Tuesday, October 23, 2012

Kek Coklat Moist...Again

Assalamualaikum...
Tadak menda lain dah kek?Asyik kek jer hahaha.Ni 2nd time wat kek coklat moist.Pestaim wat guna rcp ni ms wat tempahan jiran.Memandangkan kek tu org punya haku sekeluarga tak dpat la nk merasa.Hmm kurang cerdik di situ apa salahnya kalau adunan tu aku amek sket..kukus asing utk kami makan huhu.Sudahnya satu adunan penuh tu haku bagi kat kastemer.Lebih dari 1.7kg lak tu sebelum boh topping dan deko2 tu.So, kali ni wat setengah adunan jer untk makan2.Anak2 kata sedap.Makan panas2 pun sedap.Kalau simpan dalam esbok lagiiiii sedap.
 moist kan..sedap taw..tak caye kena wat sendiri..xmo wat meh order ngan cek
 boh coklat ganache n coklat rice..simple jerr..Nak makan sendri.
KEK COKLAT MOIST (1/2 ADUNAN VERSI BAKO)
Sukatan Penuh : Sila rujuk SINI
Bahan-Bahan:(sukatan metrik)
  • Telor 2 biji A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
  • 1 sudu teh esen vanilla..
  • 1/2 cawan butter cair/myk
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan susu pekat manis (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • 1/2 cawan serbuk koko ( di ayak)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)
Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..
  2. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..
  3. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..
  4. Masukkan esen vanilla..
  5. Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..
  6. Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..
  7. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..
  8. Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
  9. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh.. 
  10. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
  11. Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..
  12. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..
  13. Kukus kek sampai masak (lina pg kukus selama 1jam setengah)dengan api sederhan.Kali saya bako (steam bath) suhu 150'C selama 30-40min.

Monday, October 22, 2012

Sardin Puff


Assalamualaikum...
Hmmm sedapnya sardin puff ni.Memula ajat ati nk wat popia sardin.So, haku godek2 wat inti dulu.Apa lagi mestilah srdin kan?Dah tajuknya Sardin Puff.Dah siap wat inti, terus buka esbok..nak amek kulit popia.Oo rupaya ada flexi pastry.hmm guna yang ni je la..So inti tadi haku boh je la dalam kulit pastry ni..Ada lima keping je dalam sepaket.Aku buat la besar2 gedabak suma.Dah tak hengat nk potong kecik2.Time ni dah jemm.Janji cepat siap, cepat bleh makan.So sekali bako..cuma muat 2biji puff saje.Korag bleh bygkan besar mana puff haku wakaka.
 
cer korang tengok atas redai tuh.dah penuh ngan 2 biji puff jer hahaha..Nak bagi senonoh sket..aku potong kecik2 nampak comey sket
RESEPI SARDIN PUFF
By: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 1 tin besar sardin (lenyek2 hingga hancur)
  • 3 ulas bawang merah (dadu/cincang)
  • 1 ulas bawang putih (dadu/cincang)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 biji tomato (dadu)
  • 1-2 sb cili giling
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, masukkan serai, bawang merah, bawang putih.Tumis hingga sedikit layu.Masukkan tomato.Kacau lagi.
  2. Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin.Kacau sebati (linapg kacau hingga agak kering sedikit).Tutup api
Note: Lina g, tak masukkan garam dalam resepi, memadai rasa masin sardin tu.Takut terlebih masin sbb jenis kering sket.Keluarkan serai setelah masak.Jgn korang boh serai sekali lak dalam puff tu nanti

Thursday, October 18, 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis & Sosej

Assalamualaikum...
Tengok ada nasi sejuk sket..nak wat nasi goreng mmg tak cukup.Dalam paler kalau wat cucur nasi sedap gak ni.Terus godek2 wat cucur ni.Licin anak2 makan..tambah ujan ni perut selalu jer lapar.Ni picas dalam gobok yea...
sedap taw..cucur ni tetap lembut w'pun dah sejuk..
CUCUR NASI IKAN BILIS & SOSEJ
sharing : lina pg

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air (linapg gn air suam)
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus) lina pg gn daun kucai
  • sedikit garam 
  • 3 batang sosej (dadu kecil)
  • 1 biji telur (linapg tambah)
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Note: Saya masukkan bahan dikisar ke dalam bekas besar dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedkit, sehingga adunan boleh dibentuk/dijemput untuk digoreng

Tuesday, October 16, 2012

Macaroni Sup

Assalamualaikum...
Ada sedikit lebihan macaroni, saya godek2 wat sup la pulak...nak goreng cam siket lak..kalau wa sup campak2 bahan lain jadi byk gak kan.Dapat sup panas time cuaca sejuk mmg tersangatlah nikmat.Macaroni sup ni saya wat musim ujan aritu....kompom udah pinih suma yea..harap maklum.
simple jerr tapi best..
MACARONI SUP
By: lina pg

Bahan-Bahan 
  • 200g macaroni (smaal elbow)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • Sediki isi ayam (lina pg gn 1 ketul dada)
  • Bebola ikan
  • Sedikit hirisan karot
  • Tomato
  • Sawi
  • 1 kiub ayam
  • Air secukupnya
Cara-Cara:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan isi ayam.Tumis sekejap lagi hingga isi ayam kecut.
  2. Tambah air (ikut suka byk mana)masukkan suma bahan lain.
  3. Tnggu hingga karot dan macaroni lembut.Sesuaikan rasa.Tutup api

Monday, October 15, 2012

KENWOOD KMix KMX54 Stand Mixer

Assalamualaikum...
Salam siaran di petang Isnin yang damai.Petang ni cuaca redup jerr selepas hujan lebat pagi tadi.Petang ni tadak siaran makanan ya.Nak tayang my new toys.Stand Mixer Kenwood ang telah lama menjadi idaman hati akhirnya menjadi milikku.Harap2 pas ni akan menjadi pembantu peribadiku dalam kerja2 membaking.
Agak lama menunggu untuk mendapatkan KMix 54 ni.Bayangkan saya order dari bulan August lagi ngam2 dekat raya.Blan Okt baru sampai maklumlah jauh perjalanan mixer ni merentasi lautan dari U.K huhu.
Saya lebih suka survey harga pasaran terlebih dahulu sebelum mengguna atau membeli sesuatu, bila terpandang offer Mixer ni denga harga yang murah, terus saya gugel harga pasaran kat Mesia. ialah dalam range RM2880-RM2990.Kalau kat Penang antara tempat yang jual menda alah ni ialah LSS (Batu maung), Harvey Norman (Queensbay), AEON (Queensbay) tempat lain tak jumpa lak.Ada gak cari kat Seng Heng tapi tadak.
Kaler Raspberry Red menjadi pilihan..cantik kan?

Friday, October 12, 2012

Kek Coklat Moist - Tempahan Terjah

Assalamualaikum..
Kek Coklat Moist ni merupakan tempahan terjah sbb setakat ni saya tak open untuk tempahan pu untuk kek cekelat.Dok amek tempahan untuk kek karamel jer.Tetiba dapat sms nk order kek coklat moist.Hati berbelah bagi gak nak buat ke nak?Bukan xtau buat tp masalahnya rcp kek oklat ni terlalu byk versi.Dlm blog TMK ni ni ada ada pelbagai versi kukus, bakar, guna butter, myk adoyai...So tawakkal ajelah buat jugaklah untuk tidak menghampakan permintaan orang.Bukan sbb duit semata2.Dia request nak tulis hepi besday n nama jer, seb baik menulis hepi besday tu dah ada lesen 'L'.haku hentam sajala.Seb baik dia ak minta deko bagai..Kalau nak deko..sah2 haku tolak..
ni je la yang termampu..kek coklat moist dengan coklat ganache dan simple deko
 kek sebelum haku boh make up..rasanya yg tak make-up lagi lawa kot kah2
kek dok tggu sejuk atas redai..comel gak bahagian montot kek ni.Suka la ngan kejadian kek ni.

KEK COKLAT MOIST
sharing:lina pg

Bahan-Bahan:

  • Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..
  • 1 tin susu cair ideal..
  • 1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
  • 1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)
  • 1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
  • 2 cawan gula kastor (lina pg gn 1 setengah cwn)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • 1 cawan serbuk koko ( di ayak)
  • 2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)
  • 1 sk nescafe (lina pg tambah rcp asal tadak)
Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..
  2. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..
  3. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..
  4. Masukkan esen vanilla..
  5. Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..
  6. Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..
  7. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..
  8. Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
  9. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh.. 
  10. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
  11. Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..
  12. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..
  13. Kukus kek sampai masak (lina pg kukus selama 1jam setengah)dengan api sederhana

Wednesday, October 10, 2012

WW: Mi Goreng Versi Campak2

Assalamualaikum..
Mi goreng versi campak aje, menu camni suka lah dak Maisarah tuh..Laju jer makan..xmo citer panjang..jom layan picas bodow-bodow aje sbb snap ngan enpon
kali ni boh sutun sket..sedap..

Monday, October 8, 2012

Resepi Butter Cream/ButterCream Sedap Dan Senang Dibentuk

Assalamualaikum...
Ini merupakan percubaan pertama saya mendeko kek.Dalam hati memang dah lama teringin nak mendeko tapi takut hancurr jerr sebab memang dah tau dasar keras tangan hahaha.Tapi hati dah nekad kena cuba gak..lagipun buat ni untuk makan2 jer..bukan besday ke apa..Kalau kek besday tak menjadi mau nangis tuan badan besday kan?
Lama gak la saya dok gugel cari resepi yang sedap dan senang nak lepa dan bentuk.Maklumlah kalau yang zero ni kenalah cari yang senang2 dulu.Sudahnya jumpa kat myR..Memang sedap rcp Butter cream ni.Menjadi gak percubaan pertama saya ni.Deko tak cantik itu cerita lain.Tuan yang buat tu tak berseni hahaha..
picas tak bape cantik sbb sy snap ngan enpon jerr.Tak taw la apa jadi ngan kamera kami..tak masuk focus lak..Dah la cuaca ujan jer manjang..Gambar pun kelam semacam jerr..Lantaklah..ada aku kesah

RESEPI BUTTER CREAM
sharing: lina pg

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) Lina pg gn krim well
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) Lina pg gn 1 cawan gula icing

Cara-cara

  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa. 


Friday, October 5, 2012

RESEPI PULUT KUNING

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat buat semua..pagi ni bum Pulau Pinang dilimpahi hujan rahmat...ujan manja2 jer...kalau leba mau banjir area Bayan Baru...
Sepatutnya n3 Pulut Kuning@Pulut Semangat ni menyusul selepas Rendang Daging.Boleh terlupa lak nk wat n3..Rasanya ramai yg taw buat..tapi saya tepek gak rcp kat sini utk rujukan sendiri
cantik kilat2 jer kaler dia..
RESEPI PULUT KUNING
by: lina pg
 
Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat
 

Wednesday, October 3, 2012

Roti Sosej Roll

Assalamualaikum..
Agak lama jgak tak wat roti sosej ni..Bf ngan roti sosej sedap jugak dan mengenyangkan...Apa lagi teruslah operasi menggelek roti...kejap ajer dah siap...Mkan pun kejap ajer.Anakanda berdua memang suka roti sosej..
Tadak cicah2 bagai...makan camtu je la..
ROTI SOSEJ ROLL
Bahan-Bahan:
  • 10 batang sausage (celur/rebus sekejap)
  • 10 keping roti ( canai supaya roti mampat/padat )
  • 1 biji telur
  • Minyak
Cara-Cara :
  1. Gulung sausage dgn roti, bahagian hujung roti sapu telur supaya tak terbuka masa menggoreng
  2. Ulang sampai roti habis.
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng dgn api sederhana hingga keperangan.
  4. Angkat dan toskan. Sedap di makan dgn sos cili
  5. SeLaMaT MeNcUbA

Tuesday, October 2, 2012

Red Velvet Cake - Percubaan Pertama

Assalamualaikum
Dengan semangat yang berkobar2 dan ucapan bismllah, aku memulakan projek RVC ni.Mau makan 2 ari nk siapkan kek ni.Hari pertama wat kek dulu.Pastu simpan dalam esbok.Esoknya sambung lak wat cream cis frosting.Udahlah wat kek yg kos tggi ada hati lak nak deko bagai kih3...Ye lah  untuk besday my laling, wat la kek spesel sket. Inilah hasil percubaan yang pertama membuat Kek Si Baldu Merah.Kejadian RVC agak berjaya tp deconya tak bape menjdi sbb cream cheese frosting agak lembik dan tak boleh dibentuk.Ada sesiapa boleh tulun x?Itupun lepas lepa atas kek saya simpan jap dalam esbok supaya keras sket.Baru wat tulisan hepi besday.Saya CnP dari blog Naz (COSK)
 hmm..sedapnya..creamy..yummy..
RESEPI RED VELVET CAKE
Rujukan lain : Irma , Kak Ita Masam Manis, Hana Memorieskak Nor , Anna
sharing : lina pg

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(lina pg gn SRF)
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) (lina pg gn 1 cwn gula kastor)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (lina pg kotak kecil 200ml)

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

Monday, October 1, 2012

Pulut Kuning Dan Rendang Daging

Assalamualaikum...
Pulut Kuning dan rendang daging ni saya buat sempena hari lahir my laling.Tak wat kek ke?Ada wat jgak kek, tapi saje wat pulut kuning sbb my laling baru balik dari perantauan.Buat ntuk menyambut kepulangan la kununnya kan?Bersengkang mata la si bininua nak siapkan rendang ni.Maklule..rendang kena masak ngan api yg kecil (ala-ala renih gitew)Saya suka masak stail slow cooker..Masak secara perlahan.Mau dekat 31/2 jam baru siap rendang ni.Resepi ni sy amek dari kawan baik saya Rohana Jamil (wah siap bagi nama penuh tuh).Thansk untuk resepinya.Rendang ni tidak menggunakan sebarang rempah kari.Hanya guna bahan basic saje..tp hasilnya memang sedap...Ni lah pestaim saya wat rendang yg menetapi citarasa saya.Kali ni saya tepek resepi rendang.Pulut Kuning saya wat n3 berasingan.
kunun nk bagi  comey la boh dalam mould hehe
RESEPI RENDANG DAGING
by: lina pg

Bahan - Bahan:
  • 1/2 kg daging pejal (potong kiub)
  • 1/2 kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar  (blend)
  • 6 ulas bawang putih (blend)
  • 6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 inci halia (blend)
  • 2 inci lengkuas (blend)
  • 10 batang serai (4btg blend, 6btg ketuk)
  • 20 tangkai cili kering (blend)
  • 2 paket kerisik
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula (lina pg gn 1 sb gula merah)
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, renihkan hingga pecah minyak.Sesuaikan rasa.
** option**
Boleh juga tumis bahan kisar dengan sedikit minyak

Note
Saya gunakan api yg kecil dan kuali bertutup untuk masak rendang ni.Kacau sekali sekali.Asam keping saya keluarkan selepas 1jam sbb xmo rasa masam overpower rendang ni.
Saya suka rendang yg basah2 camni.Kalau nk lebih kering..kacau hingga lagi hingga menepati citarasa masing2

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...