Monday, February 4, 2013

Nasi Ayam Lemon

Assalamualaikum...
Adeh camana leh termissed lak n3 Nasi Ayam Lemon ni.Ekceli dah lama sangat dah wat.Hampir lupa ngan resepinya pun.Ok lah takmo bebel panjang sebab banyka kije nak kena setel ni.Ni kira nasi ayam fusion la diberikan sedikit sentuhan moden (kunun la kannn)...
Set Nasi Ayam Lemon, sup dan sedikit sayur...
yang ni untuk laling...ingatkan dia xmo makan nasi...sekali mkn abes sepinggan gak nasi haha
NASI AYAM LEMON
By: Lina pg

AYAM LEMON
Bahan-Bahan
  • 4 keping whole legs
  • Perahan jus lemon (lina pg guna sebelah jer)
  • 1/2 kiub ayam
  • rosemery kering
  • 1 sb kicap manis
  • 1sb sos tiram
Cara:
  1. Perap semua bahan di atas selama setengah jam.
  2. Bakar dalam oven suhu 160'C selama 30-35 min.Terbalikkan ayam lepas 20min.
SUP
Bahan-Bahan:
  • Sedikit ayam potong kecil2 (lina pg guna bahagian tulang)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halis
  • 1 sup bunjut
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kiub ayam
  • Karot dan kentang (dadu kecil)
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang bersama bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan ayam.Kacau sebentar untuk kecutkan ayam
  3. Tambah air (sukatan kena double dari masak sup biasa).Masukkan sup bunjut, kentang,karot dan kiub ayam.
  4. Tunggu hingga ayam dan kentang empuk.Tutup api
NASI AYAM SIMPLE
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras (cuci bersih dan toskan)
  • 4 cawan kuah sup
Cara-Cara:
  1. Satukan beras dan kuah sup.Masak macam masak nasi biasa.Tak yah tumis bagai.Senang kije hahaha

8 comments:

nea lopah said... Balas

rosemary ni mahal jugak kan harga nya. bila bole rasa air tgn akak ni. nmpk sedap belaka.

faa.rosli said... Balas

sedapnya..mcm kt kedai

lina_pg said... Balas

@nea lopah
Akak guna rosemery kering, harga lebih kurang cam oregano dalam rm8-9 camtu la.Tapi berbaloi..lama gak tahan

lina_pg said... Balas

@faa.rosli
hehe sama ke?

Fauziah Mohamad said... Balas

cam terasa2 kat tekak ayam lemon nih...adududududu

Sue @ Nenie said... Balas

Salam..saya selalu beli dried rosmery kat bakery shop..kalau kat sini ada packing dalam plastik transparent lebih kurang RM2~RM3 sepaket...kiranya oklah klu nak guna sekali sekala...Tapi ehemmmmm....resipi ni nampak menarik sangattttt....

mama sara nur said... Balas

wow ngancam ayam ni..tergugat selera

Yatie said... Balas

perghhhhhh...menyelerakan sungguh...leh tumpang makan tak..he3...lapor tetiba..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...