Monday, December 31, 2012

Salmon Grill & Sos Putih

Assalamualaikum...
Bersiaran di hujung tahun 2012.Pejam celik pejam celik dah abes setahun.Cepatnya masa berlalu.Dikesemptan ini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua pengunjung Teratak Mutiara kasih.Tanpa kunjungan kalian Teratak ni takkan berseri..terima kasih semuanya...

Berbalik pada n3 lak, Ikan salmon ni saya beli kat Giant...hajat hati nk cari daging steak tp tadak pulak yg berkenan..Ronda2 tengok ikan salmon nmpk cam fresh jerr..apa lagi terus sambar la 5 ketoi.harganya murah lebih kurang RM22 untuk 5ketoi.Kira okey la kan?.ngan sikecil tu sekali makan ikan salmon ni hihihi....
Kali ni ada kerajinan lebih sket siap wat sos putih..biasanya makan camtu aje.Pada tekak saya dh sedap dah sos putih tu..tp anak2 tak bape suka pulak.Depa kata mama tak yah wat sos tu pun xpe..kami bleh makan ngan sos cili n mayonis.Dah pulak...mayb sebab terbiasa makan salmon tanpa sos putih kot..hmmm macam2 la depa ni...Jom kite layan gambo n resepi
 just letak baby carrot n tomato cerry jerr..yg tu pun aku grill sekali haha.
 salmon ngan perap ni
RESEPI GRILL SALMON DAN SOS PUTIH
By : lina pg
BAHAN-BAHAN
  • 5 Keping ikan salmon
  • 1 inci halia muda ( mayang )
  • 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • 1 biji lemon ( ambil jus )
  • 1-2 sudu makan sos ikan ( Nampla )
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN : 
  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, nampla, sedikit garam dan perasa
  3. Masukkan kepingan ikan dan perap 30min-1jam 
  4. Panggang ikan hingga masak (Sy gn kuali leper roti jala jer..boh sdkit myk zaiton )
  5. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis...sedap..

RESEPI SOS PUTIH
sumber : lina pg

Bahan-bahan 
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (lina pg gn heba tyme,rosemery n oregano)
  • 1 cawan susu segar (lina pg gn susu cair)
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara
  1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. 
  2. Masukkan susu cair, garam dan lada hitam.Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.Tambah air jika nampak kuah terlalu pekat.


tangkapan dari Giant..

Wednesday, December 19, 2012

Red Velvet Cake Resepi II

Assalamualaikm...
Percubaan kedua membuat RVC ni.Ini pun disebabkan oleh adindaku yang tingin nak makan RVC ni.Hmm..okeylah aku pun godek2 la wat kek ni.Kali ni guna resepi lain pulak.Memang sangat puas hati dengan hasilnya..langsung tidak merekah.Bila makan bersama cream cheese frosting yang mengguna mascarpone cheese sedapnya berganda2...Patutlah cis ni sangat mahai..memang jauh sangat bezanya bila guna cis biasa ngan mascarpone cheese ni.Okey tempahan Red Velvet dibuka hehehe..kalau berminat sila e-mail atau PM kat fb ye..jangan malu jangan segan hihi
picas ehsan Alla Daud.Ada yang tergoda tak..resepi ada di bawah sinun, malas nk godek hangpa order la nga cheq..insyaAllah sedap sangattt..cewah promote lagik

picas yg atas untuk kek ni..
yang ni kami punya hehehe...serdak tak cukup..so atas tu putih jer la
seb baik ada munge kecik2 ni nmpk comey sket

RED VELVET CAKE RESEPI II
sharing : lina pg

BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright (lina pg guna sebotol/2sb)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min


Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g cream cheese (pd suhu bilik)
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau

500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

Cream Cheese yang digunakan untuk menghasilkan RVC yg mabeles..Mascarpone Cheese.Saya beli kat kedai bakery ngan harga RM21.50 (250g)
Whipping Cream Gold Label

Tuesday, December 18, 2012

Ayam Rosemery Grill Madu & Kentang Putar

Assalamualaikum...
Dah lama tak tayang menu lain selain dari kek dan kek hahaha.Kali ni kite tuko lak kepada main course selalu dessert je kan.Ni menu dinner kami sekeluraga malam tadi.Sekali sekala layan western food sedap jugak.Kali ni saya gunakan teknik kukus, grill, panggang hahaha.Cam iklan master chef lak.Siyes memang sedap kombinasi ayam grill dan kentang putar ni.Biasanya saya bako sekali kentang dengan perapan ayam tuh.Kali ni terlebih rajin lak wat whipped potato.Memang sedap..enak tak terkata...
sedap neh..anak2 siap minta wat lagi...suka ngan tektur ayam yg juicy and tender..untuk sayur brokoli dan baby carrot lina pg kukus selama 5min
yg ni fresh dari oven..cantik jer kebakarannya hahaha hancuss BM aku

AYAM ROSEMERY GRILL MADU & KENTANG PUTAR
sumber : lina pg
sumber2 : irma (sos kentang putar)

Bahan - Bahan:
  • 4 keping whole leg
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap mee goreng (Tamin)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1sk rosemery kering
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih (lina pg perap 4 jam.Kemudian bako dlm oven suhu 160 darjah selama 50min-1jam.Terbalikkan ayam selepas 25min proses membakar 
  3. saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
  4. Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.
  5. Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.
KENTANG PUTAR
Rujukan :myR irma
sharing : lina pg
Bahan-bahan
  • 2 biji kentang besar (~750g)
  • 2 sudu besar mentega
  • 5 sudu besar susu segar
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  2. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  3. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. 
  4. Sesuaikan rasa (tambah garam, lada sulah dan lada hitam) 
Sos Kentang Putar.
Bahan-bahan :
  • 650 ml air
  • 1 biji bawang Holland - cincang halus (lina pg xletak)
  • 1 batang saderi- cincang halus (lina pg xletak)
  • 3 sudu besar serbuk Pati Ayam (lina pg guna 1 kiub ayam maggi)
  • 4 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum (lina pg gn tepung jagung)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa (lina pg xletak dah cukup rasa)
Cara -cara :
  1. Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya (lina pg bancuh tepung jagung dengan sedikit air)
  3. Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
  6. Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.
  7. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
Note lina pg :
Apabila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat


Monday, December 17, 2012

Kek Coklat Kukus Lembab Chef Zubaidah

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni byk beno n3 kek cekelet kat TMK ni kan.Sekadar ngetest the best resepi.Dah start amek order kenalah bagi yg terbaik sambil tu bleh la compare keenakan resepi2 tersebut.Macam versi.Kek Coklat Chef Zubaidah ni sangat femes seantero maya.Memang lembut, lembab dan sedap ya ampun.Amboi kemain lagi .Dah dua kali wat kek coklat ni, versi bako n kukus.Yang dibako pun memang lembab (sangat lembab)
Gambo sebijik tak snap lak..tak nyempat2 nak makan.Ni versi bako pun tetap lembab..

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Thursday, December 13, 2012

Popia Sardin

Assalamualaikum...
Dah banyak kali sangat wat popia sardin.Maklumlah cuti sekolah ni macam2 idea kena cari bagi memenuhi kehendak anak2 yang manjang jer lapar.Inti popia ni saya letakkan kentang hmm dapatlah banyak dan hampir habis sepaket kulit popia tu.Jenih gak la nak menggulung huhu.Sedap ni makan panas2 rangup jerr..panas atau hujan memang sedap jer makan.Saje saya tayang awal kot2 dapat memberi idea utk korang wat untuk minum petang nanti.Meh kite semak resepi yg ringkas
Kalau takat 8 ketoi ni..sat saje dah licin..
POPIA SARDIN
By: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 1 tin besar sardin (lenyek2 hingga hancur)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk/cincang)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/cincang)
  • 2 biji kentang size sederhana (dadu kecil dan rebus hgga empuk)
  • 1-2 sb cili giling
  • Minyak
  • Kulit popia secukupnya
Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, masukkan serai, bawang merah, bawang putih.Tumis hingga sedikit layu.Masukkan tomato.Kacau lagi.
  2. Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin.Kacau sebati (linapg kacau hingga agak kering sedikit).Tutup api
  4. Biarkan inti popia sejuk.Barulah dihulung ke dalam kulit popia.Suka hati korang la nk gulung camana
Note: Lina pg, tak masukkan garam dalam resepi, memadai rasa masin sardin tu.Takut terlebih masin sbb jenis kering sket.

Wednesday, December 12, 2012

Chilled Chocolate Cheese Cake (Cake In Jar)

Assalamualaikum...
Tengok pada tajuk in a jar, tapi dok dalam mangkuk hahaha lawak tul.Tak kira jar ke mangkuk ayun ke yang penting kek ni memang sedap.Resepinya pulak sangat ringkas.Dah namanya chilled dah tentu2 tak yah bako kan?Sejukkan dalam esbok lebih kurang 2-3jam, dah bleh makan.Untuk mengelakkan soklan cepumas dari anak2 eloklah dibuat malam,makan esok harinya.Biasalah budak2 bila tengok menda cam ni mulalah 'dah siap ke mama?, bila bleh makan?Lambat lagi ke nak sejuk? adoi... meh la layan gambar n resepi.Ekceli kat bawah ada layer coklat n cis tp lupa nk snap angle tepi..amek top view jerr.Tak pe lenkali  wat lagi..gn blueberry lak..
Sedap betul CCCC ni..tektur cam eskrim...
Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
Sharing : lina pg

(make 4 jars 200ml)
Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan (lina pg gn Dark Coklat Semisweet)
  • 100 ml susu cair (lina pg gn whipping cream)
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.



Friday, December 7, 2012

Kek Gula Hangus/Kek Sarang Semut

Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi Jumaat..hari ni cuaca cerah di Pulau Pinang ni.Esok dah pun hujung minggu.Ada yang nak bawa anak2 bercuti atau makan angin ke?Hmm kepada yang nak bercuti saya ucapkan selamat ber'holiday' ya..
Okey berbalik kepada n3 hari ni Kek Gula hangus, kek yg boleh dikatakan evergreen.Dah lama kek ni tp still diminati sebab tak muak.Saya pun suka ngan tektur ngan agak chew gitew.Mesti ada yang kata awat la..TMK ni asyik tayang kek jer..lauk pauk takde ke?Jawapannya lauk pauk yg dimasak selalunya tak sempat nak pose sebab anak2 dah ready nak ngap.Kesian la pulak dok menunggu mama nak snap.Sebab tu la sekarang asyik snap ngan enpon jerr.
Tak mo bebel panjang,meh semak resepi Kek Gula Hangus.Saya gunakan resepi kekandaku kak rosaliza.Tapi selongkar dapur dia memang tak jumpa.Dulu masa sekolah rajin dia wat kek ni hihi..
sedap dan lembut...
KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
By:Kak Dar Embun Rosaliza
Olahan: Lina pg

Bahan-bahan
  • 6 biji telur gred A
  • 2  cawan tepung gandum
  • 1 sb soda bikarbonate
  • 2  cawan gula pasir 
  • 2 cawan air
  • 2 sb butter
  • 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara:
  1. Masak gula sehingga perang dan berbuih kemudian masukan 2 cawan air pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter,sejukan gula hangus
  2. Tepung di gaul bersama soda bicabanate.Ayak
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (pukul manja2 jer)
  4. masukkan susu kedalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat
  5. Tuang air gula hangus berselangseli dengan tepong, sedikit demi sedikit..hingga habis..
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair
  7. Rehatkan adunan selama 10-15minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2..
 *** Note***
(lina pg bakor selama 50min suhu 150'C.Setengah jam pertama gn api bawah, selebihnya gn api atas dan bawah)

Wednesday, December 5, 2012

Kek Coklat Moist - Tempahan

Assalamualaikum..
Apa khabar semua pengunjung Teratak Mutiara Kasih?Harapan saya semuanya dalam keadaan sihat walafiat.Alahai skema betoi ayat tu kan?Sopan santun gitew ahaks...Wah kali ni rajin betul wat n3 pasal kek order.Pada hal kek karamel yang mendapat sambutan begitu menggalakkan tak buat lak n3.Bukan apa kang ada yang muntah ijo lak dok tengok kek karamel jer.Sebab jarangggg sangat dapat order kek coklat ni yg wat n3.Ala-ala promote gitulah kan?Terima kasih lah ya buat Sal yang menempah.Kot ada sapa2 yang teringin nak makan kek coklat memang bukan takat lembab tapi dap basah lencun ni silalah inbox saya ok...e-mail pun bleh, ad  fren kat fb pun boleh.Tapi untuk Penang (pulau area) je lah.
Berat ~1.5kg Lembut dan lembab..xleh post mortem ya..tempahan punya ni..

Bahan-Bahan:
  • Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..
  • 1 tin susu cair ideal..
  • 1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
  • 1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)
  • 1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
  • 2 cawan gula kastor (lina pg gn 1 setengah cwn)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (lina pg tambah rcp asal tadak)
  • 1 cawan serbuk koko ( di ayak)
  • 2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)
Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..
  2. Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..
  3. Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..
  4. Masukkan esen vanilla..
  5. Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..
  6. Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..
  7. Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..
  8. Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
  9. Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh.. 
  10. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
  11. Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..
  12. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..
  13. Kukus kek sampai masak (lina pg kukus selama 1jam setengah)dengan api sederhana

Tuesday, December 4, 2012

Pulut Inti Versi Tanak

Assalamualaikum...
Tajuknya pun dah boleh membayangkan tuannya yg malas nk mengukus.Suka ati main tanak jer.Sebenarnya malas beralasan, beras pulut ada belen 2 cawan jer..tarak pasainya haku kukus bagai..buat kotor piyuk kukus ngan beras yg secoit tuh..Saje wat pandai tanak ala-ala pulut ikan kering guna api kecil.Alhamdulillah menjadi dan sedap kat tekak kami sekeluarga.Kalau korang nk buat dengan kuantiti byk better kukus.Kang tak masak..naya jerr.Versi kukus bleh tengok umah kekanda cheq Kak Rosaliza yg suka makan pulut
Blurr sket gambo..snap ngan enpon yea..
RESEPI PULUT INTI
By: lina pg

Bahan - Bahan:
  • 2 cawan beras pulut ( cuci bersih rendam 1/2 jam,toskan)
  • 2 cawan santan pekat 
  • Garam
  • Gula
  • Daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x?
  2. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.Sy gn api paling bawah.(cam nak buat nasi lemak lak) wangi sket ada aroma daun pandan
  3. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar
  4. Bila santan dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap
INTI KELAPA
Bahan-Bahan:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula kabong (potong kecil2)
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Gula jika perlu
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau hingga gula kabong hancur dan inti sebati .Masukkan secubit garam.Sesuaikan rasa.

Monday, December 3, 2012

Kuih Sagu

Assalamualaikum..
Salam ceria di pagi Isnin.Nampaknya cuaca cerah setelah uhan lebat dari petang dan membawa ke malam.Pepagi ni kite tayang menu sarapan la ya...walaupun sarapan entah jaman bila punya ni haha.Jangan dok minta ya kompom sudah selamat ke Indah Water.Masih menggunakan resepi yg sama cuma tukar ke sukatan cawan.Sedap kuih sagu..sangat lembut dan manis yang sedang2.Lembut ya bukan lembik.Kalau nk lebih manis kena tambah sukatan gula ya..
 sedapnyerr..masuk mulut..kemam sat..telan..xyah kunyah2.lembut jerr
kali ni main kacau atas api jerr, malas nk kukus..memang dasar pemalas kan hahah..tp hasilnya tetap cantik sagu jernih semuanya

KUIH SAGU (BRONOK)
By : Mama Kastam myR
sumber : lina pg
  • 1 cawan sagu kecil
  • 3 cawan air  (lina pg gn air panas supaya cpt masak)
  • 1/2 cawan gula
  • Perisa dan pewarna sirap rose
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja(sy kukus dulu kelapa parut)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan air panas dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Bila sagu kembang,masukkan pewarna dan perisa sirap rose
  4. Bila sagu bertikar jernih (tinggal kaler putih sket2)Masukan gula, gaul rata.
  5. Teruskan kacau hingga sagu bertukar jernih keseluruhan.Guna api yg kecil sahaja
  6. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...