pakai xmuat la kuali cheq..bukan takut xabes hahaha.Resepi ni saya dah kongsikan kat dapur myR boleh rujuk kat sana atau kat blog TMK ni
kali saya tumbuk sbb ada asistan kecik yang rajin menolong..n tambah sket hiris nenas

SIAKAP TIGA RASA
sumber: linapg.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • Sedikit hirisan nenas
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA

Friday, July 27, 2012

Kari Ikan Susu

Assalamualaikum...TMK ni tdak lain eh..syik2 masak2 kar jerr.Bukan aa,senang bleh simpan sahur sekali.Kalau masak  goreng xsedap lak kala panaskan.Takmo bebel panjang meh tengok pic n semak resepi.
isi ikan susu ni manis dan sedap tapi ada tulang halus cam tulang ikan terubuk.Kalau makan ken hati2 takut tercekik

KARI IKAN SUSU
By : linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan:
  • 1 ekor ikan susu (500g)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak 
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa 
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan  ikan,biar mereneh sebentar.
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Wednesday, July 25, 2012

Sayur Labu Air

Assalamualaikum..
Hari ni wat tayangan menu sahur yang sangat ringkas dan menyelerakan.Hirup kuah panas2 memang sangat sedap.Resepi saya amek dari kawan baik saya.Selalunya labu air saya wat sayur air jer, yang kaler sup tu.his time ada kaler merah2 sket.Laling kata sedap n anak2 pun suka.
pic ni saya snap ngan enpon jer..maklum le nak cepat sahur la katakan..
RESEPI SAYUR LABU AIR
by: linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 1 biji labu air (linapg gn saiz kecil jer)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (rendam jap ngan air panas spy kembang-tumbuk)
  • 1 sd cili giling
  • Sedikit serbuk lada hitam  (kasar)
  • sedikit karot
  • 1 batang celeri (xboh pun xpe)
  • 1 kiub ikan bilis/garam&gula(perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan kiub ikan bilis dan serbuk lada hitam .Masukkan labu air, karot dan celeri
  4. Tunggu hingga labu empuk.Sesuaikan rasa.Tutup api

Tuesday, July 24, 2012

Puding Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum
Enti pertama di bulan Ramadhan.Di kesempatan in saya nak ucapkan selamat menjalani ibdah puasa buat semua pengunjung TMK.Sebenarnya agak kebizian sket ngan urusan seharian.Hari ini buka blog tengk visitor wow..surprised ..ramai jugak, tu yang semangat nak hapdet hehehe pastu follower pun dah mencecah 1000 org.Terima kasih semua atas sokongan kalian.
Puding Sagu Gula Melaka ni saya buat masa first day puasa, ni pun atas permintaan kakak, dia suka sangat makan puding sagu ni.Resepi masih yang sama
this time malas sket..wat satu kaler jer.
RESEPI: PUDING SAGU GULA MELAKA
By: linapg.blogspot.com

Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu nertukar jernih.tutp api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
  Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemidian tapis
Untuk menghidang:
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.

Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Thursday, July 19, 2012

Egg Benedict & Tomato Salsa


Assalamualaikum...
Menu bekpas omputih, simple tapi mengenyangkan.Kali ni masih lagi stick ngan tomato salsa.Memang sedap.Kalau nak tengok versi yang terdahulu, sila klik kat SINI
cam biasa..yg ada sayur n mama ngan abah punya

RESEPI EGG BENEDICT AND TOMATO SALSA
by: zurin myR
sumber II: hana
kongsi bersama: linapg


Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked 
  • sedikit lada sulah (linapg tambah)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam (xboh - ltak siket kicap time nk mkn)
  • sedikit oregano
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
RESEPI TOMATO SALSA
Bahan-bahan
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 biji timun - potong dadu (xboh)
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • chili pepper jalapenno@serrano - potong dadu - (hana tk ltk,linapg pun xboh)
  • Daun ketumbar - cincang
  • Jus lemon (linapg gn limau kasturi)
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • Minyak zaitun - yg nih hana tambah
Cara-cara 
Campurkan semua bahan. Hidangkan bersama roti, taco, steak atau sebagainya.

Tuesday, July 17, 2012

Pavlova

Assalamualaikum
Percubaan pertama membuat pavlova.Hasilnya kira booleh lah..bagi yang masih amatur kui..kui..Walaupn rupa tidaklah seindah namanya, tapiiiiii rasanya mmg sedap..Lembut dan sedikit rangup kat luar..ada rasa manis, masam2 buah2an segar.Memang mabeles.Kalau ada yang berminat nak cuba dipersilakan..
sooo..yummyyy
RESEPI PAVLOVA
By: CahayaCinta
sumber :linapg.blogspot.com 
Bahan-Bahan: 
  • 4 biji putih telur gred A (pada suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk cuka makan (atau jus lemon)
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sb tepung jagung
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 20min.Tapi time nak bako turukan ke suhu 120 dajah celcius (depend pada suhu oven masing2)
  2. Dengan kelajuan tinggi ( linapg gn speed turbo) pukul putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kental/bertanduk (jika diterbalikkan mangkuk adunan tidak tumpah)
  3. Bila adunan kental,masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil putar hingga sebati (putar dalam 3min) stop mixer
  4. Masukkan cuka dan esen vanila, adun mengguakan spatula secara kaub balik.Kacau dengan lemah lembut jer.Kacau sehala jer taw.
  5. Sediakan dulang pembakar, lapik dengan baking paper.Masukkan adunan tadi.(linapg main hentam wat bulat.Ketebalan tu agak2 sendiri la ye.Dalam 2 ruas jari tu.Boleh refer kat link atas tu.
  6. Masukkan ke dalam oven (letak kat rak tengah).Bako selama 1 jam 15min.Linapg bako dgn suhu 120 degree celcius untuk stgh jam pertama, selebihnya gn suhu 110 darjah celcius jer hingga golden brown.Cuak gak la..jap2 jengok takut rentung hihihi..Tapi jgn lak ngengada pi buka pntu oven.Tap pasal2 penyek jadi telur dadar
  7. Dah siap masak.nampak garing kat luar dan bla ditekan2 lembut kat tengah
Cream (Topping)
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan whipped cream
  • 1 sb gula kastor
  • Buah-buahan segar (buah masam2 taw stoberi, blueberi)
Cara-Cara:
    1. Pukul cream dan gula hingga kental (anggaran 15min)
    Note:
    Linapg gn whipped cream yang dah siap tu.Bias org jual ice blended.Senang kije wakaka

    Wednesday, July 11, 2012

    Sup Ayam Hadnyai

    Assalamualaikum...
    Sedapnya hirup sup ni..terasa segala rempah ratus kat dalam tuh.Ekceli kuah sup hatnyai ni agak pekat.Tp disebabkan saya snap time panas2 lagi nampak cam cair jerr.Bila sejuk kuah jadi likat siket.Lagiiii sedap.

    RESEPI SUP AYAM HADNYAI
    By : pyhonda (myR)
    sharing: linapg.blogspot.com

    Bahan-bahan ( 3 orang makan )
    • Sebelah ayam dipotong-potong
    • 3 ulas Bawang putih
    • 5 ulas bawang merah
    • 5 biji cili padi (linapg ketuk manja2 jer)
    • 4 cm halia ditumbuk lumat.
    • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya (linapg gn 3hiris jer)
    • 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan
    • 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat (linapg gn serbuk ketumbar 2sb)
    • 1 sudu kecil jintan manis(linapg gn serbuk jintan manis 1sk)
    • 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk sehingga lumat (linapg gn serbuk jintan putih 1sk)
    • 2 biji bunga lawang (linapg boh 1 jer)
    • 5 biji buah pelaga (linapg gn sebiji jer)
    • 3 ketul kayu manis (linapg gn sebatang jer)
    • 3 kuntum bunga cengkih(linapg xboh)
    • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri 
    • Karot dan kentang (linapg tambah)

    Cara-cara

    1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
    2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
    3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
    4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
    5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

    Wednesday, July 4, 2012

    WW: Kek Kurma

    Assalamualaikum...
     terpadat sket sbb kurang baking powder
    KEK KURMA:
    sharing : linapg.blogspot.com

    Bahan - Bahan:
    • 2 cawan tepung gandum (*)
    • 3/4 cawan gula (linapg gn gula perang)
    • 1 cawan kurma buang biji
    • sedikit garam (linapg xboh)
    • 1 sudu teh paras baking powder (linapg boh sket jer sbb abes stok)(*)
    • 1 sudu teh paras soda bikabonat (*)
    • 1 sudu teh ovellate
    • 1/2 cawan susu cair
    • 1 sk esen vanila
    • 3/4 cawan minyak masak (linapg gn butter cair)
    • 3 biji telur
    Cara- caranya
    1. Blenderkan kesemua bahan2 diatas hingga gebu . ( akk guna food prosseser ) kemudian bakar lebih kurang 40 ke 45 minit..kalo mengguna tin pembakar dapur gas tu. Kalo oven tak pasti pulak
    Methode linapg:
    1. Ayak bahan bertanda (*)
    2. Buah kurma, telur, esen vanila, ovellete,susu cair disatukan dan blend hingga gebu
    3. Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung gandum dan butter cair secara berselang seli kaedah kaup balik.
    4. Tuangkan ke dalam loyang yg disapukan dengan mentega/minyka
    5. bakar dalam oven suhu 150 darjah Celcius selama 40 minit.Bergantung kepada oven masing2
     


    Monday, July 2, 2012

    Gulai Ayam@Kari Ayam

    Assalamualaikum...
    Menu peberet anak2..kalau masak ayam mesti laju jer depa makan, tak kiralah menu masakan apa sekali pun.Gulai ayam ni, kalau dipanaskan lagi sedap.Ada belen kuah bolehlah buat cicah ngan roti pulak.
    seeedapppp

    RESEPI GULAI AYAM@KARI AYAM
    By: linapg.blogspot.com

    Bahan - Bahan:
    • setengah ekor ayam (linapg potong kecik2)
    • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
    • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
    • 1cm halia (tumbuk)
    • 1 batang serai (ketuk)
    • 1 kotak santan pekat 200ml
    • 1 paket rempah kari daging (jadikan pes)
    • Rempah 4 beradik
    • Asam keping
    • minyak utk menumis
    • Air secekupnya

    CARA2
    1. Tumiskan rempah 4 beradik dan serai hingga wangi.Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing.
    2. Masukkan pes rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
    3. Masukkan ayam, gaul sebati hingga keluar jus ayam. Masukkan sedikt air (agak2 paras ayam)
    4. Masukkan juga asam keping, garam dan perasa
    5. Apabila ayam agak2 sudah empuk, masukkan santan.Tambah air jika nak lebih kuah.
    6. Kacau selalu hingga kuah mendidih.Sesuaikan rasa, tutup api

    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...