Friday, February 22, 2013

Honey Prawn

Assalamualaikum...
Dah berkira2 nak masak apa untuk keluarga tersayang?Hmmm...belum ada idea?Cer korang cek kat peti ais ada udang tak?Ha...kalau ada udang, apa kata korang wat Honey Prawn yang malaTOP neh.Kompom tak nyesal punya.Dah lama sangat rasanya tak wat HP ni...suatu ketika dulu (cewah cam ayat dolu2 jerr) HP ni mencetus fenomena seantero maya..kalau korang gugel cari mana2 dapur blogger mesti akan terjumpa menu Honey Prawn ni.Saya sendiri pun dah banyk kali membuatnya.Kali ni sesaja gatai tangan pi beli Udang besar time CNY..hah amek ko...beli 5ekoq pun dah dekat rm30.(Secara tak langsung nak habaq kat korang ni menu basi hahah)Takpe la nak makan kan..tak leh berkira sangat.Kalau nak berkira makan ikan masin sudah muahaha..
sangat mabeles...
RESEPI HONEY PRAWN
sumber : lina pg

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)lina pg gn 1sb cili giling
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)lina pg gn daun bawang
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.Masukkan cili giling.Tumis lagi hingga pecah minyak
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

7 comments:

Qashmere said... Balas

sedap sedap..thanks share

Sue @ Nenie said... Balas

Assalamualaikum kak..nanti saya check kat dapur saya pernah ada tak HP ni...ohhhh belum ada lagi, nampak gayanya kena ada-adakan jugalah... he he he he

lina_pg said... Balas

@Qashmere
Kalau peminat udang tegar..harusss cube rcp ni hihi

lina_pg said... Balas

@Sue @ Nenie
wslm..ha..kena wat tuu

Yatie said... Balas

lama tak singgah sini, moga ceria2 selalu...kalau menu udang ni, mmng wat perut lapor tetiba....sedapkan...

Amie said... Balas

oh udang! sungguh mengancam seleraku...

zana fahmi said... Balas

assalammualaikum lina, akak minta izin copy paste resipi ye.

nmpk sedap udang msk gitu, nak cuba juga nanti. anak akak tak mkn udang kalau buat sambal.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...