Friday, November 30, 2012

Egg Benedict,Baked Bean & Sousage

Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat, penghulu segala hari.Cepatnya masa berlalu.Rasanya baru jer hari Isnin.hari ni dah pun Jumaat.Dah bersarapan ke semua?Kalau ada yg belum sarapan boleh mencuba resepi Egg Benedict.Saya suka ngan bekfast yg camni.Sedap dan agak mdh nk disediakan.Dah banyak kali wat rcp ni dengan pelbagai cara.Ada yg saya wat dengan tomato salsa, makan camtu jer..Ada yg tak wat n3 langsung pun ada sebab banyak kali ulang tayang hehehe.Kali ni saya gandingkan dengan Baked Bean dan Sosej.Memang mantap...
sekali sekala layan western lak..
RESEPI EGG BENEDICT,BAKED BEAN & SAUSAGE
sumber : lina pg

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 4 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked 
  • sedikit lada sulah (rcp asa xde-linapg tambah)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam (xboh - ltak siket kicap time nk mkn)
  • sedikit oregano
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.Suhu bergantung kpd oven masing2 (lina pg bako suhu 150'C selama 12min)


Wednesday, November 28, 2012

Terung Masak Sambal

Assalamualaikum semua...
Terung masak sambal feveret semua.Even anak2 yg xsuka sayur pun akan makan juga.Dah lama tak buat hingga hampir terlupa dengan keenakannya.Hmm sesiapa yg sukakan sambal belacan harus cuba ni memang mabeles sangat.Lately..picas kat TMK ni lebih kurang aje yea..sebab sumanya snap ngan enpon jerr.Boleh kata pas raya puasa aritu suma gambar guna enpon jerr.Tak tau lah nape malas sangat nk kuarkan kamera..
Bila nak makan just perahkan limau kasturi..wallaa..memang best..Limau tu dah terlebih masak..segar dari pasu hahaha..tanam sendiri yea..sangat rajin berbuah..sampai tak termakan

TERUNG MASAK SAMBAL
By : hasue
sumber : lina pg

Bahan2:
  • 2-3 Terung Panjang (lina pg gn 2 biji terung bulat)
  • 1 cili merah
  • 2 bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering
  • 1 sudu belacan
  • Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera
Cara2:
  1. Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(lina pg kisar guna pengisar bhn kering jer)
  2. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
  3. Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
  4. Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
  5. Kemudian masukkan semua bahan perasa..
  6. Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
  7. Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..


Tuesday, November 27, 2012

Cuti-Cuti Malaysia Johor (Legoland)

Assalamualaikum..
Sinambungan cuti2 Mesia.Kali ni kat Johor plak.Kalau Johor apa lagi Legoland...Tempat ni sangat2 panas sakit pale dibuatnya.Air mineral botol kecik pun RM2.50 huhu..Mesti korang tertanya2 (korang tanya dalam ati jer kan) best ke mai sini.Hmm..jawapannya kena mai sendiri la best ke tak?Legoland ala-ala Kota Keriangan gitew la..Satu pujian untuk staff kat sini semuanya mesra ngan pengunjung.
 pintu masuk ke Legoland..ekceli pic ni time nak penat berjalan kat dalam tu..muka toya sebab sakit paler
 Oh..tidak..Taj Mahal dah mengecil atau kami yang jadi Raksaksa..hahaha

 kapal dari Lego..sangat kreatif
 Gunung berapi kat belakang tu yea..siap kuar asap berkepul2 lagi..
 mem kecik tak larat jalan dah...jom balik...ekceli byk gak picas kat sini..tp malasnya nak edit...sket2 sudah la yea...
 Selingan..kat Danga Bay....giant lobster..kalau buleh makan..best jugak tu..kenyang seminggu
kwsn yg sewaktu dengannya la ni...

Monday, November 26, 2012

Cuti-Cuti Malaysia Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum...
Cuti2 Mesia di selatan Tanah Air Melaka dan Johor (12-14Nov) yang lepas.Ini merupakan percutian tanpa dirancang.Just book a hotel on 9th Nov pack and go.Ingat nak cuti lama sket tapi dah terambil order kek untuk minggu tu.So clearkan order dulu baru gi cuti2.Sian kan kat org dah tempah awal2 lagi.
Ok berbalik pada tajuk cuti2 mesia, agak lama jugak kami tak ke selatan ni.Kalau Melaka tu pernah sampai la dalm 5-6 tahun lepas.Johor last sekali sampai masa form 3.Tu pun rombongan sekolah wakaka...
salah satu land mark di Melaka..masa mai dulu stay kat Seri Coastar ulang alik lalu kat kapai ni..sudahnya tak sempat snap picas hahah.Kali ni mai terus singgah kat kapai ni
3 beradik..pose ntah hape2 haha
Menara Taming Sari...
Jom beli tiket dulu..RM10/pax hokey...sapa mai Melaka harus naik tower ni..memang berbaloi..
org ramai..kena tunggu turn..kol 8pm Menara close..tiket burn ya..
Bandaraya Melaka dari Menara Taming sari.Ianya berpusing 360 degree.So bolehlah menikmati pemandangan yg cantik dari atas Menara ni...
cantik kan?
Mega2 dari menara..
Ini lak kat Sungai Melaka..


really enjoy riding River Cruise.Sayangnya picas dalam boat agak gelap...sebab kami naik boat ni memalam buta haha..oh ya..River Cruise ni beroperasi hingga 12 tengah malam.Sapa mai Melaka harus cuba ni...Ok pasni sambung n3 kat Johor lak 

Wednesday, November 21, 2012

Lempeng Nostalgia

Assalamualaikum...
Pekaba semua?Ada yang rindu kat tuan tanah tak?hahaha perasan jer kan?Kita blogger suam2 kuku ni tadak sapa nk rindu haih...Lempeng ni dah lama buat..cuma agak bz tak sempat nk n3.Bz ngan apa pun xtau la...Tempahan kek pun bukannya banyak sangat.Masih ada masa untuk goyang2..jalan2 cari makan dan sempat gak Cuti-Cuti Mesia haha..
dah nama pun lempeng nostalgia..selalu makan time kecik dulu..hanya cicah gula...Nak resepi gak ke?Sonang jer ni tepung gandum, secubit garam, air secukupnya (agak2 jer la).Bancuh guna hand whisk..goreng gn non stick pan.Saya gn kuali roti jala tuh

Wednesday, November 7, 2012

Pulut Serikaya

Assalamualaikum...
Dah lama tak wat pulut serikaya ni, kali ni wat lapisan pulut setengah adunan jer.Tapi lapisan kepala tuh menten satu adunan.So dapatlah makan tang kepala yang tebal sket.Wat camni pakat2 makan lak budak2 kat umah ni.Doulu2 wat cam xbape nak layan jer kuih tradisional cam ni.Ni dah reti makan kot.Resepi masih stick ngan yang lama gak.resepi sapa lagi kalau bukan sifu kuih tradisional kite nih Yatie.
sememeh sket rupa paras.mayb saya tak tekan padat sangat kot tang pulut tuh.Bab sedap tok sah citer la..kalau berulang kali dok wat kan?

PULUT SERIKAYA
By : Yatie
sharing : linapg

Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum (lina pg jadikan campuran tepung= 1 cawan jer)
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (linapg gn 1keping gula nipah))
* 1/2 cawan gula pasir (linapg boh 2sudu besar)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Tuesday, November 6, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum..
salam siaran semua.Lama betul TMK tidak bersiaran bukan bz tapi sebab tadak lappy tu yg susah sket nak hapdet.Ni guna PC Nisa sat sementara tuan badan pi sekolah.Ada banyak n3 yang tertunda ni.Sekarang agak kemalasan nak snap picas ngan kamera,snap ngan enpon jerr.Cis kek ni pun mengalami nasib yg sama amek gambo yg enpon.Tak pe la kan janji bleh nampak rupa paras kek sedap yang amat ni.
Memang bertepatan sekali ngan namanya Cotton Soft, sangat lembut dan cair di mulut gitew.Saya amat suka ngan tektur kek ni.Yang paling best tak muak langsung.Ekceli dah byk kali wat resepi tp yg ni paling sempurna kejadiannya.Ada yang merekah la, termanis sket.Dah tau peel kek ni baru berani buka tempahan.Kepada yang tingin nak makan cis kek ni bolehlah e-mail kat saya atau PM kat fb ye.E-mail ada kat tepi (side bar) tulis kat sini kang abes kena spam huhu.
rupa paras sebelum boh topping, saya lebih suka yg palin gini
 
 pas lumur ngan blueberry hihi..topping ada sket time ni sbb byk kali wat dah ciskek..
 
tidakkah kek ni nampk gebus gebas, potongan sememeh la..walaupun dah celup pisau dalam air panas...kawan2 ada tips tak?

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Sumber : Alma (myresepi)
Rujukan : Anna Qawina 

Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk) (lina pg gn 1 cawan)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon @ 1 sdt  esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula kastor( (lina pg 1 cawan arcopal =100g)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar

Cara-cara:
Step I : Utk adunan A:

  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna spatula)

Step II : Utk adunan B:
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  

Step III :
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking.  tepi loyang tak perlu gris ya.
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C (Peringatan utk diri sendiri -Oven Pensonic 150°C-1jam.Hesstar 180°1jam 15 min)
  • Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. 
  • Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak.
  • Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.

Blueberry Topping
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.




klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...