Wednesday, February 6, 2013

Ikan Dory Sos Lemon

Assalamualaikum....
Asyik menu omputih jer kan?Ekceli bukan berturut pun makan makanan omputih..tapi n3 yang berterabur hahaha.Pestaim saya wat ikan Dory ni biasanya wat ikan salmon.Bolehlah cube2...Saya beli ikan dory frozen...nampak cam besar, bila dah difroz nipis jer jadinya.Lenkali kena beli banyak sket.Resepinya lebih kurang cam Salmon Grill gak cuma saya tambah herba omputih banyak sket.Lagi mantap rasanya.Cuma tang sos tu termasam sket huhu
Ikan Dory ngan Sos Lemon...tanpa karbo...adeh tak kenyang la pulak...perut org kampung la katakan.
RESEPI IKAN DORY DAN SOS LEMON
By: Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 6 Keping ikan Dory (fillet)
  • 1 inci halia muda (ketuk )
  • 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • 1 biji lemon ( ambil jus )
  • 1-2 sudu makan sos ikan ( Nampla )
  • Sedikit rosemery kering, tyme
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN : 
  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam,herba
  2. Satukan halia, bawang putih, jus lemon, nampla, sedikit garam dan perasa
  3. Masukkan kepingan ikan dan perap 30min
  4. Grill ikan hingga masak.Saya guna pan jer
SOS LEMON
Bahan-bahan 
  • 1 sudu besar  mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (lina pg gn heba tyme,rosemery n oregano)
  • 1/2 cawan susu cair + 1/2 cawan air
  • 1 sb jus lemon (nx time kena kurangkan sket-rasa masam lerr)
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara
  1. Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. 
  2. Masukkan susu cair, garam, jus lemon dan lada hitam.Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.Tambah air jika nampak kuah terlalu pekat.

3 comments:

inahar ali said... Balas

waduh..sedaapnyer nmpak ikan dory tu..akak kalu pi kedai western mmg feveret akak mkn ikan cenggini..sedap & healthy kan..

azi said... Balas

Salam kenal dan folo..:)

kak dah jalan-jalan kat blog ni, pandai betul ye lina masak, semuanya nampak sedappp....

p/s kak azi orang Sungai petani...:)

nazeef nazeem said... Balas

salam..suke nak follow blog masak macam ni...follow saya ye..sng nak refer.. http://nazsue1983.blogspot.com/

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...