Monday, August 13, 2012

Puding Tembikai

Assalamualaikum...
Salam sairan kawan2 ku semua.Sekarang kita telah berada di minggu terakhir ramadan.Terasa bergitu cepat masa berlalu.Bagaimana dengan persiapan?sudah beres semuanya.Bagi kami sekeluarga hampir selesai.Baju raya anak2 telah pun sedia.Cuma belum packing untuk balik kampun.Agak bizi sedikit dengan tempahan kek karamel.Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.Minta maaf banyak2 sebab ada yang terpaksa saya tolak kerana faktor masa yg tidak mengizinkan...
Berbalik pada n3 hari ni rasanya dah setahun lebih saya tak buat puding tembikai.Rasanya sangat sedap dan sesuai sebagai juadah berbuka puasa.Kalau ada yang nak buat dessert di pagi raya rasanya mmg kena dan cantik untuk hidangan meja makan..Kalau nak tengok olahan saya yang pertama, sila klik SINI
kali ni saya letak cincau...nampak menarik sket compare yg seedless hehehe

PUDING TEMBIKAI
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10 gram
  • 3 keping roti gardenia *
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil
  • sedikit pewarna ijo/merah 
  • sedikit cincau (potong kiub kecil2)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis dan telur.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah(yg dicamur dgn cincau dipotog kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

Saturday, August 11, 2012

Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley & Petai

Assalamualaikum...
Minta maaf banyak2 kepada pengunjung Dapur TMK sebab beberapa hari ni tidak bersiaran.Kesuntukan masa membataskan untuk berblogging.Bukannya bzi mengukis pun, tahun rasanya tak sempat nak ngukis.Kalau ada yang berminat ngan biskut silalah selongkar LABEL BISKUT .Bukan lah resepi hebat mana pun..kalau ada yang beminat silalah cuba
N3 ari ni merupakan siaran ulangan palig kerap sekali.Kadang2 tak amek gambo sbb terlalu kerp masak ayam kicap pedas madu karipoley/karipulai/daun kari ni.Sedap sangat dan semua suka.Cuma kali ni saya menggunakan boneless iaitu bahagian dada ada yang dipotong kecil2 dan campak sedikit petai yang hampir monopouse hahaha.Hasilnya memang mabeles.Kak rosa mesti suka ni sbb guna dada ayam.Psstt..kakak kite kalau ayam cuma makan bahagian dada jer.Part lain tu xmakan.(Syyy..jgn bagitau kat dia tau..ni rahsia).
simple but tasty...trust me
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI@DAUN KARI

BAHAN BAHAN
  • 3 keping dada ayam (potong kecil-kecil)
  • 1sudu besar tepung jagung
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 biji tomao ceri
  • Sedikit petai
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Taburkan tepung jagung sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2kan.
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar dan petai.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, August 8, 2012

Rosemery

Assalamualaikum . . .
Inilah rupa paras daun rosemery segar dari ladang ngeh ngeh.Saya beli rosemery fresh ni kat Tesco Extra (Sg.Dua).1 paket kecik harga RM1.70 (kalau tak salah) Tapi yg kering tu mahal la pulak..Kalau tak salah RM8.90 sebotol.Penggunaan rosemery ni menambahkan lagi aroma masakan barat..
 kalau tak jumpa yang fresh gn yg kering pun ok jugak

Tuesday, August 7, 2012

Ayam Rosemery Grill Madu

Assalamualaikum...
Ayam Rosemery ni saya buat untuk berbuka petang kemarin.Ekceli saya gunakan resepi ayam grill madu yang pernah -3 kali buat sebelum ni.Cuma kali ni ada tambahan rosemery.Saya gunakan daun rosemery segar dan guna sedikit yg kering (dalam botol).Hasilnya memang sedap.My laling ratah lauk jerr.Ayam saya perap semalaman lagi lah best..Bila perap lama jus ayam akan keluar dalam bekas marinate tu, saya panaskan atas api dan tambah mushroom soup packet(ready tu) kacau hingga kuah pekat. Pergggg memang sedap.Ala-Ala Kenny Rogers..
pic kucar-kacir sbb ayam masak kol 7.25pm..snap lebih kurang jer

AYAM ROSEMERY GRILL MADU
By :Choppy myR

  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Sedikit olive oil 
  • 2 tangkai daun rosemery (cincang)
  • sedikit rosemery kering
  • Kentang dan Karot

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih (sy perap semalaman).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
  3. saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
  4. Sapukan sedikit air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.(Selebihnya saya kacau hingga pekat-jadikan kuah)
  5. Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.

Sunday, August 5, 2012

Agar-Agar Santan

Assalamualaikum semua...
Agar-agar santan ni boleh dikatakan menu wajib bagi kami setiap kali Ramadhan.Salah satu sebabnya ialah sangat senang dan cepat disediakan.Lagipun semua suka agar2 santan.Masih mengekalkan versi agar-agar santan yg tidak menggunakan telur.Ekceli dah banyak kali sangat wat.Boleh tengok kat n3 terdahulu.Tapi rajin sket tepek ak rcp kat sini hihhi
ternipis sket lapisan santan..Rasa menten sedap..lemak manis
xtau la nape cam sakit mata jerrr tengok picas ni..huh layan jer la..

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10g
  • 1 ketul gula nipah
  • 4-5 sb gula
  • secubit garam
  • 2-3 helai daun pandan simpul
  • 4 cawan air
  • 200ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama air, gula nipah dan daun pandan hingga agar2 dan gula nipah hancur.
  2. Tambah gula putih, tunggu hingga gula hancur
  3. Masukkan santan.Kacau hinggan mendidih.Tunggu sekejap.Pastu tutup api.
  4. Tapiskan ke dalam loyang.Sejukkan sebentar.kemudian masukkan dalm esbok

Saturday, August 4, 2012

Udang Goreng Berempah Cajun

Assalamualaikum...
Resepi ringkas tetapi berjaya memikat hati anak2 n my laling.Ini dikatakan resepi xpress main campak jer..Hantam sajalah mana yg sempat.Kalau tak sempat msak, hmmm beli je lah jawabnya.Hari2 lauk beli boringlah jugak...
Ni bukan menu sahur sat2 ya.Kala tak silap 2-3 ari lepas kot.Meh la semak resepi kot2 da yg berminat nak wat juadah berbuka peag nanti.
 disebabkan resepi bodoh2 jer..kite pose dalam taman supaya udang ni nampak 'handsome' sket hihi
RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH CAJUN
By :Linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 200gram udang 
  • 1 sk rempah cajun
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • Tomato ceri
  • Daun kari
  • Garam & kunyit
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Perapkan udang dengan garam kunyit dan rempah cajun (15-20min jerr sbb nk cepat)
  2. Tumiskann bawang besar bersama daun kari hingga bawang sedikit layu dan daun kari wangi
  3. Masukkan udang, goreng sekejap.
  4. Kemudian masukkan cili merah,cili hijau dan tomato.Kacau sekejap.Tutup api

Wednesday, August 1, 2012

Ayam Masak Cendawan

Assalamualaikum...
Gara-gara menonton Ketuk-Ketuk Ramadan terberkenan lak ngan rcp Angah RL ni.So godek2 la ayam masak cendawan.Ekceli resepi main hentam jer tak sebijik cam dalam tv.Hasilnya memang sedap.
gambar kucar-kacir sket sbb nak cepat, main snap jerr
RESEPI AYAM MASAK CENDAWAN
Ketuk-Ketuk Ramdan
sumber:linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 400g dada ayam (anggaran 3ketul)
  • Cendawan butang (belah 2)
  • Capsicum
  • Karot
  • Daun Kari
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (mayang kasar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Tomato ceri
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb tepung jagung
  • Garam Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ayam dpotong dadu.Perasakan dengan garam kunyit.Taburkan tepung jagung.Goreng 3/4 masak.Kemudian ketepikan
  2. Tumiskan daun kari, halia,bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan cili giling tumis lagi
  3. Masukkan sos tiram ke dalam tumisan tadi.Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul mesra.Masukkan air jika perlu
  4. Masukkan cendawan butang, capsicum, cili merah, tomato ceri dan bawang besar.Kacau sebentar
  5. Akhir sekali masukkan susu cair.Jika ingin berkuah lebihkan susu cair.Kacau sekejap.Tutup api

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...