Sunday, September 30, 2012

Sotong Masak Serai

Assalamualaikum...
Bila cuaca sejuk..tekak terasa nak hirup sesuatu yang panas..Tengok dalam esbok masih ada sutun.Hmm kalau wat yg berkuah sket mesti sedap rather than masak sambal tumis.Otak dah jem ni xtau nak masak apa..Kira nak cepat jerr.Tengok ada serai..godek2 la wat Sutun masak serai ni.Selaluny sotong serai ni kaler putih jernih jerr, kali ni boh cili giling nmpk enarik sket dan ada unsur2  pedas manja gitew ahaks..

SOTONG MASAK SERAI
by : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor sotong size besar (~450g)
  • 2 ulas bwg merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb cili giling
  • 1 kiub ikan bilis
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Tumis bahan yg dihiris bersama serai hingga wangi, masukkan cili giling.Tumis sekejap lagi
  2. Masukkan air (ikut suka nak kuah byk mana)
  3. Biarkan kuah mendidih.Masukkan sotong dn kiub ikan bilis.Masak jap jer.
  4. Sesuaikan rasa.Tutup api.Tara dah siap

Saturday, September 29, 2012

Persediaan, Panduan Dan Tips Melancong/Bercuti Ke Beijing/China

Assalamualaikum... 
Sedikit update mengenai pakej pelancongan ke Beijing untuk dikongsikan bersama.Di harap dapat membantu kepada yg mneghantar e-mail kepada saya.Minta maaf sbb lambat dapat memenuhi permintaan kalian.Saya bukan agen pelancongan.Sekadar berkongsi pengalaman...peace..
Cuti sekolah telah bermula, ada yang ingin membawa keluarga bercuti ke luar negara. Kat sini saya nak kongsikan sedikit tips dan panduan sebagai persediaan untuk sesiapa yang ingin melancong ke Beijing/China.Ini berdasarkan pengalaman dan juga persediaan yang telah saya lakukan semasa bercuti di Beijing hujung musim luruh.Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

PERSEDIAAN, PANDUAN DAN TIPS UNTUK BERCUTI/MELANCONG KE BEIJING/CHINA
  • TIKET FLIGHT - Satu kemestian, mesti ada tiket flight, kalau tadak tiket camana nak naik kapal terbang kan?Saya menggunakan khidmat  AirAsia X.Selalunya kalau booking awal dapatlah harga murah sket.So kenalah rajin skodeng web site AA ok.
  • VISA - Untuk ke negara Tembok Besar ni, memerlukan Visa.Kalau travel sndri kenalah apply Visa sekurang2nya 2minggu lebih awal dari tarikh penerbangan.Saya gunakan agent, so suma tu agent yang uruskan.
  •  LONGJOHN - Cuaca di negara China sangat tidak menentu, dalam sehari suhu boleh berubah2 dgn sgt drastik.Sebagai persediaan kami membeli longjohn sepasang seorang.Mungkin ada yang mengatakan ianya membazir sbb bukan musim sejuk.Tapi apa salahnya menyediakan payung sebelum hujan.Takut pulak kami anak beranak kesejukkan kat negara orang.Percaturan kami adalah tepat, mmg sangat sejuk kat sna. LongJohn yang kami beli ni 3layer, wool material sangat selesa. Sesuai untuk suhu -25 hingga 5 degree celcius.Ada macam jenis, pilih saja ikut citarasa memasing.Boleh beli di Universal Traveller.Kat kotak pun dah nampak kan..
 
  • PAKAIAN -  Kami tidak membeli/membawa Winter Coat. So kena pakai baju berlapis2 baru rasa selesa. LongJohn, Baju dan sweater. Untuk Maisarah kena xtra care sbb dia tadak longjohn..so kami belikan sweater, topi, sarung tangan dan juga mapla. Stokin pun yang tebal.Sian takut tak tahan sejukk.
 sweater pink dan topi ni beli kat Universal Traveller (UT) Queensbay Mall, sarung tangan lak beli kat (Winter Time) WT Qb Mall gak
 
 tutup kepala aka topi, mafla(kain lilit kat leher) sarung tgn dan stokin ni suma beli kat SoXWorld Qbay mall.
  • STOKIN -  Sentiasa memakai stokin, yang terbaik ialah stokin bulu kambing.
 
  • KASUT -  Cuca Beijing sangat sejuk, mesti pakai kasut bertutup atau sport shoes untuk mengelakkan kaki daripada cramp. Tambahan pula di Beijing kena selalu jalan kaki, so kasut mestilah selesa utk berjalan kaki dengan jaraj yang jauh.
  • MAKANAN - Bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding , biskut , meggie cup dll.Ini boleh dijadikan kudapan semasa kat sana.Cuaca yang sejuk menyebabkan perut cepat lapar.Mana nak cari kedai2 tepi jalan yang menjual makanan halal kat sana. 
serunding ni kami pack kecik supaya senang untuk di bawa.Dah abes makan terus buang palstik tuh.Kalau boh dalam tupperware bagai, malas lak nk angkut balik bekas tuh..Biasalah org malas suma nak senang jerr ahaks.. Serunding jugaklah jd lauk bila tak selera nak mkn msakn China huhuhu.
kami juga bw bubur nasi segera utk Maisarah, biskut pack kecik2.
  • UBAT-UBATAN -  Bawa juga sedikit ubatan seperti panadol active fast(sakit kepala), PCM(dmm), ubat sakit perut (pil chi kit Teck Aun), Vicks dan juga balm.Semua ini penting. Mungkin perut tak boleh menerima rempah ratus masakan kat China, kang terbantut holiday mood bila perut meragam huhuhu. Kalau ada anak kecil bawa juga ubat demam utk baby ya.
  • LOSYEN/LIPS GLOSS -  Kulit dan bibir hendaklah sentiasa disapu losyen dan lips gloss, tak kira lelaki atau perempuan.Cuaca kat Beijing sangat sejuk dan berangin akan menyebabkan kulit dan bibir menjadi kering.Bila kulit kering akan menimbulkan ruam dan gatal2.Bibir lak akan kering dan pecah.Losyen paling bagus veselin sbb ada moisture lock 24jam.
  • MATAWANG - Tukar duit ke matawang China Renminbi (RMB/yuan) siap2 sebelum berangkat.Nilai matawang China adalah lebih rendah dari Ringgit Malaysia iaitu RM100 = RMB200.Sekiranya tukaran wang dilakukan di negara China, kite akan kerugian 2yuan untuk setiap RM10 (Cth: tuko RM100 kita cuma dapat 190yuan)
  • KAD KREDIT - Kalau korang nak gunakan kad kredit masa kat Beijing/oversea. Jangan lupa ACTIVATE OVERSEA's TRANSACTION.Kena call Bank untuk urusan tersebut.Pihak bank akan tanya beberapa soalan, pastu diorang akan activekan urusniaga luar negara.Penting gak ni, mana tau kot2 ada kes emergency.Manalah tau kan??

  •  AKTIFKAN ROAMING - Kalau tingin nak guna enpon time dok obersea kena aktivekan roaming.Kalau korang main redah guna +601**** tu mmg parahlah credit/bil tipon korang.Mahal giler caj telco kat Beijing.Kalau xmo aktifkan roaming, lebih korang beli jerr sim kad baru kat Beijing nnt.Cajnya jauhhhhh lebih murah.
  • TOILET - Toilet di Beijing tidak mempunya paip air.(Hanya di masjid sahaja yang ada air dalam tandas).Air hanya ada di bahagian sinki untuk cuci tangan sahaja.So, kite hendaklah sentiasa membawa botol kosong utk mengisi air dari sinki utk di bawa masuk kedalam  toilet. Seb baik anak2 saya sudah ada experience ni semasa ke Singapore. Lagi satu kebanyakan toilet di sini, kuncinya telah rosak. Bila nak masuk kena tolak slow2, kalau nampak kelibat org dok mencangkung kat dalam tuh, pelan2 tutup balik. Buat2 tak nmpk je lah apa yang korang nampak tadi hehehe.
  •  TIPS MEMBELI BELAH
  1.  Inilah tempat saya membeli rasa cam xmo blah2 dari tempat ni.Seronok sangat shop'g kat sini.Market ni mcm dah nak ttp dan akan berpindah ke tempat lain.So harganya agak murah sbb stock clearance.Biasanya peniaga akan meletakkan harga yang cekik darah. So kenalah pandai tawar menawar.Kalau jenis hot bargain boleh dapat sampai 70-80% dari harga yang depa letak. Bila jejak kaki jer kat tempat shop'g ni..terus di sapa oleh peniaga2 kat sini yang ramah tamah.Amat memeranjatkan apabila mereka menegur dgn bahasa melayu..Apa khabar kakak? mari..mari tengok..murah..murah...wah terasa macam dok kat Mesia jerr.Hmm..kalau ada barang baik, saya mesti masuk kat kedai yang boleh berbahasa melayu.Tapi ada jugak yang yang jenis 'Bukit' sesimple 'how much' pun tercengah2. Kalau berkenan ngan barang tuh, kenalah tawar menawar guna kalkulator.Amoi cantik dalam gambo kat atas tuh nama dia Louisa.Pandai berbahasa melayu.Kalau pandai 'kecek' bleh dapat smpai 80% dari harga yg dia letak.Saya ada beli sebijik beg (luggage xtra large) jenis keras dan beroda empat tuh.Kalau kat mesia ni mau rega rm500-600.Harga yg dia letak 1500yuan,Tp beli dgn rega 250yuan sahaja (RM125)murah kan?yang bestnya Louisa ni siap bagi beg comey percuma kat bby Maisarah..
  2. Korang juga mesti berhati2 dgn peniaga jalanan, biasanya harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari kedai tapi kena sediakan duit yang ngam2 dgn harga barang yg korang beli tu.Kalau bagi 100yuan utk brg 10yuan, duit baki tu mungkin duit palsu.So kena berhati2. 
  3. Kalau jade pulak, tempat yang paling saya suka membeli belah ialah di kedai emas berdekatan ngan Bird Nest Olympic Stadium.Pemilik kedai tu ialah Peter (org M'sia asal dr Penang sekapai ngan cheq tuh).Dia bagi diskaun kaw2 punya.Walaupun tertera besaq2 kat kedai dia 'FIX PRICE'.Kalau korang berminat ngan jade, diamond bleh la beli kat sini.Sy rembat gak jade putih dan beberapa brg lain.
  • BAGASI  - Bila dah shopping tak hengat, maka bagasi pun beranak pinak la kan?Airport kat Tianjin ni lain pesen sket.Bila nak timbang bag kite kena letak kat dalam bakul besar.Berat bakul sendiri dalam anggaran 3kg,Pastu bagasi korang lak berat ngam2 15kg.Huh tak pasal2 kena pasal lebihan bagasi.So pandai2 adjust beg korang ya.Angkut masuk kabin la yang mana patut.Kami pun tak pasal2 kena bayar 200yuan (RM100) kes naya tul 
Ramai yang menghantar e-mail bertanyakan info pakej percutian ke Beijing.Di sini saya sertakan qoatation pakej percutian kami di Beijing selama 6D5N yang diuruskan oleh agen AlQuds Travel.
PAKEJ TERMASUK:
  • Tiket penerbangan   
  •  Penginapan selama 5 malam termasuk sarapan pagi di hotel  
  • Makan & minum seperti yang terdapat dalam jadual perjalanan  
  • Pengangkutan sepanjang lawatan  
  • Pemandu Pelancong  
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
  •  Perbelanjaan peribadi   
  •  Lebihan bagasi
*** selamat Bercuti Kepada Semua.Harap Info Ini Dapat Membantu.Info Lebih Lanjut Boleh Cari Dari Sumber Yang Lain Pulak ***
SILA BACA HINGGA ABES DAN BACA DENGAN KOMEN SEKALI.MUNGKIN SOALAN KORANG SUDAH DITANYA OLEH ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU.

    Friday, September 28, 2012

    Macaroni Goreng

    Assalamualaikum..
    Macaroni merupakan makanan peberet suma kat dalam umah ni.Selalunya kalau dak sarah xmo makan nasi terpaksalah mama dia wat spageti atau apa2 pasta untuk dia.Laju jer dak tecik ni makan.Cam biasalah versi tak bape pedas..Kaler pun pucat lesi jerr cam tak bermaya gitew.Tapi tetap licin disantap anak2..alhamdulillah..Main campak2 je ni..tak yah rcp la ek..kalau ada yg berminat..bagitau la yea
     bodoh2 ajer..tapi menepati citarasa anak2..

    Thursday, September 27, 2012

    Selamat Hari Lahir Buat Suamiku Tersayang

    Assalamualaikum...
    27hb September tarikh penting dalam dairi kehidupanku.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suami yang tersayang.Terasa sedih pulak bila tidak dapat meraikan hari lahirnya bersama2.Sabarlah wahai hati..2-3 ari lagi dapatlah bertemu dengan yang tersayang setelah berpisah buat sementara waktu kerana tugas.
    Doaku semoga suamiku diberikan kesihatan, panjang umur, dimurahkan rezeki,diberkati dan bahagia selalu disampimg famimly tersayang.Semoga Allah s.w.t juga mempermudahkan segala urusan dan selamat pulang ke Tanah Air.Amin...
    27hbSeptember juga merupakan tarikh keberangkatan suami kak rosaliza dan bonda mertanya ke Tanah Suci.Semoga dipermudahkan segala urusan, dan mendapat haji yang mabrur..
    picas lama time bercuti di CH..

    Wednesday, September 26, 2012

    Kepah Masak Lemak

    Assalamualaikum..
    Salam siaran..hmm terasa sejuk nyaman jer bumi Pulau Pinang.Dah beberapa ujan turun membasahi bumi.Kalau stop pun jap jerrr, pastu hujan semula...Tak pe ujan rahmat tu...
    Menu tayangan ari ni Kepah Masak Lemak.Main hentam je ni.Sedap..anak2 suka kaau kepah masak camni..Jangan minta taw...menu minggu lepas hihih..
    sedap neh..
    KEPAH MASAK LEMAK
    By: linapg.blogspot.com

    Bahan - Bahan:
    • 1 kg kepah (cuci bersih)
    • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
    • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
    • 2 biji cili merah / cili padi (tumbuk)
    • Serbuk kunyit
    • 1 batang serai ( ketuk )
    • 1 cawan santan pekat
    • Garam & Gula/perasa
    • 1 asam keping
    • Air
    Cara-Cara:
    1. Masukkan bahan tumbuk, kunyit dan serai bersama secawan air masak hingga mendidih. (supaya bawang dan cili masak-takut sakit perut)
    2. Masukkan kepah, santan dan tambah air hingga paras kepah.Masukkan juga garam, gula dan asam keping.Kacau hingga mendidih.
    3. Apabila kepah dan terbuka,maknanya dah masak la tu.Sesuaikan rasa dan tutup api

    Monday, September 24, 2012

    Kek Keju@Cheese Cake

    Assalamualaikum..
    Kemain lama cream is dok bertapa dalam esbok..penuh setia menanti turn utk dibaking.Nak wat camana tuan umah asyik sebuk ngan kek karamel jer.Kebetulan ada slot free terus kugodek2 is kek ni...Kali ni siap ada topping blueberry lagi.Kira hebat la..(konon)
    Assistan kecil ku terus buat meringue.Sekarang ni tak terrer dah si Nisa ni dulu keje tu abah dia yang buat hehehe..ekarang dia take over...Dah siap bancuh, apa lagi kite bako lah...Oven kat umah ni cam dah stick ngan suhu 150 darjah Celcius jerrr, walau untuk kek apa sekali pun.Tak sampai 20min aku nampk kat permukaan kek cam dah garing (belu hangus lagi) ishhh..apa masalah ni..etiba mataku terpana seketika...rupanya si comel tu sudah 'membaking'terlebih dahulu.Maisarah dah adjust suhu ke 250 darjah Celcius...cepat2 aku turunkan ke suhu 100 darjah C.Bako lagi dalam 10min.Aish..dah lain maam ni..wat kuar jer lah cucuk ngan lidi.Dah masak kot..tawakkal jer..Dalam hati abess la ciskek aku huwa....
    Bila kek sejuk aku tonggeng dalam pinggan...nampak cam ok la...walaupun 'masak terkejut' hahaha..
    Seb baik ada blueberry topping bleh la cover lain hahaha..Yang best tu anak2 kata sedaplah mama...seb baik licin gak cis kek ni.Kalau tidak, nangis tak berlagu la mama depa.
    gebus jugak walaupun hampir sakit jantung cis kek ni hahaha
    CHEESE CAKE@KEK KEJU
    sharing: lina_pg

    Bahannya:
    200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g
    400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
    100 g mentega
    100 g tepung gandum
    100 gram gula halus
    4 biji telur saiz A
    1st esen vanila
    1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

    Cara2nya:
    1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
    2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
    3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
    4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
    5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
    6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
    8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
    9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
    10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...







    Friday, September 21, 2012

    Bihun Goreng (Bodoh-Bodoh Ajer)

    Assalamualaikum...
    Dah lama tak bersiaran..tuan umah asyik tenggelam timbul jer kan? Terasa malas nak celoteh panjang.Meh la layan bihun goreng simple dimple ni janji anak2 suka..nampak merah tapi tak pedas pun..dah la guna cili merah (buang bijik lak tuh kih3) takt dak Maisarah xleh makan lak
    Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari lahir kepda abang ipar saya iaitu suami kak rosaliza.Semoga panjang umur, murah rezeki dan depermudahkan segala urusan di Tanah Suci nanti..amin
    picas pun kureng sket sbb snap ngan enpon huhuhu
    RESEPI : BIHUN GORENG
    By:http://linapg.blogspot.com/

    Bahan-Bahan:
    • setengah bungkus bihun (rendam supaya lembut dan toskan)
    • 2 ulas bwg putih (tumbuk)
    • 3 ulas bwg merah (tumbuk)
    • Lada sulah
    • 3 biji cli merah (lina pg buang biji tumbuk)
    • 1 sb udang kering (rendam air panas spya lembut - tumbuk)
    • 1 kiub ikan bilis
    • Sedkit isi ayam (lina pg gn 2 ketul dada)
    • Hirisan tomato dan daun ketumbar
    • Minyak
    • Air
    Cara - Cara:
    1. Tumis bahan tumbuk hingga wani dan garing.Masukkan isi ayam tumis lagi hingga isi ayam masak.
    2. Masukkan bihun gaul sebati.Masukkan kiub ayam.
    3. Masukkan sedikit air (jika perlu)
    4. Masukkan daun ketumbar dan tomato.Masukkan sekali lada sulah
    5. Sesuaikan rasa.Tambah garam gula/perasa (jika perlu)
    6. Tutup api

    Monday, September 10, 2012

    Kek Mentega/Butter Cake

    Assalamualaikum...
    Salam rindu buat semua pengunjung TMK, lama tak hapdet bog..ada yang rindu kat tuan tanah tak?Tuan gak kemalasan skrg ni huhuhu..Ok la xmo citer panjang, meh layan picas kek butter yang lembut dan sedap ni.Tambah lak ada coklat, stoberi dan oren emulco dalam tuh lagi la sedap.Kek ni saya potong ngan suam2 lagi..amek pias pun petang buta (guna enpon plak tuh) main capai apa yang ada jer wakaka..Tidaklah beriya sangat nak posing dengan props segala bagai...janji nampak rupa paras kek sudah la...sembrono betul kan?
     kek ni sangat lembut dan gebuss...
    KEK MENTEGA@BUTTER CAKE
    sharing :lina pg

    Bahan-bahan: (loyang 8 in)

    8 oz mentega (250g/seketul)
    6 oz tepung gandum (lina pg gn SRF 2cwn)
    6 oz gula castor - (lina pg 1 cawan)
    5 biji telur dari fridge (gred A)
    3 sudu besar susu pekat
    1 sudu teh baking powder (lina pg xboh sbb gn SRF)
    1 sudu teh esen vanilla
    1 sudu makan ovalette
    3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (lina pg guna coklat emulco dan oren emulco)

    Cara membuat:

    Tepung diayak bersama baking powder.(Ayak SRF)
    Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
    Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
    Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
    Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
    Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. 
    Satukan dengan adunan telur.Gaul rata.Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
    Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
    Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.
    (lina pg bako suhu 150 degree)

    * Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

    Wednesday, September 5, 2012

    Coach Hand Bag & Sling Bag Special Offer - All Sold Out

    Assalamualaikum..
    Alahai dah bersawang, semak samun dah umah mayaku ini.Lama betul mengabaikan blog ni.Nak wat camana..mood memang ke laut huhuhu..
    Hari ni pun tak mo tayang makan2..Diet ke?huh diet apa dah kurus kering ni hahaha..Meh kite layan mata ngan hand bag dan juga sling bag Coach yang sangat eksklusif ni.Orginal taw..Stock terhad ni cuma ada sebijik jer setiap satu.Kalau berminat sila e-mail saya ya atau boleh add saya kat fb malina Lina_pg.

    Semua hand bag akan sampai ke Malaysia pada 30hb September.Saya akan post secepat mungkin.
    Deposit sebanyak 50% dari harga harga dikenakan sebagai duit BOOKING.
    TAWARAN HARGA MURAH COACH AKAN BERAKHIR PADA 20hbSEPTEMBER 2012

    COACH ASHLEY SIGNATURE SATEEN CARRYALL
    COLOUR :SLIVER/BLACK
    CODE : F15520 SV/BK

    SPECIAL PRICE: RM570
    SOHO LEATHER HOBO
    COLOUR : SILVER/BLACK
    CODE F19453 SV/BK
    SPECIAL PRICE : RM680

    BOOKED TO ROHAYA MOKHTAR (BRUNEI)

    COACH PEN SIGNATURE CARRYALL BAG
    COLOUR : SILVER/KHA
    CODE: F19043
    SPECIAL PRICE : RM525



    Coach Soho Signature Flap Top Crossbody 
    Purse in Khaki and Bronze
    CODE F45623
    Tali boleh adjust
    Saiz Kecil
    SPECIAL PRICE :RM320

    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...