Tuesday, January 22, 2013

Sup Ketam Nipah

Assalamualaikum...
Menu ketam lagi hihi...Sup Ketam Nipah...saya ada terbaca artikel mengatakan Sup Ketam Nipah sangat berkhasiat untuk menyembuhkan demam denggi.Sejauh mana kebenarannya wallahualam...Saya masak sup ketam ni sebab nak lari dari menu biasa bagi ketam...masak lemak, sweet n sour la..kali ni wat sup pulak...walla memang sedap...Hirup ngan kuah sekali
Senang kije..campak sayur sekali..takyah masak sayur dah..memang dasar kan

SUP KETAM NIPAH
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 8 ekor ketam dibersihkan dan potong dua
  • 3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji kentang (dadu)
  • 1 batang karot (dadu)
  • sedikit brokoli 
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi dan garing.Masukkan ketam.Gaul sebati.Tambah air melebihi paras ketam.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, kentang dan karot.Tunggu hingga kentan dan karot lembut.
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula jika perlu).Akhir sekali masukkan brokoli.Biarkan 1-2 minint.Dah siap

19 comments:

asmah yusof said... Balas

Salam kak lina...
asz pun sama ade dgr psl tue...thn lps mak kene demam denggi...rata asz p mencari ketam nie...sampi ke pontian...tp xde masa tue....akak beli kat mane ketam nie?

lina_pg said... Balas

wslm asz,kebetulan time tu akak pi JJCM kt Kuala Gula,Perak nk mkn ketam kulit lembut,jumpa ketam nipah ni.Terus sambr la

Amie said... Balas

ada dengar juga sup ketam untuk ubat demam denggi...ketam nipah lagi,.. terliur lagiii...

Qashmere said... Balas

Nampak sedap...

Hajar Hashim said... Balas

Macam teringin jer tengok sup ketam ni..

combi said... Balas

sedapnye dapat mkn ketaaaaaaaaaaaaaaaammmm

KMS said... Balas

Looks delicious, well done.

lina_pg said... Balas

@Amie
Agaknya betul la tu kan kak amie..sup ketam nipah ni agus untuk denggi

lina_pg said... Balas

@Qashmere

memang sedap kat tekak kami sekeluarga :)

lina_pg said... Balas

@Hajar Hashim

Cubalah..ngan ketam bunga pun okey gak

lina_pg said... Balas

@combi

Best...gigit2 sampai meleleh ke siku kih2

lina_pg said... Balas

@KMS
Thanks

zila norazila said... Balas

Slm lina..
Zils pernh dgr jgk..tp susah nk dpt ketam ne kan..mmg x jadi lauk klu kasi kt zila ne..he heee

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. uwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! teringinnyerrr!! tapi kalau makan blh masuk spital nih.. sedih2..

lina_pg said... Balas

@zila norazila
wslm...kalau makan ketam ni.mesti lama dok kat meja makan hahaha..jenih dok kopek

lina_pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun...oic..Tun allergic ngan ketam ek...Baik jgn makan..kang nikmatnya jap jer..sengsara yg lama

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam meriahnya sup ketam tu, sedap pulak tgk dgn isi ketam yg penuh tu. Ada juga kata kalo lepas kena demam yg teruk pun elok juga mkn sup ketam nipah, boleh memulihkan tenaga. Tapi tak tau lah sejauh mana kebenarannya

slam said... Balas

ketam nipah juga amat baik untuk demam panas , x perlu susah2 buat sup , hanya rebus shj dan kalau boleh hirup air rebusannya sekali , in sha allah berkesan . selamat mencuba

supernova said... Balas

Asmkm sy kn demam panas dh tiga hr dah..mkn ubt doc..tk smbuh2 jug kjap elok lps t dmam balik..dngn skit kepala skli..ini nk try pulak petua sup ktm kut2 bleh elok ke

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...